ABIL's soulmate

ABIL's soulmate

Friday, April 11, 2014

HUMAN

By Christina Perry

I can hold my breath
I can bite my tongue
I can stay awake for days
If that's what you want
Be your number one

I can fake a smile
I can force a laugh
I can dance and play the part
If that's what you ask
Give you all I am

I can do it
I can do it
I can do it

But I'm only human
And I bleed when I fall down
I'm only human
And I crash and I break down
Your words in my head, knives in my heart
You build me up and then I fall apart
'Cause I'm only human

I can turn it on
Be a good machine
I can hold the weight of worlds
If that's what you need
Be your everything

I can do it
I can do it
I'll get through it

But I'm only human
And I bleed when I fall down
I'm only human
And I crash and I break down
Your words in my head, knives in my heart
You build me up and then I fall apart
'Cause I'm only human

I'm only human
I'm only human
Just a little human

I can take so much
'Til I've had enough

Cause I'm only human
And I bleed when I fall down
I'm only human
And I crash and I break down
Your words in my head, knives in my heart
You build me up and then I fall apart
'Cause I'm only human


P/s Yes, I'm only human :')
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Hai Si Manis

Melihat si manis
Berjalan sambil tersenyum ria

Melihat si manis
Bersuara senda tertawa

Melihat si manis
Menjeling manja di ekor mata

Melihat si manis
Melangkah merapati jiwa

Aku kaget dan terus beralih
Menutup mata dan memilih
Pura-pura dan bersahaja
Seolah tiada apa di pandangan mata

Biar ia menjadi rahsia
Pada waktu hati tidak memaksa
Sebelum diri berani bersuara
Rasa malu dan segan menyapa
Hati disalut seribu satu tanda tanya
Si manis ini sudahkah berpunya?


#GilaKata2 (tema: pura-pura) @abiLTrayzed

P/s I love u, si manis yang kini sudah kupunya :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kepura-puraan

Yang sebenarnya kepura-puraan
Menitip kebencian di balik senyuman
Menyalahkan pada kelemahan
Yang dicipta sendiri
Lembut lidah mendabik diri
Menyusun bergu
Untuk tontonan seteru

Kepura-puraan itu
Berdansa ria atas dendamnya itu
Melepas amarah
Tapi dibilang tiada salah
Melepas sakit
Tapi dibilang tiada berjangkit
Tidakkah itu kepura-puraan
Yang menyarung topeng munafiknya
Menunding jari tengah dengan kegilaan
Dan melompat riang walau penuh soalannya

Biarkan saja 'ia' melompat
Dengan rasa menangnya yang cepat
Umpama bangkai yang dihurung lalat
Tidak aku sesal mahupun berasa palat
Kepura-puraannya disulam rasa dibuat-buat

Jemu aku melihat kepura-puraan itu
Lalu aku,
Menggamit minda agar diam membatu
Demi melihat 'ia' terus gembira
Dalam permainannya yang penuh dusta!


#GilaKata2 (tema : Pura-pura) @abiLTrayzed
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, March 31, 2014

Catatan : Kamu, Cinta

Buat si Gadis yang aku panggil kamu Cinta

i. Kebiasaannya ketika bangun dari tidur, jiwa aku kosong. Yang tinggal hanya rasa mahu teruskan hidup yang tinggal separuh. Separuh lagi telah terpadam bertahun kerana kekecewaan pada perasaan yang lalu. Lewat ini aku melihat sedikit-sedikit perasaan baru mulai tumbuh. Subur dan merimbun memberikan rasa yang menenangkan. Sehingga aku menjadi rindu bila tiada pancaran matahari di celah rimbunan. Separuh kehidupan aku kini hidup semula. Apakah kamu yang menjaganya?

ii. Biar aku menjadi orang yang kamu gelar "tiada orang yang menyebut namaku sesempurna kamu menyebutnya". Sungguh indah dan lembut. Membuatkan aku lain daripada yang lain seumur hidupmu..

Terima kasih kamu, Cintaku!


Di beranda rumah
28 Mac 2014
10.50AM
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, March 26, 2014

Gadis dan Hati : Tidak Pecah

Pada hari hatiku jatuh padamu
Telah aku titipkan satu
Satu rasa yang khas untuk kamu
Gadis yang berjaya
Mencuri segala rasa
Yang rupanya juga
Telah jatuh hati
Pada diri ini

Jadi
Beritahu aku gadisku
Hati dan perasaan ini
Takkan pernah jemu
Mencintai dan mengasihiku
Seperti lafaz janji setiamu
Takkan pecah
Takkan rebah
Walau halangan datang menyanggah

Jadilah kecintaanku
Selama yang kamu mahu
Kerana kunci hati
Kamu miliki
Dan telah kamu bilang
Dicampakkan dan dibuang
Pada lautan
Yang tak lagi bisa kita temukan
Untuk memecah pautan
Yang kita patrikan


#GilaKata2 (Tema : Pecah)

P/s dedikasi buat si gadis yang telah berjaya memecah kekerasan hati. Terima kasih, cinta.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, February 28, 2014

Tanpa Mu

Selamat pagi semua
Dengarkanlah nada
Suara dan irama
Yang menyakitkan telinga

Embun pagi yang lembut
Menyentuh pipi yang gebu

Tanpamu
Ku kan terlewat
Tanpamu
Ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Saat tujuh pagi
Akan ku tersedar
Mungkin kerana kau
Aku dapat merasa

Embun pagi yang lembut
Menyentuh pipi yang gebu
Awan pun turut terikut
Hingga pagiku sambut

Tanpamu
Ku kan terlewat
Tanpamu
Ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

By Amir Jahari

P/s ;)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, February 27, 2014

Bidadari

Tanya pada diri
Siapa dalam hati?
Tanya pada jiwa
Siapa yang dipuja?

Tanya pada mata
Siapa gerangannya dia?
Tanya pada telinga
Siapa itu si bidadari manja?

Malam yang sunyi
Tiada riangnya cengkerik berbunyi
Tiada bintang berkelip-kelipan
Tiada angin menyusup kerinduan

Rindu?

Rindukah aku pada dia?

Kutanya lagi
Pada hati dan jiwa
Pada mata dan telinga

Tsunami apa yang sedang melanda?
Membawa ombak kasih dan cinta
Hingga terdampar segala rasa
Yang tersirat seribu rahsia
Apakah ia hanya sementara?
Atau duduknya lama
Dan menjadi bidadari cinta

Perlukah aku mengejar?
Pada bidadari ketika nadi masih bergetar
Menumpang pelangi yang berwarna indah
Dan memanjat tembok yang harusku redah
Atau aku membiarkan saja
Dia berjalan padaku dengan rela
Bermain dan membelai jiwa
Selama ia mahu berada..


Bukit Indah, JB
27 Febuari 2014
12:15 AM
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, February 23, 2014

Bayangan Si Jelita

Si jelita depan mata
Aku jadi resah
Aku jadi gelisah
Dan tak tentu arah

Apa yang aku pandang?

Jelita pada luarannyakah?
Atau jelita di dalamannya?

Si jelita berikan senyuman mesra
Aku terus tergamam
Aku terus terdiam
Dan mata tak terpejam

Apa yang aku pandang?

Jelita pada wajahnyakah?
Atau jelita di hatinya?

Si jelita berbisik lembut
Aku bermandi peluh
Aku bermimpi keluh
Dan mengira sampai sepuluh

Oh apa yang aku pandang
Hanyalah lintasan bayangan
Si jelita yang datang bertandang
Pada saat aku berangan-angan.


#GilaKata (Tema: Jelita) @abiLTrayzed :D

P/s : puisi ni siap dalam masa 4 minit. Boleh dikatakan secara spontan. Alhamdulillah. Selamat malam!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, February 20, 2014

Kita : Noktah

Biar,

Selama mana kita pernah berjalan,
serapat mana kita biasa beriringan,
pabila tiba di persimpangan,
kita tetap berpisah kerana tidak sehaluan..

Walau...

Setiap kata-kata kesat yang pernah dihamburkan,
setiap kata-kata duka pernah menjadi mainan,
saya telan dan tetap maafkan,
dari awak juga saya pohon kemaafan,
biar ia pernah tercalar dalam kenangan.

Dan...

Setiap inci kisah silam itu,
yang pernah awak kongsi dahulu,
biarlah menjadi rahsia selalu,
masih tersimpan kemas dan padu,
usah awak berasa risau dan ragu

Kerana?

Saya bukan pembenci
bukan juga pendendam sejati
bukan tak pernah dan tak cuba baiki
biarpun peluang hatta kesempatan yang diberi
seolah-olah awak tak hargai seikhlas hati..

Awak!

Tak pernah kesal untuk saya kenali
malah nama awak sentiasa meniti
dalam doa saya setiap waktu dan hari
kerana dalam diri ini
awak tetap saya anggap teman sejati
Dari dulu hingga kini

Maaf.

Cukuplah saya berhenti di sini
Tak perlu ada yang terluka lagi


Bukit Indah, JB
20 Feb 2014
2.11 AM
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, February 17, 2014

Titipan

Warkah titipan
Buat yang mengenaliku
Salam sayang aku ucapkan
Khususnya pada ayah, emak dan saudara sedarah dagingku

Andai suatu hari nanti
Ajal datang pada diri ini
Setulusnya dengan rendah diri
Ku pohon maaf seikhlas hati

Pada ayah
Setiap penat dan lelah
Yang telah ayah curah
Dari sebesar alam hingga sekecil zarah
Setiap titik dosaku membebani ayah
Maafkan anakmu yang amat bersalah
Anakmu hanya berserah

Pada emak
Kasihmu tidak terkira banyak
Andaiku bandingkan dengan lautan
Tidak dapat ku balas dan tiada gantian
Susah payah dan kesabaranmu
Buat hatiku selalu rindu
Untuk bersamamu selalu

Kakak, abang dan adik
Kita kongsi kenangan yang paling menarik
Dari kecil hingga dewasa
Kita sentiasa bersama
Bergaduh hingga antara kita terluka
Kita tetap mampu merawat bersama
Kita tampung dengan gelak ketawa
Menyimpan kegembiraan
Setiap satunya menjadi kenangan
Yang sangat sangat membahagiakan

Teman-teman sekalian
Yang jauh mahupun berhampiran
Maafkan aku andai tersalah tingkah
Maafkan aku andai tidak pernah
Menjadi teman yang gagah
Hanya meneman sisi kalian pada waktu yang salah
Apa yang ku pinta
Agar kalian halalkan segala bicara
Halalkan segala harta
Yang tidak sempat ku bayar segera
Sementara aku masih ada
Hingga jasadku dikambus dan dirata

Andai aku tiada nanti
Janganlah meratapi
Janganlah bersedih hati
Jangan juga, menyimpan sakit hati
Sebaliknya, wahai semua yang kucintai
Hadiahkanlah aku
Doa yang setulusnya darimu
Sebagai bekalan mengiringi pemergianku..


#GilaKata (Tema: - ) @abiLTrayzed :)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, February 15, 2014

Aku, sesuatu dan kebodohan

Melihat sesuatu
Seolah ingin ku beritahu
Suara hati yang serasa sendu
Pada bicara berpaut rindu
Tapi diri sarat dengan malu
Entah apa yang ditunggu
Haruskah diri terus membisu?
Pabila ia jatuh ke bahu
Mengorak langkah ke segenap penjuru
Madah ku kian berliku
Memalit rasa ragu
Bersalut cemburu
Pada hal yang terburu-buru!
Bodoh itu, aku...


#GilaKata (Tema: Bebas) @abiLTrayzed :)
14 Feb 2014 / 15:30PM
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, February 13, 2014

Jelajah Solo : Kampung Sungai Melayu

Seawal 4.45pagi aku dah terjaga walaupun hari ni cuti. Terpisat-pisat biji mata ni. 
"Kenapa cepat sangat mata dah terbuka pada alam realiti dan meninggalkan mimpi?"

Oh sebab dah niat nak kerjakan sesuatu. So, aku bangun dan ke tandas. Bersugi dan membersihkan diri. Kemudian amik wuduk.

A'a..hati dah berniat nak buat solat tahajjud. Dah hampir setiap malam sejak bulan September 2013 aku akan cuba usaha bangun dan buat solat tahajjud. Ada juga malam yang tak termampu nak bangun. Sementara tunggu Subuh, aku isi sisa-sisa masa dengan bacaan surah-surah pendek seperti surah Al-Mulk. Salah satu surah kesukaan. Ketenangan yang hanya Allah saja mampu memberi. 

Dalam pukul 6 pagi aku dengar azan subuh. Capai towel, nak mandi la dulu. Kasi fresh. Tapi sebelum tu aku capai handphone. Call mak ayah. Saja nak tanya khabar. Alhamdulillah mak ayah sihat. Dipendekkan cerita, selesai segala aktiviti subuh yang diakhiri dengan zikir al-Mathurat, aku duduk di balkoni. Menghirup udara pagi. Berangin dan sejuk. Pandang langit yang baru nak cerah. Sambil-sambil menikmati yogurt dan kek batik. Haaa..kek batik adalah kegemaran aku. Sanggup pegi cari semata-mata nak makan walaupun pernah diajar oleh seseorang untuk membuatnya. 

Then pukul 9 pagi, usai solat dhuha, aku siap-siap dan keluar dari rumah..

"Dengan nama Allah, aku berjalan di muka bumi Mu..Amin!"

Doa dalam hati ketika tangan mula pegang stereng. Hati rasa nak berjalan..menjelajah tempat-tempat yang indah. Aku biarkan je tangan ni mengawal stereng tanpa arah tuju dulu. Macam-macam dalam otak ni. Berfikir-fikir nak ke mana..tiba-tiba mata terpandang signboard "Kampung Sungai Melayu, Eco Tourism Malaysia" dan depan tu ada signboard Kampung Sungai Melayu. Terus bagi signal dan masuk.. Hati nak tau apa ada kat kampung ni..

Daripada jalan besar, akhirnya kete pacuan 4 roda kecik aku ni masuk ke jalan kecik. Kiri kanan kelapa sawit. 


Tapi sebab keinginan yang kuat, teruskan juga. Lama jugak nak masuk ke dalam kampung ni, lebih kurang 15min perjalanan. Follow je signboard yang ada. Sepanjang perjalanan, hati ni diserang pelbagai soalan. 'Betul ke aku ni?' 'Betul ke jalan ni?' Kemudian aku perlahankan kenderaan. Ye la, mana tau kut tiba-tiba babi hutan melintas..hahahaha


Akhirnya sampai. Tapi sekali lagi hati diserang pertanyaan 'Apa yang ada kat sini?' Sebab aku cuma nampak rumah-rumah kampung biasa je. Macam ala-ala kawasan felda. Aku nampak kedai runcit. Berhenti dan masuk ke dalam kedai. Sunyi je. Macam takde orang jaga kedai. Kemudian dengar suara lelaki tua kasi salam.
"Assalamualaikum.." 

Aku pandang kiri kanan, tak nampak jugak kelibat orang. Masuk lagi ke dalam mencari arah suara dan akhirnya nampak sorang pakcik tengah duduk kat meja kaunter. Amboi la, dalam betul kaunter kedai ni. Pakcik tu dalam umur 60-70 la. Dia tengan mengait sesuatu. Nampak macam jala. 

"Waalaikumsalam." (Lambat sikit jawab salam - hahaha)

Aku berjalan dekat. Terus tanya pakcik tu,
"Pakcik, maaf la nak tny, apa yang menarik kat kampung ni?"
Pakcik tu senyum dan ulang balik soalan aku, "Apa yang menarik?"
"Ye la, saya nampak papan tulis 'Kampung Sungai Melayu Eco Tourism. Jadi nak tau apa yang menarik kat sini.."
"Oh kat sini kampung biasa je nak. Waktu pagi ni sunyi la. Petang nanti ada la orang datang, mandi-manda, makan-makan, orang balik dari laut."


Laut? Wahh..ok..menarik.


"Ada laut sini?" 

Pakcik tu gelak dengan soalan aku. 
"Ada nak. Sini dah dekat dengan Singapura." 


Dia bangun ambil kertas dan pen. Pakcik tu lukis peta kat aku. Tunjuk arah mana aku kena ambil untuk ke tepi laut. Actually hulu sungai. Aku agak kawasan paya bakau la kot. So berbekalkan peta ringkas dan penjelasan pakcik tu, aku mencari tempat yang dimaksudkn. Terima kasih pakcik Abu Ali. Ha tu la nama beliau. 

Akhirnya aku smpai ke tepi jeti. Ada beberapa bot nelayan kat situ. Dan keadaan...SANGAT TENANG.. Subhanallah.. Walaupun simple je tempat ni, kampung nelayan la aku kira tapi bagi orang macam aku yang duduk kat kawasan bandar..aku rasa sangat teruja..dengar bunyi bot, bau air laut, dengar bunyi burung hutan dan paling best dengar bunyi desir air..




Lama jugak aku bertapa kat pondok jeti tu sambil melayan angin yang sesekali agak kencang sampai aku kena pegang topi. Sambil-sambil jugak aku buat catatan ni supaya aku tak lupa setiap data yang dirakam oleh 'lensa kamera' Allah iaitu mata. Seronok tengok bot-bot yang lalu lalang. Sampai aku tergerak nak buat sesuatu..

Haha..aku beranikan diri pegi ke tempat nelayan-nelayan situ tengah lepak. Saja tanya-tanya kalau ada perkhidmatan bot untuk bawa pelancong...macam aku..(Konon). Pakcik-pakcik ni ramah.



Rupanya memang sini ada benda-benda tu semua. Siap pakej. Ada sorang pakcik badan besar, dorang panggil dia 'kapten'. Dia yang bagi penjelasan apa aktiviti kat situ. Siap ada homestay, pakej makan pun ada. Menu yang femes kat sini katanya Asam Pedas Ikan Sembilang. 

"Ada orang datang kali kedua semata-mata nak makan asam pedas ikan Sembilang ni.." Terliur aku..hahahaha

Memang biasa orang datang situ, naik bot menyusuri kawasan paya bakau.

Selfie!
Dengan bayaran rm30 untuk aku sorang. Yes, memang aku sorang pun. Dapat la aku sewa bot. Kena pkai jaket keselematan, undang2. Betoi la, aku pun bukan pandai berenang. Maka, berjalan la aku atas jeti menuju ke bot. Niat di hati nak naik sampan tapi takde pulak pakej tu. Sampan ringan katanya, nanti terbalik. Oke.. Huhu


Bot yang disewa ;)
Pemandu bot aku ialah Abang Amran. Seorang yang peramah.
Abang Amran - pemandu bot :)
Seperamah pak Abu Ali owner kedai runcit tadi. 

Apa-apa pun, selfie juga aku kekadang sesekali. Tu bukti la kot, betapa walaupun bot tak la laju tapi angin agak kencang. Pertengahan perjalanan menyusuri hutan paya bakau tu tiba-tiba Abang Amran perlahankan bot. Aku cuak la kejap. Kot bot ade masalah ke. Aku pusing belakang.

"Nape bang?"

Dia bagi isyarat 'diam'. Lepas tu tunjuk atas dahan lebih kurang 3 meter atas kepala aku. Perghhhh...ulau melingkau! 

Ular Bakau atau Mangrove Snake
"Tu ular bakau, tapi tengah tidur. Ular ni malam dia aktif. Siang tak." Katanya.

Haaa..Ular Bakau atau Mangrove Snake atau nama saintifiknya boiga dendrophila melanota .
Sempat aku google tadi. Tak sangka la dapat tengok dengan dekat. Sebelum ni masuk hutan paya bakau kat Perak, belum pernah jumpa. Rezeki aku hari ni. Alhamdulillah. Tak sia-sia naik bot hari ni. Abang Amran cakap, kalau air surut, macam-macam lagi boleh nampak. Ikan tembakul, burung kedidi, ular, ungka, monyet, biawak..

"....abang biawak pun ada!" Selorohnya. 

Abang biawak? Emmm aku cuba fikir jap. Owh..haaa..buaya..ada rupanya kat sini. Ye la kan..sungai besar macam ni..mesti ada. Cuma nampak tak nampak je. Menurut kata Abang Amran, memang ada tapi time musim hujan baru nampak. Musim panas camni, selalunya sembunyi. Ikut nasib la katanya kalau nampak timbul pun tapi buaya tu tak kacau orang. Sekarang aku letak beberapa keping gambar untuk tatapan korang.

 


 


Ok, mungkin lain kali kalau aku datang sini, aku kena datang time air surut. Petang sikit, mungkin. Sebab bila air surut la boleh nampak banyak benda. Aktiviti cari ketam dan kupang pun ada. Nak pijak selut lumpur pun boleh. Haha!



Aku nampak macam rumah terapung. macam best kan? Ada beberapa rumah terapung. Ini biasanya hardcore nelayan la ni ataupun penternak kupang. Kebanyakan nelayan sini bukan turun laut lama-lama dalam satu masa. Seawal jam 3 pagi ada yang dah turun tapi lepas sejam dua, naik semula ke darat. berehat sekejap atau menjual hasil laut yang dah dapat. kemudian turun semula.


Jeti Kg Sungai Danga
Jeti ialah jeti Kampung Sungai Danga. Kampung yang terletak di seberang hadapan kampung Sungai Melayu ni. Kalau depan sikit lagi akan jumpa Tebing Runtuh. Tapi aku pun tak pasti arah mana. Menurut Abang Amran, kadang-kadang dia menjala ikan sampai ke kawasan Pelabuhan Tanjung Pelepas! Haa..dah dekat la maknanya ni. 

Lepas lebih kurang 30minit atas bot, pusing-pusing kat kawasan paya bakau sampai ke penghujung sungai, akhirnya aku berjaya memijakkan kaki atas lantai jeti. Ketar tak ketar seluruh badan aku. Syukur selamat. Terduduk kejap atas jeti tu menarik nafas. Pengalaman yang sangat best melihat keindahan alam semula jadi.

   
Sekolah  rendah ni atas bukit hadap laut u ols!


dari atas cerun bukit
tangga ni dah usang, bawah tu sungai.
Dan aku sempat pusing keliling kampung menyusuri tepi-tepi laluan sungai..Subhanallah..sangat indah..

Menikmati suasana di jeti

Terima kasih. Jumpa lagi :)

Catatan dari Jeti Kg Sungai Melayu
12 Febuari 2014
11:45 AM


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, February 12, 2014

After a few season here..

Walaupun panas remang..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, February 10, 2014

"Hero"

There's a hero
If you look inside your heart
You don't have to be afraid
Of what you are
There's an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away

[Chorus:]
And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

It's a long road
When you face the world alone
No one reaches out a hand
For you to hold
You can find love
If you search within yourself
And the emptiness you felt
Will disappear

[Chorus]

Lord knows
Dreams are hard to follow
But don't let anyone
Tear them away
Hold on
There will be tomorrow
In time
You'll find the way

[Chorus]

"Hero by Mariah Carey"

Danga Bay.
10 Febuari 2014
11:55pm
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Melangkau Suka

Di luar kotak jiwa
Menarik rasa kedamaian yang ada
Berselang seli irama bicara manusia
Ada yang berdua
Ramai yang berkeluarga
Kurang pula yang berkelana
Sendirian sahaja

Mata hati meliar
Mencari suasana yang terbiar

Apakah cuaca akan redup lagi,
Seredup mata ini?
Apakah bahangnya akan menyejuk kembali,
Sesejuk hati ini?

Mata hati merata
Melihat para gadis dan juga jaka

Jantung ini hampir terhenti
Tatkala angin deras lalu
Menyapa kasar dalam hati
Menarik tenang segenap penjuru

Akukah manusia itu?
Yang dicarik sendu
Lalu terduduk menopang dagu..


#GilaKata (Tema: Bebas) @abiLTrayzed :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, February 8, 2014

Diri dan Bunga

Pernah satu ketika
Aku memetik sekuntum bunga
Lima kelopaknya
Berwarna merah menyala

Lalu aku duduk dihujung sana
Diam memandang ia

Ku petik satu persatu
Dengan rasa pilu
"Suka aku"
"Tak suka aku"
"Suka aku"
"Tak suka aku"
"Suka aku..."

Aku terkedu
Pada akhiran itu
"Suka aku"?
Getar hatiku yang keliru

Akhirnya aku tersenyum
Seperti bunga yang mekar menguntum
Perlukah aku menampar pipi?
Sedarkan aku dari mimpi
Mengejar sesuatu yang tak pasti
Berharap pada sang bunga
Yang tumbuh entah di mana..


#GilaKata (tema: Bunga) @abiLTrayzed :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, February 6, 2014

Trip 12jam ke Singapura - 23 September 2012

Lama aku mencari catatan yang pernah aku buat masa aku ke Singapore untuk trip 12jam sahaja pada tahun 2012. Akhirnya aku jumpa. Sebab tu baru nak share dalam blog ni. Maaf la, gambar taktau pergi mana.

Kisahnya..

Flight Firefly nombor F3505, Flight boarding at 9.40am.
Ketinggian 17000kaki dr atas paras laut, kelajuan kapal terbang 495km/jam. Arrival at 10.45am.

Melepasi imigresen Singapore. Oh pegawai perempuan yang cute tu tengok aku berkali-kali. Aku berikan senyuman dan kenyitan mata. Hahahaha ~ selingan saja!

Me and Emma decided ambil taxi saja sebab tak pasti destinasi yang diberitahu kat mana sebenarnya. Maklum la, both 1st time jejak kaki ke Pulau Singa ni. So we took a cab.

Taxi charge from airport to City Square Mall dalam SD17. Distant estimated +-15 minit.

Sampai saja ke mall tu, kami terus cari pet shop. Haha mesti pelik, apasal la masuk Singapore cari pet shop. Buat pengetahuan semua, trip ke Singapore kami yang ditaja penuh oleh boss ialah untuk beli makanan kucingnya. Makanan tu takde jual kat mana-mana pet shop kat KL disebabkan kucing-kucing tersebut dibeli dari Singapore. Lagipun kami memang setuju nak pergi sebab weekend pun bukan buat apa pun. Orang kata, "Rezeki jangan ditolak".

Selepas selesai beli barang-barang yang dipesan, baru kami nak ke hotel yang telah dibooking oleh Sry, secretary boss. Iaitu hotel Claremont. Walking distant from the mall to the Claremont hotel cuma less then 10 minutes saja.

12.40pm
Hotel receptionist told us we hav to pay for the rooms. Emma had to call Sry and check with her about that sebab Sry told us the room have been paid the day before. Now kami waiting for Sry to call back and confirm with us.

Aku lapar ni but what I can see here, lots of Indian restaurant. And my friend, Emma pulak jenis tak makan indian food. Hurmmm...bertahan la aku dulu.

Sry called us and said, we have to pay for the room. Lucky us we have that spare money. Uncle Guna, driver boss dah tukar duit siap-siap semalam and hand over to Emma. So apa yg berlaku hari ni ialah salah faham pasal booking. Patut la puan boss ckp no one from Citibank called her for the credit card booking payment confirmation. Btw, finally everything was under controlled and we both still breathing :D

1pm
We manage to check in. Bilik tak la besar. Standard hotel bajet dengan 2 single bed. Katil yg jenis katil lipat. Hehehe. But basic stuff masih disediakan la, ada toilet (agak bersih), flat screen tv dan set bancuh air. Sekarang ni nak rehat kejap sambil study peta. Merancang untuk jalan-jalan petang skit. Cuaca seperti yg diberitahu oleh encik pilot tadi ialah sekitar 29 degree C. Ok la tu. Lebih kurang KL jugak.

Bajet gerak utk sight seeing kul 2 petang dan we both decided nak amik MRT sebagai transportation ke tempat-tempat yang kami nak tuju kejap lagi. Kami hanya bergantung kepada peta laluan MRT. Berhampiran hotel, ada satu station iaitu Station Ferrer Park. Kalau ikut peta, daripada station ni, boleh pergi ke Orchard Road - MRT Station Dhoby Ghaut. So destinasi pertama kami ialah sekitar Orchard Road. Dan daripada situ baru kami boleh ke Bugis Street sebab kat station situ saja yang paling hampir untuk pertukaran laluan ke Bugis Street - MRT Station Bugis. Well let's check it out. Btw, aku semakin lapar T_T

6.05petang
Akhirnya berjaya merehatkn kaki..takda la banyak tempat yg sempat dijengah tapi sebab berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat..mcm nak tercabut gak sendi kaki ni..hahahahah..ok mari imbas balik kejadian tadi..wup wup wupppp *rewind*

2petang
Kami jalan kaki ke MRT Ferrer Park, beli oneway ticket dulu ke station Dhoby Ghaut sebab belum plan nak ke mana lepas di Orchad Road. Harga perjalanan ialah SD1.20 sahaja. Tapi charge tambahan SD1 untuk card pass sementara. System sini tak pakai card yang kertas. Semua pkai jenis card yg ade micro cip tu dan card yang kami beli ni bukan kad yg jenis top up punye. Habis guna tak boleh reload tp boleh refund balik. Refund kat mesin dia kasi balik SD1. Pastu kalau nk pegi tempat lain kene beli card lain.

Perjalanan daripada station Ferrer Park ke station Dhoby Ghaut ni mengambil masa kurang daripada 7 minit. Melalui station Little India. Perasaannya sama la mcm naik LRT atau MRT kat KL nun. Sampai je kat DB, as usual kena sentuh card kat laluan keluar. Ontah macam mana tetibe kad aku mesin tu tak boleh baca! Abis semua laluan aku cuba sentuhkan kad tapi masih gagal. Panik la kejap. Member dah tunggu kat luar, soh aku tanya kat sekuriti nape takleh. I went to ask him.

"You coming frm which station?" He asked.
"I'm from Ferrer Park station" jwb aku.

Then he took my card and try touch the screen. Memang failed. Dia suruh aku pegi ke customer service counter. Then bila card aku di scan balik, baru la dapat lepas. Drama lak aku rs. Heeeee..

Perjalanan diteruskan.

Kami keluar dari underground tu tetibe dah ade kat dalam Plaza Singapore. Mencari2 jalan keluar sebab aku sememangnya rimas berada lama-lama dalam shopping mall. Dah nampak matahari baru aku akan lega. So bila nampak je pintu keluar..perghhh..rasa nak berlari menuju ke cahaya. Ewahhh..!

Sempat la bergambar kat booth starhub - vodafone sempena promosi F1 nanti yang akan bermula pada 25 haribulan ni. Sememangnya dah masuk musim F1 kat Singapore ni, aku nampak beberapa team F1 berpeleseran kat sekitar town. Macam mana aku tau? Hurmm sebab ade ramai mat saleh yang pkai tag team rasmi dan t-shirt rasmi :D

Perut aku masih sangat lapar tapi aku tahan la jugak sebab berfikir kat mana nak dapat makanan yang halal dan mengenyangkn. Daripada Plaza Singapore, kami jalan kaki menyusur tepi Orchard Road untuk ke kawasan yang dikatakan banyak barang-barang murah dijual. Alah bukannya nak shopping sangat tapi nak tau dan tgk sndiri. Mana la tau ada barang yang berkenan dan berbaloi untuk dibeli dengan duit poket yang tak seberapa ni. Jalan punya jalan punya jalan..owh kat sini orang-orangnya memang behave, dorang tak melintas kat tengah jalan kecuali hanya di lampu isyarat. Dan hanya melintas bila isyarat lampu hijau untuk melintas menyala. Kalau ada yang melintas jugak tak tau la sebab aku tak nampak lagi setakat ni. Kalau lampu merah sekalipun, orang-orang sini tetap tunggu smpai boleh lintas. Hehehehe dan sila merokok di tempat yang ada ashtray sebab tak boleh buang puntong rokok merata-merata. Kalau nak kena saman. Cuba la. :P

6.30 petang
Owh dah nak mandi dan siap-siap ke airport kul 7 ni. Ye flight balik ke KL pukul 9.40 malam. Aku jengah ke luar tingkap saja nak tengok view petang kat sini sebab bilik hotel ni mengadap shopping mall nama Serangoon Plaza. Wohhhhh suasana sini tak ubah macam kat Mydin KL tu...lautan manusia..dan majoritinya ialah orang-orang daripada India, Bangladesh dan Nepal. Hehehe kalau tadi Orchard Road macam Bukit Bintang, Serangoon Road tak ubah macam jalan TAR - Sogo - Mydin. :D huehuehue~

7.30 malam
Both of us sampai di Changi International Airport. Terima kasih pada abang taxi yang bersuara sedap. Serious, abang taxi tu suara macam DJ radio. Peramah. Dan dia cakap dia selalu turun Malaysia untuk konvoi motor besar. Dia cerita pengalaman dia ke serata semenanjung Malaysia. Wow! Pemandu taxi kat sini..mampu beli motor besar. Mamlum la, harga motor besar kat Malaysia mahal sebab tax. Aku tanya abang tu apa motor dia pakai. Dia cakap BMW. Ok, aku tak mampu pakai. Wuwuwuu T.T

Abang tu sempat kasi contact number, in case next time kami turun Singapore boleh call dia and dia akan bawak jalan-jalan. Kalau tak naik taxi dia, dia bawak naik motor besar. Lagi sekali aku rasa 'wow!' ~ hahahahaha

9.40 malam
Berada dalam kapal terbang, Firefly. Bersiap sedia terbang pulang ke Malaysia, tanah tumpah darahku.

Selamat tinggal, Singapura. Trip 12jam yang meninggalkan beberapa kenangan walau baru pertama kali kita bersua. Sehingga kita berjumpa lagi, suatu hari nanti.

Insyaallah :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, February 5, 2014

Mimpi, Imaginasi & Khilaf

Kamu hadir dalam setiap mimpi-mimpiku
Seperti yang aku selalu imaginasikan..

..walau hakikatnya kamu tidak lagi wujud dalam sedarku

Maaf, andai khilafku menjarakkan kita di atas batas perhubungan..


#GilaKata (Tema Mix : Mimpi, Imaginasi, Khilaf) @abiLTrayzed :)

P/s : taktau la menjadi ke tak puisi 3in1 abil ni..hahahaha
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

"Boleh kamu belanja makan? Saya lapar.."

Aku terpanggil hati nak share sedikit kejadian yang aku alami siang tadi. Bukan untuk aku bermegah-megah dan menunjuk riak tapi dengan nawaitu berkongsi pengajaran. Semoga dapat dijadikan iktibar bersama.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, aku mulakan cerita.

Bukit Indah, 4 Febuari 2014.

Cuaca hari ni cerah dan berangin. Awal pagi aku bangun walaupun cuti. Bangun awal untuk basuh baju dan masak lauk tengahari untuk adik-adik yang masih nyenyak diulit mimpi. Hari ni aku cuma masak lauk sardin dengan timun sos tiram je. Timun jepun yang aku beli untuk nasi lemak semalam. Aku tau kalau aku tak buat sesuatu kat timun tu nanti kecut macam tu je dalam peti ais. Maklum la, adik-adik ni bukan pemakan sayur yang tegar.

Selepas zohor, aku keluar ke Gelang Patah sebab nak ambil kasut-kasut show yang di'repair' tempoh hari. Seterusnya, plan nak shopping stok dapur sikit memandangkan cik Linda (manager Brainstormers) dah kasi petty cash for this week. Pekan Gelang Patah tak jauh dari rumah tempat aku menginap di Bukit Indah ni. Lebih kurang 15 minit perjalanan. Aku nervous sebenarnya nak pegi amik kasut ni. Takut-takut tukang kasut tu tak bukak kedai sebab cuti Chinese New Year. (Agaknye lah sebab last week aku tunggu dekat 3jam semata-mata dia janji kasut-kasut tu boleh siap pada hari yang dijanjikan, sehari sebelum cuti CNY tapi dia tak muncul-muncul). Ni kisah minggu lepas bila aku kena marah dengan Linda sebab kecuaian tak amik contact number brother tu. Disebabkan kasut show takde, bajet beli kasut baru terpaksa diwujudkan demi nak menyelamatkan show tiga hari minggu lepas.

Bila hati rasa tak sedap, sepanjang drive ke sana, aku baca

'BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMA'IE, WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM'

(yang bermaksud : "Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui")

Dan aku baca berulang-ulang kali sepanjang perjalanan.

Sesampai je kat sana, sebelum parking, aku jengah dulu, brother tu ade ke tak. Ok dia ada. Zasss...masuk parking. Mula-mula aku ingat nak bising kat dia sebab mungkir janji tapi bila tengok keadaan dia yang nampak macam tak sihat, tone suara aku berubah. Tak jadi nak marah. Sebaliknya aku cuma tanya dengan nada sopan,"Minggu lepas saya tunggu abang dekat 3jam tapi abang takde. Ape dah jadi?"

Dia jawab,"Mintak maaf dik. Saya demam. Ni pun nasib baik ada kawan tolong siapkan kasut-kasut ni."

Aku tengok dia pegang sebiji kelapa muda. Mungkin dia minum air kelapa sebab orang cakap ubat. Bersangka baik aje. Lagipun memang dengar suara dia lemau je. So, aku amik 4 pasang kasut tu dan bawak ke kereta. Bonet kereta aku (kembara) bukaknya macam bukak pintu. Jadi, aku bukak sikit dan bersandar kat pintu bonet sambil meneliti setiap kasut yang dibetulkan. Bukan taknak check depan brother tu tapi sebab kedai dia ramai pakcik-pakcik dok lepak, aku maleh la.

Tiba-tiba, masa aku undur setapak nak tarik pintu bonet (untuk tutup semula), aku terlanggar seseorang. Aku dengar suara mengaduh. Aku toleh ke kiri, ada seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 9-11 tahun berdiri tepi kereta aku. Mata aku tengok budak tu atas bawah. Kulit dia gelap, pakaian dia selekeh dan compang-camping. Seluar dia agak besar, lusuh dan zip seluar rosak. Dia berkaki ayam. Bukan bangsa India tapi lebih mirip anak orang asli. Sambil tutup pintu bonet, aku minta maaf kat budak tu sebab terlanggar (terpijak kaki dia, aku rasa la). Dan aku tanya dia kenapa dia duduk belakang aku. Pelik.

Secara automatik, aku meraba poket belakang seluar. Lega! Wallet aku masih ada. Mana la tau, kan.. Budak tu pandang aku dengan pandangan mata penuh harapan. Dia cakap,

"Boleh kamu belanja aku makan? Aku lapar.."

Aku terpinga-pinga kejap. Apehal lak budak ni tiba-tiba mintak belanja makan? Aku nak ignore je dia sebab aku fikir dia ni budak-budak yang jadi peminta sedekah (sindiket). Aku lock bonet kereta dan pindahkan wallet aku ke poket depan. Masa aku nak masuk dalam kereta, aku nampak budak tu berdiri sebelah kereta aku (kat bahagian seat sebelah driver). Dia bongkokkan badan macam ambil sesuatu. Tak jadi aku nak masuk dalam kereta. Aku lock balik dan pergi tengok ape dia dok buat.

Ahh...rupa-rupanya dia tengah kutip bungkusan plastik secret recipe yang ada kotak kek. Ada orang buang situ. Aku tengok budak tu bersungguh-sungguh bukak kotak tu dan dia makan sisa yang ada. Tiba-tiba aku rasa serba-salah tengok gelagat budak tu. Memang betul la kot dia lapar.

Aku tegur dia,"Dik, kamu lapar? Kamu nak makan? Jom kakak belanja."

Dia excited. Terus datang dekat aku.

"Boleh, kakak belanja?" Tanyanya.

Aku angguk dan senyum. "Kamu nak makan apa? Kat kedai mamak sana tu ke?" Aku tunjuk kedai mamak 'Aladeen' yang sederet dengan kedai tukang kasut tu. Dia geleng-geleng kepala dan tunjuk arah kedai lain.

"Tu, kedai 'Syed Alwi' tu?" Tanya aku. Pelik jugak sebab kedai Aladeen lagi dekat. Syed Alwi pulak kat seberang jalan. Kena lintas traffic light. Dia angguk-angguk. Takpe la, aku ikutkn saja.

"Ok, jom kita pergi sana." Aku langkah longkang besar (walaupun aku ni fobia longkang hahahaha) dan dia ikut aku. Masa nak lintas jalan, nasib kereta tak banyak. Dia berlari lintas jalan. Aku pulak yang cemas sebab takut dia kena langgar ke ape ke.. Dia jerit, "Cepat kak.."

Ye ye..aku tau aku terhegeh-hegeh. Bukannya ape, perasaan ragu-ragu dengan 1001 soalan tentang dia ada dalam kepala otak aku. Ya Allah, dugaan ape yang sedang Kau berikan pada aku? Jantung aku, aku boleh rasa degup laju. Dan aku tetap berhati-hati dengan tindakan aku tu. Masa berjalan menuju ke kedai tu, dia tanya aku tinggal mana. Aku jawab,"Akak tinggal di balai polis" :P

Ntah kenape la aku jawab 'tinggal di balai polis' ek. Hahahaha..agaknya aku fikir supaya budak tu gerun kut kalau dia ada apa-apa niat tak elok. Ishh..subhanallah..aku ni!

Masa nak masuk dalam restoran tu, mamak kat situ senyum macam kenal dengan budak ni. Macam kenal lah. Aku cakap kat mamak tu, budak ni lapar. Kasi dia makan, aku akan bayar. Mamak tu angguk saja. Aku cuma perhati dan biarkan saja budak tu amik makanan dia. Dia minta nasi lebih, dan dia amik ayam gulai banyak. Eh aku tak kisah pun la. Ayam tu pun potong kecik-kecik. Dan aku tanya dia nak minum apa. Dia cakap milo ais. So aku order kat mamak tu. Orang-orang dalam restoran tu pandang kami. Mungkin pelik kut, sepelik perasaan aku masa pertama kali tengok keadaan budak tu. Aku biarkan saja. Alah, korang nak tengok, tengok je la. Aku tak kacau korang pun.

Budak tu duduk dan makan dengan lahap. Walaupun dia amik sudu dan garpu sebab tangan dia kotor. Aku nampak. Kuku dia hitam-hitam. Tapi agaknya susah dia nak makan ayam guna sudu garpu, dia pakai jugak tangan. Memang dia lapar. Berselera dia makan. Aku ke kaunter dan bayar. Kemudian duduk depan dia. Perhatikan dia makan. Then aku pun mulakan perbualan.

"Kamu duduk mana?" Actually aku cakap 'kamu' tu sebab budak ni mulakan dulu. Cara dia bercakap begitu. Aku fikir, mungkin bila aku guna 'kamu', dia akan selesa sebab dah biasa. Telahan aku tepat.

Dia jawab,"Tinggal kat tepi laut sana." Dia menunjuk ke arah kawasan yang aku sedia maklum kawasan muara sungai, ada penempatan orang asli. Kat situ ada paya bakau. Dan orang-orang asli situ kebanyakannya kerja cari dan jual hasil laut.

"Mak dan ayah kamu, ada?" (Aku)

"Mak ada, ayah dah tak ada. Ayah dah meninggal" (Dia)

Aku tergamam pulak dengar jawapan dia. Sayu hati aku. Patut la keadaan hidup dia macam ni agaknya..mungkin dia datang ke pekan ni untuk bekerja.

"Berape orang adik beradik? Ada abang? Kakak?" (Aku)

"Abang takde. Kakak ade. Adik-adik ade" (Dia)

"Adik besar mana?" (Aku)

Dia menunjukkan ukuran ketinggian dengan tangannya. Lebih kurang tinggi peha aku le kot.

"Adik kecik lagi. Masih baby" (Dia)

Amboi..pandai pulak dia sebut baby (ganti bayi). Budak ni berani dan petah.

"Kakak nak balik dah?" (Dia)

Aku angguk, senyum.

"A'ah. Kakak nak balik dah. Ada kerja sikit di rumah." - Sebenarnya aku bukan nak balik tapi nak pergi Mydin beli barang tapi aku cakap nak balik sebab aku rasa mata aku berair tengok keadaan dia. Hati aku ni sebak masa tu, Allah saja Yang Maha Mengetahui.

"Kalau kakak nak balik, balik la dulu." (Dia)

"Baiklah, kakak pergi dulu. Kamu makan kasi habis. Kakak dah bayarkan. Jangan risau." (Aku)

"Terima kasih, kakak." (Dia)

Aku senyum dan jalan keluar dari restoran. Sempat aku toleh belakang, senyum pada mamak tu dan cakap terima kasih. Terima kasih sebab mamak tu tak halau budak tu di awal tadi.

Masuk je dalam kereta, air mata aku mengalir sikit. Cembeng jugak aku ni, kan? Hahahaha..eh tak boleh laa..aku cepat kesian kat orang. Aku tak kisah pun berapa yang aku bayar untuk makanan tadi. Alah, bukan mahal pun. Dan yang penting, itu rezeki budak tu. Allah gerakkan hati dia untuk datang pada aku. Dan Allah uji aku dengan kehadiran budak tu yang datang ntah dari mana secara tiba-tiba.

Demi Allah. Kejadian siang tadi buat aku lebih hargai nikmat kehidupan yang Allah berikan pada aku.

"Ya Allah, Kau berikanlah keselamatan dan kemudahan pada dia"

Itu saja yang mampu aku kirimkan buat dia. Dan aku rasa, andai aku jumpa lagi budak ni, aku mungkin akan belikan dia kasut dan baju.

Di Mydin, satu perkara berlaku. Aku rasa sangat ironi..nak tau apa?

Masa beratur kat kaunter nak bayar barang-barang yang aku beli. Oh hari ni kaunter penuh. Lama aku beratur tunggu giliran. Ada seorang wanita (aku agak dalam lingkungan umur 20an), senyum pada aku dan cuba memotong depan aku. Disebabkan dia cuma nak bayar satu barang, aku membalas senyuman dia dan aku benarkan dia berdiri depan aku. Gaya dan rupa dia macam orang asli. Ada sikit-sikit menyerupai budak tadi. Aku tengok barang yang dia nak bayar.

Selipar!

Terus aku teringat budak tadi yang berkaki ayam dari rumah ke pekan. Ya Allah. Mungkinkah...?


Wallahu'alam


P/s : Rezeki yang aku dapat adalah daripada Allah. Dan andai apa yang aku lakukan hari ini adalah sebahagian daripada ketetapan Allah untuk aku kongsi sedikit dengan budak tu, aku redha dan terima dengan penuh syukur :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, February 2, 2014

The Most Unforgettable Memory..

..It's when I got this text:

"Alhamdulillah. My soul off to bangkok, sygmu ttgl di Mesia ha ha"


..unforgettable memories written on the 25 May 2012, 2.38pm via celcom. I was just arrived at bangkok airport at that time.



MGBU
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, February 1, 2014

Tetamu

Sekilas angin sang bayu
Bertiup datang menderu
Menyentuh lembut kulitku
Menyeringai ke celah rona halus berbulu
Menyusup ganas diuratku

Seketika ia menusuk ke kalbu
Lantas tubuhku sejuk kaku
Segalanya keras lagi membeku
Jiwa dan minda diam membisu
Mengunci bibir seolah terpaku
Apakah aku boneka yang cuba dipandu?

Wahai tetamu berjiwa lesu
Datangnya kau tak ku seru
Nyah kau dari diriku
Pergi ke tempat asalmu itu!


#GilaKata (Tema : Mistik / Horror) @abiLTrayzed :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, January 30, 2014

Aku, kau dan dimensi baru

Buat seseorang
Soalan dalam otak aku tak terbilang
Setiap satunya silang menyilang
Aku nak tanya tapi hati aku bimbang
Takut kau fikir aku menyerang
Tapi kau tau tak yang aku sayang
Diri kau sangat aku tatang
Walau kisah kita dah tak gemilang
Tak seperti dulu apalagi sekarang
Apa pun, kasih aku takkan hilang
Walau datang seteru yang garang
Cuba cuba nak menghalang

Tunggu situ
Aku tak pernah jemu
Setiap hari aku hitung waktu
Kau dan aku tetap sentiasa bersatu
Walau kita kini dalam dimensi baru

(Senyum)


#GilaKata (Tema: Penantian) @abiLTrayzed :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, January 29, 2014

Cerita Perempuan..Yang Itu

Kau nampak perempuan itu?
Yang berdiri, bersandar lesu
tetap senyum menyapu gincu
Kasut tumit, berbaju seksi
Berambut blonde, setia menanti
Kau rasa ada tak lelaki?
Yang akan datang menyapa dia
Antara dua niat dalam minda
Sama ada nafsu atau ah celaka..!

Kau perhatikan betul-betul
Hati dan jiwa dia dah berketul
Keras, tak pecah walau diketuk tukul
Kau tau macam mana boleh jadi?
Banyak cerita dan banyak versi

Tapi..

Perempuan tu hatinya dah mati
Sebab setiap hari dia menanti
Dalam impian yang paling suci
Akan ada lelaki,
yang sudi bawanya pergi
Jauh dari sini..


#GilaKata (Tema: Penantian) @abiLTrayzed :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, January 27, 2014

Perjanjian Roh Suci

Dari dalam kantung
Tatkala aku ditiup masuk
Bulan ke empat kudegupkan jantung
Mata terpejam, tangan berpeluk

Sehingga hampir cukup waktu
Pada lewat bulan ke sembilan itu
Tuhanku berbisik padaku
Perihal mati ku..
Rezeki ku..
Jodoh ku..
Kelamin ku..
Orang tua ku..

Apakah aku akan menepati janji?
Apakah aku sanggup hidup di dunia nanti?

Dia berseru padaku,
Mati ku adalah takdirNya
Untuk ku ubah tidakkan bisa!

Kecuali rezeki..
Kecuali jodoh diri..

Dia telah mengingatiku
Jikalau kelak ku ubah kelaminku,
Tidak Dia redha dengan ku!

Aku bertanya pada Nya
Orang tuaku kelak yang bagaimana?
Dan Dia pun berseru
Yang tentunya baik dan akan selalu menjagaku....

Tuhanku

Kau izin aku
Lahir ke duniaMu
Dalam keadaan suci!

Dan ketika ajal menjemput diri
Harus ku beri kembali
apa yang telah Kau beri
Seperti perjanjianku denganMu, ya Ilahi..


#GilaKata (Tema: Roh) @abiLTrayzed :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, January 25, 2014

Perempuan Itu

Dia hidup bukan untuk dikunyah
Oleh lelaki berhidung belang
Dia sedar hidup ini susah
Tapi dia bukan jalang
Yang bisa diperkotak katik sewenang wenang
Fahami jiwanya
Ketahui kehendaknya
Rasai hatinya
Sentuhi perasaannya
Dia mencari kejujuran
Dlm keikhlasan
Daripada setiap insan
Yang dia berdepan
Tapi dia hancur
Bila digelar pelacur
Oleh mereka mereka hanya tahu mengambil kesempatan
Atas kelemahan

Kenapa dia dipersetan
Di sisi perasaan
Yang paling terkesan
Pabila dia meminta bantuan
Pada jiwa yang penuh kejahilan
Merobek kesucian
Yang dijaga
Sepenuh jiwa raga

Perempuan itu
Mencari jiwa yang kudus
Dengan gigih tanpa lesu
Apakah wujud hati yang tulus
Menerimanya tanpa ragu?


#GilaKata (Tema: Perempuan) @abiLTrayzed :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, January 24, 2014

Apresiasi Buat Dia

Kalian di sana
Ingin aku kongsikan
Apresiasiku pada dia
Dan ceritanya begini, dengarkan

Ada seorang teman
Yang lalu depanku
Beri salam dengan senyuman
Lalu tangannya mengetuk pintu hatiku
Aku izinkan dia masuk
Lalu membawanya duduk
Atas kerusi empuk jiwaku
Dia melabuhkn diri tanpa segan silu
Tapi masih sopan dan cermat
Mata hatinya melihat-lihat
sekitar ruang mindaku
Segala potret silam dulu
Yang ku gantung kemas di dinding kenangan
Diamatinya dengan penuh senyuman
Sungguh leka dan asyik
Lalu ditelingaku dia berbisik
"Izinkan saya lama di sini.."
Pertanyaan yang sungguh berani
Sukar untuk aku menolak
Lantas terdiam tak bergerak
Kerana dia
Yang paling ku tunggu dengan setia

Aku ke dapur cinta
Menghidangkan kasih dan sayang
Berjamu dengannya
Hanya yang indah terbayang
Semoga dia
kekenyangan bahagia


#GilaKata @abiLTrayzed :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, January 23, 2014

Cubaan Haiku #1

Ciuman.
Teman tidur ku.
Indahnya.


#GilaKata @abiLTrayzed :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Perawan & Kunci

Perawan
Hadir memberi cahaya
Palsu!
Aku yang terperangkap
Dalam gemersik bisikan
Dalam gemalai pautan
Asmara perawan
Yang dipunya
Tapi berat mahukan aku
Berapa lama harus aku
Keluar dari cengkaman perawan
Walau aku tak mahu
Walau aku tak setuju
Perilakumu buat ku lesu
Lepaskan aku, perawan!
Izinkn aku merasa gembira
Yang tiada batasnya
Bebas darimu
Bebas diriku
Berikan aku kunci
Yang kau simpan
Atau mungkin
Sudah kau buang?


#GilaKata @abiLTrayzed :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, January 22, 2014

Euphoria :)

(E)ntah dari mana datangnya ia
(U)sah hatiku ragu untuk terima
(P)abila ia datang membawa ikhlas
(H)arapan yang tinggi tak terbalas
(O)leh kisah yang hampir sempurna
(R)asa itu berikan aku lonjakan maksima
(I)ndah dan terkata
(A)pakah ianya EUPHORIA?


#GilaKata @abiLTrayzed :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BERAHI Lah Aku!

Apa yang aku rasa
Ketika kulit mu ku sentuh
Rapat ke kulitku
Seakan laju
Keluar masuknya udara
Dalam liang peparu
Seakan deras
Keluar masuknya darah
Dalam jantung
Meter adrenalin ku melonjak
Hampir meletup
Hampir pecah
Tergumam dan tergamam aku
Pabila getaran mu terasa ke hati ku
Bibirmu..
Ingin ku kucup
Pipimu
Ingin ku sentuh
Dahimu
Ingin ku usap

Matamu berbicara indah
Sesempurna lidahmu mengukir kata
Rasa ini makin mencair
Bisa banjir takungan hati
Yang sebelum ini kontang
Siraman kasihmu
Bajaan sayangmu
Belaian cintamu..

Berahi lah aku di sini!


#GilaKata @abiLTrayzed :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, January 21, 2014

RINDU

(R)asa itu terlahir dari ikatan
(I)katan yang berupa nikmat
(N)ikmat zahir dan batin duniawi
(D)unia yang satu hari nanti usai
(U)sai bersama rasa itu

Itulah..R.I.N.D.U!


#GilaKata @abiLTrayzed
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Harapan (1)

Ku garap
Pada yang diharap
Harapan tergantung
Tinggi tak tercapai
Pada harga
Yang buat ku jatuh
Harap dipapah
Bangun berdiri
Dan kembali senyum
Dengan harapan


20 Jan 2014 #GilaKata @abiLTrayzed
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Gelandangan Cinta

Aku merayau
Dalam kesunyian
Aku mengemis
demi sesuap
Sekeping Kasih
Sehelai Sayang
Dan mungkin seikat Cinta
Siangku berjalan di bicaramu
Malamku terbang di mimpimu
izinkan aku
Gelandangan dihatimu


#GilaKata @abiLTrayzed
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, January 13, 2014

Mimpi Bohong

Comel bukan..
Aku jengah di beranda
Kau melambai dari luar pagar
Ohh (Patutlah)
Aku dengar suara halus
Sayup sayup memanggilku
Dalam kesibukan
kekusutan menyiapkan naskah
Yang menjerit jerit tarikh luputnya

Comel sungguh..
Bila kau tersenyum
Membakar semangat aku
Berkepul kepul melayang
Resap ke udara
Dan bila aku mengais
Senyuman tu pudar
Perlahan-lahan kau menghilang
Kemudian senyap
Bergantian bunyi si cengkerik
Ditemani cebisan rokok
Terbakar senyap di penghujung puntung

Menggamit mimpi di hati (bayangkan)
Dalam satu keramaian
Aku yang terlewat sampai
Bertemankan gantian comel
Melangkah longlai
Jauh dari ikhlas dekat pada paksaan

Di situ aku lihat dia
Juga seperti aku
Perasaan yang seperti harus datang
Demi menjaga hati
Menjaga status
Menjaga nama
Ingin aku hampiri
Malang sekali jiwa itu diselaputi
Manusia manusia yang
Berhidung belang
Berstatus tinggi
Sifat mereka jalang
Tiada akal lagi hati suci
Aku selalu berharap
Agar aku tak bermimpi kosong
Terdampar dan terperap
Ala cerita dongeng penuh bohong

Sadarkan aku!


#GilaKata2 #Halusinasi #13Jan2014 #0013AM :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
bT*xJmx*PTEyMzc1Njg5NDA3OTMmcHQ9MTIzNzU2ODk1ODc5MyZwPTM2MzYxJmQ9d2FmLWNsb2NrcyZnPTEmdD*mbz*zOGFiYmY1YTkyNzU*YmUwYTM1ZjVlOGE3MjQxYzZiZg==.gif