ABIL's soulmate

ABIL's soulmate

Wednesday, December 1, 2010

KERJA di hujung BULAN tahun 2010

Cabaran untuk Abil bulan ni..hurmm..nak nak bulan penutup 2010.. Abil kene siapkan capture tape hasil shooting Isnin lepas..yaww...banyak seh! [tepuk dahi sat]. Almaklumlah...shooting guna 3 camera dan event tu berlangsung kurang lebih 7 jam..dari pagi sampai petang..So bila dihitung hitung..Camera A ada 6 tape, Camera B pulak 7 tape dan Camera C, yangAbil gunakan jugak ada 7 tape..so korang sure leh agak la berapa jumlahnya..huiii..20 tape semua..dan setiap tape mempunyai durasi 1 jam..ini bermakna, Abil kena capture selama 20 jam.. [tepuk dahi lagi!]

TAPI bukan beerti Abil akan habiskan dalam masa sehari..Abil akan buat 8 tape sehari = 8 jam tidak termasuk memeriksa dan menyimpan file file tersebut dalam system.. jadinya, ada la 10 jam kerja. Pagi tadi Abil dah berbincang dengan bos Abil, Cik Shuhaimi Baba (Shumi), Abil jelaskan pada dia minggu ni hanya capturing dan kalau sempat Abil akan sync audio untuk semua tape 1 hingga 3 dulu (cam A-C)..dan ini bukan la tugas yang mudah..agak remeh sebab kene carik point yang logik untuk samakan setiap satu.. HURMMMMM.... dan minggu depan Abil akan cuba habiskan yang selebihnya.. bila dah selesai stage tersebut, baru Abil boleh potong pilih shot mana yang menarik atau yang perlu dihighlightkan.. Oh laa laa.... dan itu adalah acara pecah otak.. Hopefully korang faham apa yang Abil ceritakan ni.. 3 stages yang Abil ceritakan ni iaitu daripada capture hinggalah rough edit..dipanggil proses offline.. Abil memerlukan kurang lebih 2 minggu untuk lakukannya sebab bahan yang agak banyak..dan Abil kena mendengar dan melihat dengan teliti serta membuat decision untuk memilih.

Dan seterusnya bila director telah bersetuju atau beberapa pindaan atau ubahan telah dilakukan, barulah Abil boleh masuk ke proses berikutnya iaitu online. Online di sini maksudnya, membuat final touch untuk video seperti memasukkan sebarang effect yang berkaitan atau bersesuaian, color grade sikit mana yang agak kureng dan hantar final audio kepada sound editor, Mr Ashley, untuk proses final mix, kemudian bila dah siap, Abil akan sync kan semula dengan video. Seterusnya, final output, export dan compress untuk proses DVD [proses paling last ni bergantung pada apa material akhir yang dikehendaki oleh client i.e DVD, VCD, tape etc]

Bila hantar DVD pun belum bermaksud dah settle la kan..hahaha..kalau client rasa tak best, nak adjust..kena la buat..dan client Abil kali ni bukan sebarangan individu, beliau ialah DYMM Sultan Selangor. Yeaaa...sebab event yang kami cover baru baru ni adalah event Tuanku iaitu Wacana Raja Berpelembagaan yang berlangsung dia SUK Selangor baru baru ni.. :)

Tak kisah la, Abil seperti biasa akan cuba lakukan yang terbaik..ambil jadikan sebagai pengalaman tambahan. Ni adalah job kedua Abil dengan Tuanku..
bT*xJmx*PTEyMzc1Njg5NDA3OTMmcHQ9MTIzNzU2ODk1ODc5MyZwPTM2MzYxJmQ9d2FmLWNsb2NrcyZnPTEmdD*mbz*zOGFiYmY1YTkyNzU*YmUwYTM1ZjVlOGE3MjQxYzZiZg==.gif