ABIL's soulmate

ABIL's soulmate

Thursday, February 13, 2014

Jelajah Solo : Kampung Sungai Melayu

Seawal 4.45pagi aku dah terjaga walaupun hari ni cuti. Terpisat-pisat biji mata ni. 
"Kenapa cepat sangat mata dah terbuka pada alam realiti dan meninggalkan mimpi?"

Oh sebab dah niat nak kerjakan sesuatu. So, aku bangun dan ke tandas. Bersugi dan membersihkan diri. Kemudian amik wuduk.

A'a..hati dah berniat nak buat solat tahajjud. Dah hampir setiap malam sejak bulan September 2013 aku akan cuba usaha bangun dan buat solat tahajjud. Ada juga malam yang tak termampu nak bangun. Sementara tunggu Subuh, aku isi sisa-sisa masa dengan bacaan surah-surah pendek seperti surah Al-Mulk. Salah satu surah kesukaan. Ketenangan yang hanya Allah saja mampu memberi. 

Dalam pukul 6 pagi aku dengar azan subuh. Capai towel, nak mandi la dulu. Kasi fresh. Tapi sebelum tu aku capai handphone. Call mak ayah. Saja nak tanya khabar. Alhamdulillah mak ayah sihat. Dipendekkan cerita, selesai segala aktiviti subuh yang diakhiri dengan zikir al-Mathurat, aku duduk di balkoni. Menghirup udara pagi. Berangin dan sejuk. Pandang langit yang baru nak cerah. Sambil-sambil menikmati yogurt dan kek batik. Haaa..kek batik adalah kegemaran aku. Sanggup pegi cari semata-mata nak makan walaupun pernah diajar oleh seseorang untuk membuatnya. 

Then pukul 9 pagi, usai solat dhuha, aku siap-siap dan keluar dari rumah..

"Dengan nama Allah, aku berjalan di muka bumi Mu..Amin!"

Doa dalam hati ketika tangan mula pegang stereng. Hati rasa nak berjalan..menjelajah tempat-tempat yang indah. Aku biarkan je tangan ni mengawal stereng tanpa arah tuju dulu. Macam-macam dalam otak ni. Berfikir-fikir nak ke mana..tiba-tiba mata terpandang signboard "Kampung Sungai Melayu, Eco Tourism Malaysia" dan depan tu ada signboard Kampung Sungai Melayu. Terus bagi signal dan masuk.. Hati nak tau apa ada kat kampung ni..

Daripada jalan besar, akhirnya kete pacuan 4 roda kecik aku ni masuk ke jalan kecik. Kiri kanan kelapa sawit. 


Tapi sebab keinginan yang kuat, teruskan juga. Lama jugak nak masuk ke dalam kampung ni, lebih kurang 15min perjalanan. Follow je signboard yang ada. Sepanjang perjalanan, hati ni diserang pelbagai soalan. 'Betul ke aku ni?' 'Betul ke jalan ni?' Kemudian aku perlahankan kenderaan. Ye la, mana tau kut tiba-tiba babi hutan melintas..hahahaha


Akhirnya sampai. Tapi sekali lagi hati diserang pertanyaan 'Apa yang ada kat sini?' Sebab aku cuma nampak rumah-rumah kampung biasa je. Macam ala-ala kawasan felda. Aku nampak kedai runcit. Berhenti dan masuk ke dalam kedai. Sunyi je. Macam takde orang jaga kedai. Kemudian dengar suara lelaki tua kasi salam.
"Assalamualaikum.." 

Aku pandang kiri kanan, tak nampak jugak kelibat orang. Masuk lagi ke dalam mencari arah suara dan akhirnya nampak sorang pakcik tengah duduk kat meja kaunter. Amboi la, dalam betul kaunter kedai ni. Pakcik tu dalam umur 60-70 la. Dia tengan mengait sesuatu. Nampak macam jala. 

"Waalaikumsalam." (Lambat sikit jawab salam - hahaha)

Aku berjalan dekat. Terus tanya pakcik tu,
"Pakcik, maaf la nak tny, apa yang menarik kat kampung ni?"
Pakcik tu senyum dan ulang balik soalan aku, "Apa yang menarik?"
"Ye la, saya nampak papan tulis 'Kampung Sungai Melayu Eco Tourism. Jadi nak tau apa yang menarik kat sini.."
"Oh kat sini kampung biasa je nak. Waktu pagi ni sunyi la. Petang nanti ada la orang datang, mandi-manda, makan-makan, orang balik dari laut."


Laut? Wahh..ok..menarik.


"Ada laut sini?" 

Pakcik tu gelak dengan soalan aku. 
"Ada nak. Sini dah dekat dengan Singapura." 


Dia bangun ambil kertas dan pen. Pakcik tu lukis peta kat aku. Tunjuk arah mana aku kena ambil untuk ke tepi laut. Actually hulu sungai. Aku agak kawasan paya bakau la kot. So berbekalkan peta ringkas dan penjelasan pakcik tu, aku mencari tempat yang dimaksudkn. Terima kasih pakcik Abu Ali. Ha tu la nama beliau. 

Akhirnya aku smpai ke tepi jeti. Ada beberapa bot nelayan kat situ. Dan keadaan...SANGAT TENANG.. Subhanallah.. Walaupun simple je tempat ni, kampung nelayan la aku kira tapi bagi orang macam aku yang duduk kat kawasan bandar..aku rasa sangat teruja..dengar bunyi bot, bau air laut, dengar bunyi burung hutan dan paling best dengar bunyi desir air..




Lama jugak aku bertapa kat pondok jeti tu sambil melayan angin yang sesekali agak kencang sampai aku kena pegang topi. Sambil-sambil jugak aku buat catatan ni supaya aku tak lupa setiap data yang dirakam oleh 'lensa kamera' Allah iaitu mata. Seronok tengok bot-bot yang lalu lalang. Sampai aku tergerak nak buat sesuatu..

Haha..aku beranikan diri pegi ke tempat nelayan-nelayan situ tengah lepak. Saja tanya-tanya kalau ada perkhidmatan bot untuk bawa pelancong...macam aku..(Konon). Pakcik-pakcik ni ramah.



Rupanya memang sini ada benda-benda tu semua. Siap pakej. Ada sorang pakcik badan besar, dorang panggil dia 'kapten'. Dia yang bagi penjelasan apa aktiviti kat situ. Siap ada homestay, pakej makan pun ada. Menu yang femes kat sini katanya Asam Pedas Ikan Sembilang. 

"Ada orang datang kali kedua semata-mata nak makan asam pedas ikan Sembilang ni.." Terliur aku..hahahaha

Memang biasa orang datang situ, naik bot menyusuri kawasan paya bakau.

Selfie!
Dengan bayaran rm30 untuk aku sorang. Yes, memang aku sorang pun. Dapat la aku sewa bot. Kena pkai jaket keselematan, undang2. Betoi la, aku pun bukan pandai berenang. Maka, berjalan la aku atas jeti menuju ke bot. Niat di hati nak naik sampan tapi takde pulak pakej tu. Sampan ringan katanya, nanti terbalik. Oke.. Huhu


Bot yang disewa ;)
Pemandu bot aku ialah Abang Amran. Seorang yang peramah.
Abang Amran - pemandu bot :)
Seperamah pak Abu Ali owner kedai runcit tadi. 

Apa-apa pun, selfie juga aku kekadang sesekali. Tu bukti la kot, betapa walaupun bot tak la laju tapi angin agak kencang. Pertengahan perjalanan menyusuri hutan paya bakau tu tiba-tiba Abang Amran perlahankan bot. Aku cuak la kejap. Kot bot ade masalah ke. Aku pusing belakang.

"Nape bang?"

Dia bagi isyarat 'diam'. Lepas tu tunjuk atas dahan lebih kurang 3 meter atas kepala aku. Perghhhh...ulau melingkau! 

Ular Bakau atau Mangrove Snake
"Tu ular bakau, tapi tengah tidur. Ular ni malam dia aktif. Siang tak." Katanya.

Haaa..Ular Bakau atau Mangrove Snake atau nama saintifiknya boiga dendrophila melanota .
Sempat aku google tadi. Tak sangka la dapat tengok dengan dekat. Sebelum ni masuk hutan paya bakau kat Perak, belum pernah jumpa. Rezeki aku hari ni. Alhamdulillah. Tak sia-sia naik bot hari ni. Abang Amran cakap, kalau air surut, macam-macam lagi boleh nampak. Ikan tembakul, burung kedidi, ular, ungka, monyet, biawak..

"....abang biawak pun ada!" Selorohnya. 

Abang biawak? Emmm aku cuba fikir jap. Owh..haaa..buaya..ada rupanya kat sini. Ye la kan..sungai besar macam ni..mesti ada. Cuma nampak tak nampak je. Menurut kata Abang Amran, memang ada tapi time musim hujan baru nampak. Musim panas camni, selalunya sembunyi. Ikut nasib la katanya kalau nampak timbul pun tapi buaya tu tak kacau orang. Sekarang aku letak beberapa keping gambar untuk tatapan korang.

 


 


Ok, mungkin lain kali kalau aku datang sini, aku kena datang time air surut. Petang sikit, mungkin. Sebab bila air surut la boleh nampak banyak benda. Aktiviti cari ketam dan kupang pun ada. Nak pijak selut lumpur pun boleh. Haha!



Aku nampak macam rumah terapung. macam best kan? Ada beberapa rumah terapung. Ini biasanya hardcore nelayan la ni ataupun penternak kupang. Kebanyakan nelayan sini bukan turun laut lama-lama dalam satu masa. Seawal jam 3 pagi ada yang dah turun tapi lepas sejam dua, naik semula ke darat. berehat sekejap atau menjual hasil laut yang dah dapat. kemudian turun semula.


Jeti Kg Sungai Danga
Jeti ialah jeti Kampung Sungai Danga. Kampung yang terletak di seberang hadapan kampung Sungai Melayu ni. Kalau depan sikit lagi akan jumpa Tebing Runtuh. Tapi aku pun tak pasti arah mana. Menurut Abang Amran, kadang-kadang dia menjala ikan sampai ke kawasan Pelabuhan Tanjung Pelepas! Haa..dah dekat la maknanya ni. 

Lepas lebih kurang 30minit atas bot, pusing-pusing kat kawasan paya bakau sampai ke penghujung sungai, akhirnya aku berjaya memijakkan kaki atas lantai jeti. Ketar tak ketar seluruh badan aku. Syukur selamat. Terduduk kejap atas jeti tu menarik nafas. Pengalaman yang sangat best melihat keindahan alam semula jadi.

   
Sekolah  rendah ni atas bukit hadap laut u ols!


dari atas cerun bukit
tangga ni dah usang, bawah tu sungai.
Dan aku sempat pusing keliling kampung menyusuri tepi-tepi laluan sungai..Subhanallah..sangat indah..

Menikmati suasana di jeti

Terima kasih. Jumpa lagi :)

Catatan dari Jeti Kg Sungai Melayu
12 Febuari 2014
11:45 AM


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
bT*xJmx*PTEyMzc1Njg5NDA3OTMmcHQ9MTIzNzU2ODk1ODc5MyZwPTM2MzYxJmQ9d2FmLWNsb2NrcyZnPTEmdD*mbz*zOGFiYmY1YTkyNzU*YmUwYTM1ZjVlOGE3MjQxYzZiZg==.gif