Apa khabar semua? Abil doakan semoga semuanya sihat dan dirahmati Allah selalu. Hari ni alhamdulillah 'bendera jepun' abil clean and clear. Jadi abil dapat dating dengan Dia selepas lebih seminggu abil menyimpan rindu untuk bersujud padaNya. Dan entah kenapa abil mengalirkan air mata yang abil sendiri tak dapat nak kawal selepas abil selesai memberikan salam selepas tahiyad akhir. semakin mencurah2 bila abil mengucapkan istighfar dan berzikir sebanyak mungkin kepadaNya sehinggalah doa penutup.
"..Ya Allah Ya Robbi...semoga kau panjangkan usiaku dalam mentaatiMu, RasulMu dan kedua ibubapaku.."
Hati abil seolah-olah merasakan sesuatu. Abil sendiri tertanya-tanya tapi yang pastinya apa yang dirasakan tu adalah sesuatu yang baik dan abil tak takut untuk hadapinya jika benar ia telah tertulis dalam perjanjian abil dengan Yang Maha Esa ketika dalam perut ibu lagi. Sebagai hambaNya, abil tau abil kerap kali lalai dan lupa kepadaNya. Ketar tangan abil menaip risalah ni tapi abil andaikan jika benar seperti yang dah tertulis dalam Lut Mahfuz Nya, abil pohon segala kesempatan yang ada untuk kemaafan pada diri abil yang mana abil telah berlaku kejam pada diri abil selama ni, memohon kemaafan pada semua yang membaca apa yang abil tuliskan ni sekiranya abil telah melakukan kesalahan atau menyakiti diri kalian secara zahir dan batin.
Sejak akhir-akhir ni abil amat rindukan kedua ibu bapa abil terutamanya mak. Minggu lepas abil call mak abil dan abil tak pernah luahkan secara nyata rasa rindu abil pada mak mahupun pada mana2 adik beradik abil, tapi abil bbm adik abil yang bongsu. Abil cakap abil rindukan mak. terpinga-pinga jugak la adik abil tu tapi dia tetap balas dengan icon senyuman dan cakap,
"Kak, nanti bila2 senang, ada kesempatan, balik la. Doakan yang terbaik pada mak dan ayah walaupun daripada jauh. Itu pun dah cukupkan. Kami faham keadaan kau kat sana."
Perkara yang abil mahu lakukan sangat ialah memeluk mak abil, cium pipinya dan cium tangannya seperti yang lazim abil buat setiap kali abil akan berpisah balik ke KL sebab terikat dengan kerjaya. Abil mahu lakukannya sebab perasaan abil merasakan mungkinkah kali itu adalah yang terakhir abil lakukan? Wallahua'alam. Hanya Allah saja Yang Maha Mengetahui. Mak tak pernah penat pesan pada abil tentang kehidupan. Yang paling mak tak pernah lupa walaupun sekadar pesanan melalui telefon ialah..
"Jangan lupa pada Allah. Jangan tinggalkan solat. Kau dah solat, nak?" ---> this is really wanna make me cry. Tulusnya hati seorang ibu walau abil tahu dalam hatinya, terdetik kelakuan anaknya yang membimbangkan tapi dia tak mahu bicarakannya kerana terlalu peribadi. Mungkin melalui pesanan mild itu dia berharap agar anaknya ini dilindungi Allah selalu. Dan alhamdulillah, abil tak pernah lupa doakan kesejahteraan keduanya yang sangat abil sayangi. Tiada kasih sayang yang dapat menandingi kasih sayang keduanya di dunia ini selepas kasih sayang Allah. Abil banyak melalui detik2 yang mencemaskan yang hampir meragut nyawa abil tapi alhamdulillah, kesempatan untuk bernafas masih diberikanNya. Seingat abil, selama abil hidup ni, abil kira dah 8 kali abil hampir kehilangan nyawa. Maaf, abil tak dapat nak kongsi dengan kalian apa peristiwanya. Tiada apa yang perlu dibanggakan kalau nak bercerita pun kan :)
Walau apapun yang berlaku, sebagai manusia, bukan beerti apa yang abil share ni adalah tanda abil putus asa dengan kehidupan. Tiada salahnya kan kalau kita beringat. Yang hidup pasti akan mati. Sedangkan mesin ciptaan manusia pun boleh mati kalau bateri kong atau takde power..(ngeh ~)
Hati ni adakalanya rasa sangat bersyukur sebab sentiasa diberikan peringatan olehNya. Andai abil terlalai sikit, insyaallah akan sampai ingatanNya. Allah tak pernah jemu memberikan peringatan pada hambaNya. Bila kita lupa, dengan ingatan itulah Dia menyampaikan rasa rindu dan kasihNya pada kita. Allah tak pernah putus asa. Subhanallah. Dan dengan serendah hati abil menerima sentuhanNya dengan redha dan tawadduk.