ABIL's soulmate

ABIL's soulmate

Monday, October 17, 2005

LEWAT BEGINI!!!

AKU MASIH DI OFISSSS!! ni semua sebab nak siapkan press kit untuk preview 19 0ctober ni di KLCC..aku minta maaf pada beberapa orang member yang tak berpeluang untuk datang tengok..seperti preview yang sebelum ni..aku sempat jemput Diyana Yang, Hazrina, Diana dan beberapa orang lagi..semuanya 6 orang..dapat diorang datang tengok sebelum filem tu secara rasminya keluar di panggung..aku tumpang gembira dan bangga mendengarkan komen2 daripada diorang yang datang tengok..sebagai satu penghargaan buat diorang..tapi kali ni memang tak dapat..sebab tempat terhad dan panggung yang agak terhad tempat duduknya berbanding panggung yang lepas..

press kit yang perlu disiapkan semuanya sebanyak 70 set..mewah bagi wakil2 media yang bakal hadir (yang nama ada dalam list jemputan sahaja)..ada CD lagu soundtrack filem sumbangan Sony-BMG..ada sampul raya..ada tag yang lengkap dengan lanyard printing PHSM2..dan juga t-shirt...semua item2 ni akan dijual semasa roadshow nanti tapi untuk wakil2 media..ia adalah PERCUMA sebagai tanda penghargaan dan sebagai promosi..kami masih lagi di ofis printing macam2 benda..dan akan diselitkan dalam folder..dan akan diletakkan dalam paperbag yang ditempah khas bersama2 item yang dinyatakan tadi..

mata aku dah makin mengecil..rokok opsss...hmmmm...tak jalan la nampak gayanya cita2 dan juga angan2 aku nak berenti..kurangkan mungkin ya la kot..huhu..kami kat ofis masing2 macam dah bengong..ada je gosip dan juga cerita2 kelakar yang dikeluarkan untuk menghiburkan hati dan juga mengubat rasa mengantuk dalam diri masing2..macam press preview tahun lepas...kami balik pukul 4 pagi...kali ni...tak tau la aku nak kira macam mana...tapi aku rasa mungkin malam ni dapat balik awal..sebab esok masih ada..yang penting sekarang ni nak siapkan cepat goody bag..itu je sasaran kami...yang dah makin bengong...tapi semuanya antibodi ngantuk masih kuat..hehe...sedangkan shooting yang habis pukul 5-6 pagi setiap hari selama 45-50 hari pun kami boleh tahan...inikan pula buat keje2 ni...insyaallahhh...kami masih kuat...

dan semoga segala usaha kami berbaloi...insyaallah!!

Thursday, October 13, 2005

Emmm....alahai... (-_-")

Dah lebih kurang seminggu aku buka posa kat ofis..gara2 malas nak balik rumah...keje berlambak2 tak abis..asyik makan lauk bazar ramadhan jek..yang pastinya bazar ramadhan taman tun most of the time..sebab itu yang terdekat..dan agak banyak pilihan...dengan macam2 jenis manusia..tapi tak kisah la..dalam pada sesak ngan ratusan manusia..kadang2 aku terserempak dengan beberapa orang kenalan..baik dari ofis sendiri..hehehe...takpun ofis orang lain..

aku ditugaskan untuk mencari supplier..(tiba2 masuk marketing lak)..dah namanya sekarang adalah waktu promotion...dah tentulah semua orang sibuk buat marketing..then aku bawah promo item..ada 10 promo item untuk ditempah dan kena la cari supplier yang offer minimum cost..then aku kena buat budget proposal..aku cuma punya masa 5 hari untuk siapkan semua tu..dan sehingga hujung bulan oktober ni untuk sekurang2nya 9 dari 10 promo item ni siap..gelabah aku lam 2 hari pertama buat keje ni...maklum la...dah lama tak buat keje2 ni...bukan tak penah buat atau tak penah belajar..semua ni aku belajar..dan penah praktikkan..cuma JARANG-JARANG..2 hari gak aku fening kepala...macam nunggu wahyu...bos aku (nizam batman) ada gak cari supplier...tu yang aku rasa tercabar..hoho...so berhempas pulas la aku..mencari yang boleh buat barang berkualiti..dengan harga yang minimum...akhirnya..aku berjaya..kalahkan dia..hehehehe...aku soh supplier tu datang meeting ngan nizam..aku tak masuk coz nak kena uruskan hal lain..then sejam pastu...dia kuar...dia maki...

"Bangsat!"

semua orang termasuk aku terkejut dengan perkataan yang kuar dari mulut dia...aku lagi la..then producer aku approach dia..tanya apa dah jadi..dia jawab..

"Bangsat! hehehehe...harga dia murah la...!"

hahahaha......jangan salah anggap..nizam ni memang mulut celupar sikit tapi baik..then bila aku dah berjaya buat budget proposal berdasarkan best quotation yang aku dapat daripada 15-20 supplier..aku rasa inilah yang paling minima..semua sekali untuk T-shirt (2000 helai), lanyard (1000), pen (3000), tag (1000), paperbag (1500) dan beberapa barang lagi...semua sekali dalam RM34K...lega...

dan sekarang aku cuma tunggu hasilnya..yang akan digunakan dalam press preview next week..

Monday, October 3, 2005

Ingatkan leh rehat...tapi

selesai sudah festival filem asia fasifik ke 50 dengan kuala lumpur sebagai tuan rumah bagi tahun ni pada malam sabtu lepas di PWTC. ramai gak delegasi dari 14 buah negara yang terlibat yang hadir dan aku ambil kesempatan ni untuk kenal beberapa wakil yang aku rasa memang patut aku kenal sebagai cara untuk tukar2 fikiran dan pengalaman..antaranya Derek Dodd n Ike Ong, dari UK...sapa ntah lagi aku lupa nama coz nama susah nak hafal..dari vietnam dan bangkok..sebenarnya Derek n Ike tu dah datang awal sebagai tutor untuk program masterclass selama sebulan lebih sebelum festival filem start..tapi yang mencuri perhatian aku...dan aku rasa orang lain gak..hehe..delegasi dari indon...fuhh...lawa2 beb artis2 yang datang termasuk kris dayanti n rossa...dari thai pun cun gak..dan ada lagi sorang aku lupa..hehehe...

then event tu pun dah abis n sekarang leh bagi tumpuan untuk roadshow dan beberapa event lam bulan posa ni..ada majlis bukak posa...dan promosi kecil2an je...then lepas raya dah tak leh amik cuti..coz dah start roadshow besar2an...kali ni termasuk sabah dan sarawak...tapi...aku tak rasa apa2 pun kalau tak dapat cuti atau dalam makna kata lain cuti dibekukan lepas raya ni coz aku pun sebenarnya dah lama tak cuti...dan dengar kata production manager aku nak pakat mintak shumi sponsor g bercuti d bali...tahun depan lepas segala2nya selesai..harap2nya jadik la...aku pun dah penat sgt...walaupun enjoy...aku rasa dah dekat setahun idop asyik bekerja...daripada bulan ramadan tahun lepas...huhu...

bT*xJmx*PTEyMzc1Njg5NDA3OTMmcHQ9MTIzNzU2ODk1ODc5MyZwPTM2MzYxJmQ9d2FmLWNsb2NrcyZnPTEmdD*mbz*zOGFiYmY1YTkyNzU*YmUwYTM1ZjVlOGE3MjQxYzZiZg==.gif