BOSAN!!!
...hari ni takde kerja yang spesifik la..aku pergi tempat editting semata2 hantar tape kosong untuk editor buat transferring. Aku dah terbiasa dengan hari2 semalam yang mencabar..aku buka semula catatan2 dalam buku log kerja aku sepanjang editting selama 3 bulan. Penuh! daripada 8 Jun 2005 sampai la semalam tarikh akhir aku belanja editor makan pakai duit company, 2 Ogos 2005.. itu baru online..belum kira lagi offline..kalau offline aku dah terlibat sejak seminggu habis shooting pontianak bulan Febuari lalu. so kalu dikira, tambah dan tolak semuanya ada la dalam 5 bulan..kira ni keje setahun la..Filem Pontianak Harum Sundal Malam II ni sebenarnya aku dah terlibat dekat setahun atau pun lebih setahun..daripada bulan puasa tahun lepas (Oktober 2004) sebab ada rehearsal lakonan di studio..aku sekali-sekala buat rakaman semasa rehearsal (semuanya sekali ada 100 lebih tapes) yang akan digunakan dalam making of..then shooting start lepas raya aidilfitri..dalam 21 December 2004...berakhir lepas raya cina sekitar bulan Febuari...sambung editting sampai la seperti yang aku dah tuliskan dalam ni..tape HD 32 final grade Reel 1 dan 4 dah selamat sampai ke Hong Kong hari Selasa lalu untuk test transfer ke filem (output process - telecine)..esok bos-bos aku (Director - Shumi dan Producer - Kak Aida) akan berangkat ke Hong Kong untuk tengok hasilnya dengan bung Filus, Director of Photography, yang akan terus berangkat dari Indonesia..aku plak menggigil kat sini coz sekiranya ada masalah yang datangnya dari Malaysia...aku lah antara manusia yang bakal bertanggungjawab...sebab aku yang sediakan tape final grade ni sebelum dihantar ke Hong Kong..ADOI!!!
...papepun aku berdoa semoga segala-galanya berjalan dengan lancar di sana..
A-Min!!