ABIL's soulmate
Wednesday, February 5, 2014
Mimpi, Imaginasi & Khilaf
Seperti yang aku selalu imaginasikan..
..walau hakikatnya kamu tidak lagi wujud dalam sedarku
Maaf, andai khilafku menjarakkan kita di atas batas perhubungan..
#GilaKata (Tema Mix : Mimpi, Imaginasi, Khilaf) @abiLTrayzed :)
P/s : taktau la menjadi ke tak puisi 3in1 abil ni..hahahaha
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
"Boleh kamu belanja makan? Saya lapar.."
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, aku mulakan cerita.
Bukit Indah, 4 Febuari 2014.
Cuaca hari ni cerah dan berangin. Awal pagi aku bangun walaupun cuti. Bangun awal untuk basuh baju dan masak lauk tengahari untuk adik-adik yang masih nyenyak diulit mimpi. Hari ni aku cuma masak lauk sardin dengan timun sos tiram je. Timun jepun yang aku beli untuk nasi lemak semalam. Aku tau kalau aku tak buat sesuatu kat timun tu nanti kecut macam tu je dalam peti ais. Maklum la, adik-adik ni bukan pemakan sayur yang tegar.
Selepas zohor, aku keluar ke Gelang Patah sebab nak ambil kasut-kasut show yang di'repair' tempoh hari. Seterusnya, plan nak shopping stok dapur sikit memandangkan cik Linda (manager Brainstormers) dah kasi petty cash for this week. Pekan Gelang Patah tak jauh dari rumah tempat aku menginap di Bukit Indah ni. Lebih kurang 15 minit perjalanan. Aku nervous sebenarnya nak pegi amik kasut ni. Takut-takut tukang kasut tu tak bukak kedai sebab cuti Chinese New Year. (Agaknye lah sebab last week aku tunggu dekat 3jam semata-mata dia janji kasut-kasut tu boleh siap pada hari yang dijanjikan, sehari sebelum cuti CNY tapi dia tak muncul-muncul). Ni kisah minggu lepas bila aku kena marah dengan Linda sebab kecuaian tak amik contact number brother tu. Disebabkan kasut show takde, bajet beli kasut baru terpaksa diwujudkan demi nak menyelamatkan show tiga hari minggu lepas.
Bila hati rasa tak sedap, sepanjang drive ke sana, aku baca
'BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMA'IE, WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM'
(yang bermaksud : "Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui")
Dan aku baca berulang-ulang kali sepanjang perjalanan.
Sesampai je kat sana, sebelum parking, aku jengah dulu, brother tu ade ke tak. Ok dia ada. Zasss...masuk parking. Mula-mula aku ingat nak bising kat dia sebab mungkir janji tapi bila tengok keadaan dia yang nampak macam tak sihat, tone suara aku berubah. Tak jadi nak marah. Sebaliknya aku cuma tanya dengan nada sopan,"Minggu lepas saya tunggu abang dekat 3jam tapi abang takde. Ape dah jadi?"
Dia jawab,"Mintak maaf dik. Saya demam. Ni pun nasib baik ada kawan tolong siapkan kasut-kasut ni."
Aku tengok dia pegang sebiji kelapa muda. Mungkin dia minum air kelapa sebab orang cakap ubat. Bersangka baik aje. Lagipun memang dengar suara dia lemau je. So, aku amik 4 pasang kasut tu dan bawak ke kereta. Bonet kereta aku (kembara) bukaknya macam bukak pintu. Jadi, aku bukak sikit dan bersandar kat pintu bonet sambil meneliti setiap kasut yang dibetulkan. Bukan taknak check depan brother tu tapi sebab kedai dia ramai pakcik-pakcik dok lepak, aku maleh la.
Tiba-tiba, masa aku undur setapak nak tarik pintu bonet (untuk tutup semula), aku terlanggar seseorang. Aku dengar suara mengaduh. Aku toleh ke kiri, ada seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 9-11 tahun berdiri tepi kereta aku. Mata aku tengok budak tu atas bawah. Kulit dia gelap, pakaian dia selekeh dan compang-camping. Seluar dia agak besar, lusuh dan zip seluar rosak. Dia berkaki ayam. Bukan bangsa India tapi lebih mirip anak orang asli. Sambil tutup pintu bonet, aku minta maaf kat budak tu sebab terlanggar (terpijak kaki dia, aku rasa la). Dan aku tanya dia kenapa dia duduk belakang aku. Pelik.
Secara automatik, aku meraba poket belakang seluar. Lega! Wallet aku masih ada. Mana la tau, kan.. Budak tu pandang aku dengan pandangan mata penuh harapan. Dia cakap,
"Boleh kamu belanja aku makan? Aku lapar.."
Aku terpinga-pinga kejap. Apehal lak budak ni tiba-tiba mintak belanja makan? Aku nak ignore je dia sebab aku fikir dia ni budak-budak yang jadi peminta sedekah (sindiket). Aku lock bonet kereta dan pindahkan wallet aku ke poket depan. Masa aku nak masuk dalam kereta, aku nampak budak tu berdiri sebelah kereta aku (kat bahagian seat sebelah driver). Dia bongkokkan badan macam ambil sesuatu. Tak jadi aku nak masuk dalam kereta. Aku lock balik dan pergi tengok ape dia dok buat.
Ahh...rupa-rupanya dia tengah kutip bungkusan plastik secret recipe yang ada kotak kek. Ada orang buang situ. Aku tengok budak tu bersungguh-sungguh bukak kotak tu dan dia makan sisa yang ada. Tiba-tiba aku rasa serba-salah tengok gelagat budak tu. Memang betul la kot dia lapar.
Aku tegur dia,"Dik, kamu lapar? Kamu nak makan? Jom kakak belanja."
Dia excited. Terus datang dekat aku.
"Boleh, kakak belanja?" Tanyanya.
Aku angguk dan senyum. "Kamu nak makan apa? Kat kedai mamak sana tu ke?" Aku tunjuk kedai mamak 'Aladeen' yang sederet dengan kedai tukang kasut tu. Dia geleng-geleng kepala dan tunjuk arah kedai lain.
"Tu, kedai 'Syed Alwi' tu?" Tanya aku. Pelik jugak sebab kedai Aladeen lagi dekat. Syed Alwi pulak kat seberang jalan. Kena lintas traffic light. Dia angguk-angguk. Takpe la, aku ikutkn saja.
"Ok, jom kita pergi sana." Aku langkah longkang besar (walaupun aku ni fobia longkang hahahaha) dan dia ikut aku. Masa nak lintas jalan, nasib kereta tak banyak. Dia berlari lintas jalan. Aku pulak yang cemas sebab takut dia kena langgar ke ape ke.. Dia jerit, "Cepat kak.."
Ye ye..aku tau aku terhegeh-hegeh. Bukannya ape, perasaan ragu-ragu dengan 1001 soalan tentang dia ada dalam kepala otak aku. Ya Allah, dugaan ape yang sedang Kau berikan pada aku? Jantung aku, aku boleh rasa degup laju. Dan aku tetap berhati-hati dengan tindakan aku tu. Masa berjalan menuju ke kedai tu, dia tanya aku tinggal mana. Aku jawab,"Akak tinggal di balai polis" :P
Ntah kenape la aku jawab 'tinggal di balai polis' ek. Hahahaha..agaknya aku fikir supaya budak tu gerun kut kalau dia ada apa-apa niat tak elok. Ishh..subhanallah..aku ni!
Masa nak masuk dalam restoran tu, mamak kat situ senyum macam kenal dengan budak ni. Macam kenal lah. Aku cakap kat mamak tu, budak ni lapar. Kasi dia makan, aku akan bayar. Mamak tu angguk saja. Aku cuma perhati dan biarkan saja budak tu amik makanan dia. Dia minta nasi lebih, dan dia amik ayam gulai banyak. Eh aku tak kisah pun la. Ayam tu pun potong kecik-kecik. Dan aku tanya dia nak minum apa. Dia cakap milo ais. So aku order kat mamak tu. Orang-orang dalam restoran tu pandang kami. Mungkin pelik kut, sepelik perasaan aku masa pertama kali tengok keadaan budak tu. Aku biarkan saja. Alah, korang nak tengok, tengok je la. Aku tak kacau korang pun.
Budak tu duduk dan makan dengan lahap. Walaupun dia amik sudu dan garpu sebab tangan dia kotor. Aku nampak. Kuku dia hitam-hitam. Tapi agaknya susah dia nak makan ayam guna sudu garpu, dia pakai jugak tangan. Memang dia lapar. Berselera dia makan. Aku ke kaunter dan bayar. Kemudian duduk depan dia. Perhatikan dia makan. Then aku pun mulakan perbualan.
"Kamu duduk mana?" Actually aku cakap 'kamu' tu sebab budak ni mulakan dulu. Cara dia bercakap begitu. Aku fikir, mungkin bila aku guna 'kamu', dia akan selesa sebab dah biasa. Telahan aku tepat.
Dia jawab,"Tinggal kat tepi laut sana." Dia menunjuk ke arah kawasan yang aku sedia maklum kawasan muara sungai, ada penempatan orang asli. Kat situ ada paya bakau. Dan orang-orang asli situ kebanyakannya kerja cari dan jual hasil laut.
"Mak dan ayah kamu, ada?" (Aku)
"Mak ada, ayah dah tak ada. Ayah dah meninggal" (Dia)
Aku tergamam pulak dengar jawapan dia. Sayu hati aku. Patut la keadaan hidup dia macam ni agaknya..mungkin dia datang ke pekan ni untuk bekerja.
"Berape orang adik beradik? Ada abang? Kakak?" (Aku)
"Abang takde. Kakak ade. Adik-adik ade" (Dia)
"Adik besar mana?" (Aku)
Dia menunjukkan ukuran ketinggian dengan tangannya. Lebih kurang tinggi peha aku le kot.
"Adik kecik lagi. Masih baby" (Dia)
Amboi..pandai pulak dia sebut baby (ganti bayi). Budak ni berani dan petah.
"Kakak nak balik dah?" (Dia)
Aku angguk, senyum.
"A'ah. Kakak nak balik dah. Ada kerja sikit di rumah." - Sebenarnya aku bukan nak balik tapi nak pergi Mydin beli barang tapi aku cakap nak balik sebab aku rasa mata aku berair tengok keadaan dia. Hati aku ni sebak masa tu, Allah saja Yang Maha Mengetahui.
"Kalau kakak nak balik, balik la dulu." (Dia)
"Baiklah, kakak pergi dulu. Kamu makan kasi habis. Kakak dah bayarkan. Jangan risau." (Aku)
"Terima kasih, kakak." (Dia)
Aku senyum dan jalan keluar dari restoran. Sempat aku toleh belakang, senyum pada mamak tu dan cakap terima kasih. Terima kasih sebab mamak tu tak halau budak tu di awal tadi.
Masuk je dalam kereta, air mata aku mengalir sikit. Cembeng jugak aku ni, kan? Hahahaha..eh tak boleh laa..aku cepat kesian kat orang. Aku tak kisah pun berapa yang aku bayar untuk makanan tadi. Alah, bukan mahal pun. Dan yang penting, itu rezeki budak tu. Allah gerakkan hati dia untuk datang pada aku. Dan Allah uji aku dengan kehadiran budak tu yang datang ntah dari mana secara tiba-tiba.
Demi Allah. Kejadian siang tadi buat aku lebih hargai nikmat kehidupan yang Allah berikan pada aku.
"Ya Allah, Kau berikanlah keselamatan dan kemudahan pada dia"
Itu saja yang mampu aku kirimkan buat dia. Dan aku rasa, andai aku jumpa lagi budak ni, aku mungkin akan belikan dia kasut dan baju.
Di Mydin, satu perkara berlaku. Aku rasa sangat ironi..nak tau apa?
Masa beratur kat kaunter nak bayar barang-barang yang aku beli. Oh hari ni kaunter penuh. Lama aku beratur tunggu giliran. Ada seorang wanita (aku agak dalam lingkungan umur 20an), senyum pada aku dan cuba memotong depan aku. Disebabkan dia cuma nak bayar satu barang, aku membalas senyuman dia dan aku benarkan dia berdiri depan aku. Gaya dan rupa dia macam orang asli. Ada sikit-sikit menyerupai budak tadi. Aku tengok barang yang dia nak bayar.
Selipar!
Terus aku teringat budak tadi yang berkaki ayam dari rumah ke pekan. Ya Allah. Mungkinkah...?
Wallahu'alam
P/s : Rezeki yang aku dapat adalah daripada Allah. Dan andai apa yang aku lakukan hari ini adalah sebahagian daripada ketetapan Allah untuk aku kongsi sedikit dengan budak tu, aku redha dan terima dengan penuh syukur :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone