ABIL's soulmate

ABIL's soulmate

Sunday, April 1, 2012

Kalau sakit...

Salam Ahad :)

Hari ni abil bangun awal walaupun bukan untuk solat subuh ('bercuti' seketika). Jam dalam badan ni dah set auto agaknya walaupun abil off jam henpon. Takpe la, redhakan saja la yep. So bila dah terjaga awal sekitar 6.50 pagi. Golek kiri dan kanan pun tak berjaya gak sambung tido, abil terus cakap pada diri sendir,"aku nak lakukan sesuatu yang menyihatkan!" Bukkkk! Terus badan ni melonjak dari tilam, masuk bilik air, salin baju dan keluar rumah...ohoooooooiii...naik bukit lagi :D

7.30 pagi : Hutan rekreasi Bukit Kiara

Syok sungguh hirup udara pagi..bau pokok2..bau tanah..bau yg sangat segar. Subbahanallah. Orang2 lain ada yang berjoging naik turun bukit tapi abil lebih selesa berjalan saja. Stamina belum betul2 strong nak lari. Lagipun dah agak lama tinggalkan rutin sebegini jadi kena la kayuh pelan2. Jarak dari tempat mula utk satu pusingan adalah dianggarkan 5km kurang lebih. Jadi kalau berjalan akan ambil masa 45min - sejam untuk satu pusingan lengkap. Kalau joging atau berlari, 30 minit le jarak masanya. Laluannya takde la terlalu tinggi dan ada jugak yang mendatar. Makanya tak mudah la nak semput sebab boleh berhenti duduk kalau penat. Tapi setakat ni, alhamdulillah abil tak berhenti lagi dan teruskan perjalanan. 1st time dulu ye, abil berhenti kat pit stop. Berhenti untuk meregangkan otot2 dan menarik nafas. Sebelum mula pun wajib juga warm up badan betul2 especially bahagian daripada pinggang ke hujung kaki. Kalau tak buat betul2 sakit la otot nanti. :D tapi memang betul kan, setiap apa perkara pun yang kita nak lakukan, kita kena warm up dulu. Sebagai contoh, semalam pun abil naik bukit gak pagi2 sebelum masuk keje, alhamdulillah badan tak lesu dan sakit2 sampai ke hari ni. Malah abil rasa cergas dan bertenaga.
8.15 pagi : balik rumah

Yeahhh...balik...sejukkan badan..sambil tengok tv jap. Mata terlelap kejap. Tak lama pun terlelap, sekadar 'reboot' otak kot. Dalam kul 9 lebih abil terjaga dan mandi. Kasi refresh. Hari ni ada macam2 acara nak buat.

"Ya Allah..semoga segala urusanku berjalan lancar dengan redhaMu..."

Nnt sambung :D
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

bT*xJmx*PTEyMzc1Njg5NDA3OTMmcHQ9MTIzNzU2ODk1ODc5MyZwPTM2MzYxJmQ9d2FmLWNsb2NrcyZnPTEmdD*mbz*zOGFiYmY1YTkyNzU*YmUwYTM1ZjVlOGE3MjQxYzZiZg==.gif