Buat seorang teman yang sangat abil sayangi. Bertahun2 kita berkawan rupanya kita masing2 belum kenal sepenuhnya diri kita. Abil tak tahu lah mana salahnya tapi sebagai kawan cara abil mungkin tak sama seperti caranya dan caranya tak sama dengan cara abil. Tapi seandainya dia baca apa yang abil titipkan ni, abil tak pernah lupakan dia mahupun abaikannya. Seandainya dia berterus-terang dengan cepat apa yang dia mahu, abil memang secepat mungkin akan dapatkannya. Tapi abil mungkin tak seperti yang diharapkannya, abil menunggu disapa dan dinyatakan apa yang mahu dibicarakan barulah abil akan bertindak sebab abil menghormati ruang waktu orang lain. Abil tak tahu nak cakap apa lagi, bila terjadi sesuatu yang diluar sangkaan abil, abil rasa bersalah yang amat sebab terlalu percaya dengan jwapan pertama yang diberikannya. Memang benar dia antara sahabat yang selalu dengar luahan abil tapi jangan salah sangka, selama abil luahkan masalah atau perlukan bahu bukankah abil yang mencarimu..abil berusaha hubungi dan bercerita. Terima kasih untuk budi dan keikhlasanmu mendengar dan tak putus2 menasihati malah menegur walaupun kita berbeza usia. Itulah cara pendekatan abil. Dan ternyata, dia bukan seperti abil bila abil menunggu untuk dia bercerita..menunggu dan menunggu dan akhirnya makan diri masing2 dipenghujungnya. Sahabat, abil bukan malaikat dan jauh sekali manusia yang punya kelebihan untuk membaca hati orang lain. Dan demi Allah, seandainya diluahkan dengan jelas apa yang dirasakan, abil lah orang pertama yang akan pantas dapatkannya walau apa cara sekalipun. Namun, kuasa Allah kita tak dapat nak jangkakan. Ibarat kata pepatah,
"Cubit peha kanan, peha kiri turut merasa sakit tapi seandainya cubitan tu tak sekuat mana, apa pun tak rasa dan sakit hanya sebelah peha saja."
Dan kini, bila dia menjauhkan diri daripada abil hanya kerana salah faham, cubitan ini sangat berbisa dan abil terduduk menangis seperti mana dia pun terduduk menangis. Abil nak pergi dekat padanya tapi rajuk hatinya membawa dia jauh dan menyepikan diri. Abil hanya mahu dia tahu yang abil sangat sayangkannya dan abil akan tunggu sehingga hatinya terbuka untuk maafkan abil dan abil berharap sangat ukhuwah yang terjalin selama ni tak bernoktah begitu saja hanya kerana salah faham ni. Abil benar2 sayangkan sahabat abil ni..tak pernah sedetik dalam nawaitu untuk kehilangan sahabat seumpamanya..ketahuilah olehmu, tanganku tak pernah jauh darimu daripada dulu..Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.