ABIL's soulmate

ABIL's soulmate

Monday, December 6, 2010

Abil dah nak balik..keje pun dah siap separuh..walaupun buat pelan-pelan.. :) lagu untuk kita sama sama dengar hari ni k..




Lagu

Just The Way You Are

(Bruno Mars)

P/S: ..sekadar ingin berkongsi pada yang sudi

HATI

Abil tertarik dengan satu sajak yang Abil rasa lebih berupa peringatan daripada blog seseorang, ayat dia ringkas tapi mendalam maksudnya. Mr Emzack, Abil pinjam letak kat page Abil ok..(",) Nanti Abil letak link awak kat bawah. Terima kasih


Hati-hati dengan hati. Kalau mahu bermain, jangan bermain dengan hati. Kerana hati yang dimainkan akan patah dan berdarah…

Hati-hati dengan hati. Kerana hati cuma ada satu, untuk diberikan kepada insan yang ikhlas menyayangi seikhlas hati..

Hati-hati dengan hati. Kalau hati disakiti, sakit di hati boleh membawa mati…

Hati-hati dengan hati. Kalau sudah hancur berkecai susah mahu dicantumkan lagi..

Kalaupun molek bercantum, hati tidak akan sesempurna azali…

luka akan sembuh, parutnya bisa berdarah kembali..

Hati-hati dengan hati. Kalau mahu memberi hati, berilah hati yang bersulam kasih, bertekad iman, bermanik insani..

Hati-hati dengan hati. Jika tak suka disakiti jangan menyakiti, kalau tak suka dibenci jangan membenci…

Hati ini sifatnya lembut maka berlemah lembutlah dengan hati…

Jika hati menjadi keras maka akan hilang ihsan belas..

Jika akal bercampur hati maka itulah yang dinamakan naluri…

Hiasilah hati dengan iman dan takwa

Nescaya selamat kita di sini dan disana..

kamu, kamu dan aku,,

Hati-hatilah dengan hati…

sumber petikan: http://mremzack.wordpress.com/
bT*xJmx*PTEyMzc1Njg5NDA3OTMmcHQ9MTIzNzU2ODk1ODc5MyZwPTM2MzYxJmQ9d2FmLWNsb2NrcyZnPTEmdD*mbz*zOGFiYmY1YTkyNzU*YmUwYTM1ZjVlOGE3MjQxYzZiZg==.gif