Ingat lagi tak entry abil tentang kisah sahabat Rasululllah SAW yang menghadapi dilemma hutang? Abil ada selitkan doa yang diajarkan oleh Baginda kepada sahabat tersebut. Baiklah entry kali ni abil nak jelaskan kaitan setiap maksud doa tu. Sekali lagi ini abil ambil daripada sumber yang sama. Kalau nak tau apa doanya nanti klik la kat link yang akan abil letak kat entry ni. Baca dulu kisah orang berhutang (part 1) kemudian baru kaitkan dengan entry kali ni.
Dalam doa tu mengandungi permohonan yang pertama,
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada kebingungan dan kesedihan.."
Orang yang berhutang biasanya mudah menjadi bingung dan tenggelam dalam kesedihan. Sebab keadaan dirinya yang berhutang itu mengakibatkan hidup dalam kebingungan dan menjadikan dirinya tidak gembira atau bersedih.
Ayat seterusnya,
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada lemah dan malas.."
Biasanya orang yang berhutang lebih cenderung menjadi lemah serta tidak kreatif dalam menjalani perjalanan hidup dan lebih cenderung untuk mencari pinjaman atau berhutang ketika mengalami sedikit rintangan dalam hidup.
Berbeza dengan orang yang rajin lebih cenderung berfikir untuk tidak berhutang selagi masih mempunyai solution selain berhutang dalam hidupnya. Bahkan orang yang rajin akan menolak sekiranya ada tawaran pinjaman wang kerana ia menganggap hutang adalah satu beban menyusahkannya.
Ayat ketiga,
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada sifat pengecut dan bakhil.."
Huraiannya ialah, biasanya orang terbeban dengan hutang ini boleh menjadi orang yang ditimpa rasa takut. Hutang boleh menjauhkan dirinya daripada sifat berani dan menjadikan dirinya merendah diri. Abil akui sifat rendah diri tu penting dalam setiap manusia. Tapi dalam konteks ni, individu yang dikelilingi hutang biasanya akan kurang yakin pada diri sendiri.
Orang yang berhutang mudah menjadi bakhil dan jauh daripada sifat pemurah dan dermawan. Apabila ada orang meminta sedekah, ia enggan memberikan kerana dalam fikirannya menyatakan,"bagaimana nak sedekah, aku sendiri pun tak cukup makan nak bayar hutang.." Tapi wallahualam..ini hanya contoh dan perkaitan saja. Mungkin ada di antara kita yang berhutang tapi masih beringat tentang kesusahan orang lain juga. Abil tak menuduh atau berkata semua orang yang berhutang tu begitu jadinya. Mungkin sebilangan k.
Ayat keempat,
"Dan aku berlindung kepadaMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang."
Doa bahagian akhir ni mengandungi permohonan seorang yang terbeban dengan hutang. Ia menyerahkan sepenuhnya kepada Allah SWT yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji agar membukakan jalan bagi masalah hutang yang berpanjangan yang membenani hidupnya.
Di samping itu, ia memohon dirinya dilindungi oleh Allah SWT daripada kejahatan dan penindasan manusia. Penindasan yang dimaksudkan ini adalah daripada pihak yang memberi hutang. Kerana ada juga orang yang memberi hutang berasa dirinya berjasa dengan meminjamkan wangnya kepada orang yang berhutang, lalu ia berasa berhak untuk melakukan apa saja terhadap orang yang berhutang. Wallau'alam.
Oleh itu kekawan, abil harap apa yang abil share ni adalah untuk sama2 kita belajar dan jadikan panduan hidup. Sama ada sudah terlanjur berhutang, baru berfikir untuk berhutang ataupun yang memberikan hutang. Abil faham kadang2 kita tak berdepan dengan pilihan yang banyak dan berhutang adalah jalan terakhir dan bila terpaksa. Jadi, seandainya itu berlaku, cubalah sedaya mampu melunaskannya walaupun sedikit2 dan perlahan2. Insyaallah, Allah sentiasa disisi umatnya..
Terima kasih pada maklumat daripada Berita Minggu. Abil sendiri tenggelam dalam hutang dan bila membaca artikel ni, hati abil merasa lapang dan abil pun sedang dalam proses untuk melangsaikan segala hutang selagi abil bernyawa. ;)
Apa2pun doa ini besar maknanya dan besar maghrifatnya. bukan saja tercangkup pada skop berhutang tapi insyaallah pada mana2 keadaan sekalipun. amalkan pagi dan petang kerana Allah Maha Mengetahui..wallahua'alam..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.