ABIL's soulmate

ABIL's soulmate

Tuesday, July 31, 2012

Unspoken Momento 120731

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Terima kasih cik Aye

Terima kasih sebab tolong saya betulkan masalah dengan email saya kejap tadi.

Test..1,2,3...owh dah kembali normal :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Salam ramadhan :)

Assalamualaikum,

Hari ni saya berbuka sorang diri kat banglo gara2 ada kerja yang perlu disiapkan dalam minggu ni. Shooting yang digembar-gemburkan tak berlaku pada bulan Ramadhan ni dan telah ditunda selepas Aidilfitri. Berita ni diumumkan lewat minggu lepas. Jadi segala teka-teki dalam fikiran semua staff pun terjawab sudah. Maka masing2 pun dah boleh plan raya sebaiknya. Di pihak saya, saya mengandaikan perkara yang berlaku ini ada hikmah Allah. Mungkin berkat doa dan harapan yang dipanjangkan dalam hati masing2 agar bulan puasa ni dapat dimanfaatkn dengan sebaik mungkin amalan ibadah. Alhamdulillah.

Ada yang berpeluang lakukan terawikh tak? Saya sempat setakat ni walaupun baru 2 mlm. Dapat la lakukan 20 rakaat termasuk 3 rakaat solat witir. Berbanding tahun lepas, saya dapat buat satu malam saja mengikut kesempatan waktu yang ada pada ketika tu. Tahun ni saya join family angkat. Badan pun tak berapa sihat masa awal2 Ramadhan ni, tapi syukur berjaya la jugak lakukannya. Dan di bulan ini, saya dapat bersama keluarga lebih kerap berbanding tahun lepas. Hampir setiap hari minggu bermula dari minggu pertama Ramadhan, peluang berbuka dan bersahur dengan keluarga diberikan Allah. Mak dan ayah pun tak sihat, jadi inilah rahmat Allah yang hanya Dia saja yang Maha Mengetahui hikmah disebalik setiap kejadian. Sebelum mula Ramadhan pun dapat saya balik ke kampung jengah nenek dan hulurkan duit ikut kemampuan. Agak lama jugak saya tak balik jumpa nenek. Terubat rindu walaupun hanya balik bertiga dengan mak dan ayah sebab adik-beradik yang lain sibuk dengan urusan masing2.

Dan perkara yang paling mengujakan saya berlaku di bulan Ramadhan ni ialah bersolat jemaah dengan seorang teman. Dah lama saya tak jadi imam. Hampir 10 tahun seingat saya. Terima kasih teman. Saya sayang awak untuk kepercayaan yang awak berikan. Semoga Ramadhan kali ini menjadi permulaan yang baik buat kita semua.

Alhamdulillah!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Test

Test
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
bT*xJmx*PTEyMzc1Njg5NDA3OTMmcHQ9MTIzNzU2ODk1ODc5MyZwPTM2MzYxJmQ9d2FmLWNsb2NrcyZnPTEmdD*mbz*zOGFiYmY1YTkyNzU*YmUwYTM1ZjVlOGE3MjQxYzZiZg==.gif