ABIL's soulmate

ABIL's soulmate
Showing posts with label ABIL's matter. Show all posts
Showing posts with label ABIL's matter. Show all posts

Thursday, February 13, 2014

Jelajah Solo : Kampung Sungai Melayu

Seawal 4.45pagi aku dah terjaga walaupun hari ni cuti. Terpisat-pisat biji mata ni. 
"Kenapa cepat sangat mata dah terbuka pada alam realiti dan meninggalkan mimpi?"

Oh sebab dah niat nak kerjakan sesuatu. So, aku bangun dan ke tandas. Bersugi dan membersihkan diri. Kemudian amik wuduk.

A'a..hati dah berniat nak buat solat tahajjud. Dah hampir setiap malam sejak bulan September 2013 aku akan cuba usaha bangun dan buat solat tahajjud. Ada juga malam yang tak termampu nak bangun. Sementara tunggu Subuh, aku isi sisa-sisa masa dengan bacaan surah-surah pendek seperti surah Al-Mulk. Salah satu surah kesukaan. Ketenangan yang hanya Allah saja mampu memberi. 

Dalam pukul 6 pagi aku dengar azan subuh. Capai towel, nak mandi la dulu. Kasi fresh. Tapi sebelum tu aku capai handphone. Call mak ayah. Saja nak tanya khabar. Alhamdulillah mak ayah sihat. Dipendekkan cerita, selesai segala aktiviti subuh yang diakhiri dengan zikir al-Mathurat, aku duduk di balkoni. Menghirup udara pagi. Berangin dan sejuk. Pandang langit yang baru nak cerah. Sambil-sambil menikmati yogurt dan kek batik. Haaa..kek batik adalah kegemaran aku. Sanggup pegi cari semata-mata nak makan walaupun pernah diajar oleh seseorang untuk membuatnya. 

Then pukul 9 pagi, usai solat dhuha, aku siap-siap dan keluar dari rumah..

"Dengan nama Allah, aku berjalan di muka bumi Mu..Amin!"

Doa dalam hati ketika tangan mula pegang stereng. Hati rasa nak berjalan..menjelajah tempat-tempat yang indah. Aku biarkan je tangan ni mengawal stereng tanpa arah tuju dulu. Macam-macam dalam otak ni. Berfikir-fikir nak ke mana..tiba-tiba mata terpandang signboard "Kampung Sungai Melayu, Eco Tourism Malaysia" dan depan tu ada signboard Kampung Sungai Melayu. Terus bagi signal dan masuk.. Hati nak tau apa ada kat kampung ni..

Daripada jalan besar, akhirnya kete pacuan 4 roda kecik aku ni masuk ke jalan kecik. Kiri kanan kelapa sawit. 


Tapi sebab keinginan yang kuat, teruskan juga. Lama jugak nak masuk ke dalam kampung ni, lebih kurang 15min perjalanan. Follow je signboard yang ada. Sepanjang perjalanan, hati ni diserang pelbagai soalan. 'Betul ke aku ni?' 'Betul ke jalan ni?' Kemudian aku perlahankan kenderaan. Ye la, mana tau kut tiba-tiba babi hutan melintas..hahahaha


Akhirnya sampai. Tapi sekali lagi hati diserang pertanyaan 'Apa yang ada kat sini?' Sebab aku cuma nampak rumah-rumah kampung biasa je. Macam ala-ala kawasan felda. Aku nampak kedai runcit. Berhenti dan masuk ke dalam kedai. Sunyi je. Macam takde orang jaga kedai. Kemudian dengar suara lelaki tua kasi salam.
"Assalamualaikum.." 

Aku pandang kiri kanan, tak nampak jugak kelibat orang. Masuk lagi ke dalam mencari arah suara dan akhirnya nampak sorang pakcik tengah duduk kat meja kaunter. Amboi la, dalam betul kaunter kedai ni. Pakcik tu dalam umur 60-70 la. Dia tengan mengait sesuatu. Nampak macam jala. 

"Waalaikumsalam." (Lambat sikit jawab salam - hahaha)

Aku berjalan dekat. Terus tanya pakcik tu,
"Pakcik, maaf la nak tny, apa yang menarik kat kampung ni?"
Pakcik tu senyum dan ulang balik soalan aku, "Apa yang menarik?"
"Ye la, saya nampak papan tulis 'Kampung Sungai Melayu Eco Tourism. Jadi nak tau apa yang menarik kat sini.."
"Oh kat sini kampung biasa je nak. Waktu pagi ni sunyi la. Petang nanti ada la orang datang, mandi-manda, makan-makan, orang balik dari laut."


Laut? Wahh..ok..menarik.


"Ada laut sini?" 

Pakcik tu gelak dengan soalan aku. 
"Ada nak. Sini dah dekat dengan Singapura." 


Dia bangun ambil kertas dan pen. Pakcik tu lukis peta kat aku. Tunjuk arah mana aku kena ambil untuk ke tepi laut. Actually hulu sungai. Aku agak kawasan paya bakau la kot. So berbekalkan peta ringkas dan penjelasan pakcik tu, aku mencari tempat yang dimaksudkn. Terima kasih pakcik Abu Ali. Ha tu la nama beliau. 

Akhirnya aku smpai ke tepi jeti. Ada beberapa bot nelayan kat situ. Dan keadaan...SANGAT TENANG.. Subhanallah.. Walaupun simple je tempat ni, kampung nelayan la aku kira tapi bagi orang macam aku yang duduk kat kawasan bandar..aku rasa sangat teruja..dengar bunyi bot, bau air laut, dengar bunyi burung hutan dan paling best dengar bunyi desir air..




Lama jugak aku bertapa kat pondok jeti tu sambil melayan angin yang sesekali agak kencang sampai aku kena pegang topi. Sambil-sambil jugak aku buat catatan ni supaya aku tak lupa setiap data yang dirakam oleh 'lensa kamera' Allah iaitu mata. Seronok tengok bot-bot yang lalu lalang. Sampai aku tergerak nak buat sesuatu..

Haha..aku beranikan diri pegi ke tempat nelayan-nelayan situ tengah lepak. Saja tanya-tanya kalau ada perkhidmatan bot untuk bawa pelancong...macam aku..(Konon). Pakcik-pakcik ni ramah.



Rupanya memang sini ada benda-benda tu semua. Siap pakej. Ada sorang pakcik badan besar, dorang panggil dia 'kapten'. Dia yang bagi penjelasan apa aktiviti kat situ. Siap ada homestay, pakej makan pun ada. Menu yang femes kat sini katanya Asam Pedas Ikan Sembilang. 

"Ada orang datang kali kedua semata-mata nak makan asam pedas ikan Sembilang ni.." Terliur aku..hahahaha

Memang biasa orang datang situ, naik bot menyusuri kawasan paya bakau.

Selfie!
Dengan bayaran rm30 untuk aku sorang. Yes, memang aku sorang pun. Dapat la aku sewa bot. Kena pkai jaket keselematan, undang2. Betoi la, aku pun bukan pandai berenang. Maka, berjalan la aku atas jeti menuju ke bot. Niat di hati nak naik sampan tapi takde pulak pakej tu. Sampan ringan katanya, nanti terbalik. Oke.. Huhu


Bot yang disewa ;)
Pemandu bot aku ialah Abang Amran. Seorang yang peramah.
Abang Amran - pemandu bot :)
Seperamah pak Abu Ali owner kedai runcit tadi. 

Apa-apa pun, selfie juga aku kekadang sesekali. Tu bukti la kot, betapa walaupun bot tak la laju tapi angin agak kencang. Pertengahan perjalanan menyusuri hutan paya bakau tu tiba-tiba Abang Amran perlahankan bot. Aku cuak la kejap. Kot bot ade masalah ke. Aku pusing belakang.

"Nape bang?"

Dia bagi isyarat 'diam'. Lepas tu tunjuk atas dahan lebih kurang 3 meter atas kepala aku. Perghhhh...ulau melingkau! 

Ular Bakau atau Mangrove Snake
"Tu ular bakau, tapi tengah tidur. Ular ni malam dia aktif. Siang tak." Katanya.

Haaa..Ular Bakau atau Mangrove Snake atau nama saintifiknya boiga dendrophila melanota .
Sempat aku google tadi. Tak sangka la dapat tengok dengan dekat. Sebelum ni masuk hutan paya bakau kat Perak, belum pernah jumpa. Rezeki aku hari ni. Alhamdulillah. Tak sia-sia naik bot hari ni. Abang Amran cakap, kalau air surut, macam-macam lagi boleh nampak. Ikan tembakul, burung kedidi, ular, ungka, monyet, biawak..

"....abang biawak pun ada!" Selorohnya. 

Abang biawak? Emmm aku cuba fikir jap. Owh..haaa..buaya..ada rupanya kat sini. Ye la kan..sungai besar macam ni..mesti ada. Cuma nampak tak nampak je. Menurut kata Abang Amran, memang ada tapi time musim hujan baru nampak. Musim panas camni, selalunya sembunyi. Ikut nasib la katanya kalau nampak timbul pun tapi buaya tu tak kacau orang. Sekarang aku letak beberapa keping gambar untuk tatapan korang.

 


 


Ok, mungkin lain kali kalau aku datang sini, aku kena datang time air surut. Petang sikit, mungkin. Sebab bila air surut la boleh nampak banyak benda. Aktiviti cari ketam dan kupang pun ada. Nak pijak selut lumpur pun boleh. Haha!



Aku nampak macam rumah terapung. macam best kan? Ada beberapa rumah terapung. Ini biasanya hardcore nelayan la ni ataupun penternak kupang. Kebanyakan nelayan sini bukan turun laut lama-lama dalam satu masa. Seawal jam 3 pagi ada yang dah turun tapi lepas sejam dua, naik semula ke darat. berehat sekejap atau menjual hasil laut yang dah dapat. kemudian turun semula.


Jeti Kg Sungai Danga
Jeti ialah jeti Kampung Sungai Danga. Kampung yang terletak di seberang hadapan kampung Sungai Melayu ni. Kalau depan sikit lagi akan jumpa Tebing Runtuh. Tapi aku pun tak pasti arah mana. Menurut Abang Amran, kadang-kadang dia menjala ikan sampai ke kawasan Pelabuhan Tanjung Pelepas! Haa..dah dekat la maknanya ni. 

Lepas lebih kurang 30minit atas bot, pusing-pusing kat kawasan paya bakau sampai ke penghujung sungai, akhirnya aku berjaya memijakkan kaki atas lantai jeti. Ketar tak ketar seluruh badan aku. Syukur selamat. Terduduk kejap atas jeti tu menarik nafas. Pengalaman yang sangat best melihat keindahan alam semula jadi.

   
Sekolah  rendah ni atas bukit hadap laut u ols!


dari atas cerun bukit
tangga ni dah usang, bawah tu sungai.
Dan aku sempat pusing keliling kampung menyusuri tepi-tepi laluan sungai..Subhanallah..sangat indah..

Menikmati suasana di jeti

Terima kasih. Jumpa lagi :)

Catatan dari Jeti Kg Sungai Melayu
12 Febuari 2014
11:45 AM


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, September 27, 2012

Unspoken Momento 270912

Picture source:: http://adieemizy.blogspot.com


Wednesday, September 19, 2012

Tuesday, March 6, 2012

SentuhanMu..tanda hatiku

Assalamualaikum kekawan abil..

Apa khabar semua? Abil doakan semoga semuanya sihat dan dirahmati Allah selalu. Hari ni alhamdulillah 'bendera jepun' abil clean and clear. Jadi abil dapat dating dengan Dia selepas lebih seminggu abil menyimpan rindu untuk bersujud padaNya. Dan entah kenapa abil mengalirkan air mata yang abil sendiri tak dapat nak kawal selepas abil selesai memberikan salam selepas tahiyad akhir. semakin mencurah2 bila abil mengucapkan istighfar dan berzikir sebanyak mungkin kepadaNya sehinggalah doa penutup.

"..Ya Allah Ya Robbi...semoga kau panjangkan usiaku dalam mentaatiMu, RasulMu dan kedua ibubapaku.."

Hati abil seolah-olah merasakan sesuatu. Abil sendiri tertanya-tanya tapi yang pastinya apa yang dirasakan tu adalah sesuatu yang baik dan abil tak takut untuk hadapinya jika benar ia telah tertulis dalam perjanjian abil dengan Yang Maha Esa ketika dalam perut ibu lagi. Sebagai hambaNya, abil tau abil kerap kali lalai dan lupa kepadaNya. Ketar tangan abil menaip risalah ni tapi abil andaikan jika benar seperti yang dah tertulis dalam Lut Mahfuz Nya, abil pohon segala kesempatan yang ada untuk kemaafan pada diri abil yang mana abil telah berlaku kejam pada diri abil selama ni, memohon kemaafan pada semua yang membaca apa yang abil tuliskan ni sekiranya abil telah melakukan kesalahan atau menyakiti diri kalian secara zahir dan batin.

Sejak akhir-akhir ni abil amat rindukan kedua ibu bapa abil terutamanya mak. Minggu lepas abil call mak abil dan abil tak pernah luahkan secara nyata rasa rindu abil pada mak mahupun pada mana2 adik beradik abil, tapi abil bbm adik abil yang bongsu. Abil cakap abil rindukan mak. terpinga-pinga jugak la adik abil tu tapi dia tetap balas dengan icon senyuman dan cakap,

"Kak, nanti bila2 senang, ada kesempatan, balik la. Doakan yang terbaik pada mak dan ayah walaupun daripada jauh. Itu pun dah cukupkan. Kami faham keadaan kau kat sana."

Perkara yang abil mahu lakukan sangat ialah memeluk mak abil, cium pipinya dan cium tangannya seperti yang lazim abil buat setiap kali abil akan berpisah balik ke KL sebab terikat dengan kerjaya. Abil mahu lakukannya sebab perasaan abil merasakan mungkinkah kali itu adalah yang terakhir abil lakukan? Wallahua'alam. Hanya Allah saja Yang Maha Mengetahui. Mak tak pernah penat pesan pada abil tentang kehidupan. Yang paling mak tak pernah lupa walaupun sekadar pesanan melalui telefon ialah..

"Jangan lupa pada Allah. Jangan tinggalkan solat. Kau dah solat, nak?" ---> this is really wanna make me cry. Tulusnya hati seorang ibu walau abil tahu dalam hatinya, terdetik kelakuan anaknya yang membimbangkan tapi dia tak mahu bicarakannya kerana terlalu peribadi. Mungkin melalui pesanan mild itu dia berharap agar anaknya ini dilindungi Allah selalu. Dan alhamdulillah, abil tak pernah lupa doakan kesejahteraan keduanya yang sangat abil sayangi. Tiada kasih sayang yang dapat menandingi kasih sayang keduanya di dunia ini selepas kasih sayang Allah. Abil banyak melalui detik2 yang mencemaskan yang hampir meragut nyawa abil tapi alhamdulillah, kesempatan untuk bernafas masih diberikanNya. Seingat abil, selama abil hidup ni, abil kira dah 8 kali abil hampir kehilangan nyawa. Maaf, abil tak dapat nak kongsi dengan kalian apa peristiwanya. Tiada apa yang perlu dibanggakan kalau nak bercerita pun kan :)

Walau apapun yang berlaku, sebagai manusia, bukan beerti apa yang abil share ni adalah tanda abil putus asa dengan kehidupan. Tiada salahnya kan kalau kita beringat. Yang hidup pasti akan mati. Sedangkan mesin ciptaan manusia pun boleh mati kalau bateri kong atau takde power..(ngeh ~)

Hati ni adakalanya rasa sangat bersyukur sebab sentiasa diberikan peringatan olehNya. Andai abil terlalai sikit, insyaallah akan sampai ingatanNya. Allah tak pernah jemu memberikan peringatan pada hambaNya. Bila kita lupa, dengan ingatan itulah Dia menyampaikan rasa rindu dan kasihNya pada kita. Allah tak pernah putus asa. Subhanallah. Dan dengan serendah hati abil menerima sentuhanNya dengan redha dan tawadduk.

Sunday, March 4, 2012

Kisah Orang Berhutang (Part 2)

Hi kekawan,

Ingat lagi tak entry abil tentang kisah sahabat Rasululllah SAW yang menghadapi dilemma hutang? Abil ada selitkan doa yang diajarkan oleh Baginda kepada sahabat tersebut. Baiklah entry kali ni abil nak jelaskan kaitan setiap maksud doa tu. Sekali lagi ini abil ambil daripada sumber yang sama. Kalau nak tau apa doanya nanti klik la kat link yang akan abil letak kat entry ni. Baca dulu kisah orang berhutang (part 1) kemudian baru kaitkan dengan entry kali ni.

Dalam doa tu mengandungi permohonan yang pertama,

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada kebingungan dan kesedihan.."

Orang yang berhutang biasanya mudah menjadi bingung dan tenggelam dalam kesedihan. Sebab keadaan dirinya yang berhutang itu mengakibatkan hidup dalam kebingungan dan menjadikan dirinya tidak gembira atau bersedih.

Ayat seterusnya,

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada lemah dan malas.."

Biasanya orang yang berhutang lebih cenderung menjadi lemah serta tidak kreatif dalam menjalani perjalanan hidup dan lebih cenderung untuk mencari pinjaman atau berhutang ketika mengalami sedikit rintangan dalam hidup.

Berbeza dengan orang yang rajin lebih cenderung berfikir untuk tidak berhutang selagi masih mempunyai solution selain berhutang dalam hidupnya. Bahkan orang yang rajin akan menolak sekiranya ada tawaran pinjaman wang kerana ia menganggap hutang adalah satu beban menyusahkannya.

Ayat ketiga,

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada sifat pengecut dan bakhil.."

Huraiannya ialah, biasanya orang terbeban dengan hutang ini boleh menjadi orang yang ditimpa rasa takut. Hutang boleh menjauhkan dirinya daripada sifat berani dan menjadikan dirinya merendah diri. Abil akui sifat rendah diri tu penting dalam setiap manusia. Tapi dalam konteks ni, individu yang dikelilingi hutang biasanya akan kurang yakin pada diri sendiri.

Orang yang berhutang mudah menjadi bakhil dan jauh daripada sifat pemurah dan dermawan. Apabila ada orang meminta sedekah, ia enggan memberikan kerana dalam fikirannya menyatakan,"bagaimana nak sedekah, aku sendiri pun tak cukup makan nak bayar hutang.." Tapi wallahualam..ini hanya contoh dan perkaitan saja. Mungkin ada di antara kita yang berhutang tapi masih beringat tentang kesusahan orang lain juga. Abil tak menuduh atau berkata semua orang yang berhutang tu begitu jadinya. Mungkin sebilangan k.

Ayat keempat,

"Dan aku berlindung kepadaMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang."

Doa bahagian akhir ni mengandungi permohonan seorang yang terbeban dengan hutang. Ia menyerahkan sepenuhnya kepada Allah SWT yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji agar membukakan jalan bagi masalah hutang yang berpanjangan yang membenani hidupnya.

Di samping itu, ia memohon dirinya dilindungi oleh Allah SWT daripada kejahatan dan penindasan manusia. Penindasan yang dimaksudkan ini adalah daripada pihak yang memberi hutang. Kerana ada juga orang yang memberi hutang berasa dirinya berjasa dengan meminjamkan wangnya kepada orang yang berhutang, lalu ia berasa berhak untuk melakukan apa saja terhadap orang yang berhutang. Wallau'alam.

Oleh itu kekawan, abil harap apa yang abil share ni adalah untuk sama2 kita belajar dan jadikan panduan hidup. Sama ada sudah terlanjur berhutang, baru berfikir untuk berhutang ataupun yang memberikan hutang. Abil faham kadang2 kita tak berdepan dengan pilihan yang banyak dan berhutang adalah jalan terakhir dan bila terpaksa. Jadi, seandainya itu berlaku, cubalah sedaya mampu melunaskannya walaupun sedikit2 dan perlahan2. Insyaallah, Allah sentiasa disisi umatnya..

Terima kasih pada maklumat daripada Berita Minggu. Abil sendiri tenggelam dalam hutang dan bila membaca artikel ni, hati abil merasa lapang dan abil pun sedang dalam proses untuk melangsaikan segala hutang selagi abil bernyawa. ;)

Apa2pun doa ini besar maknanya dan besar maghrifatnya. bukan saja tercangkup pada skop berhutang tapi insyaallah pada mana2 keadaan sekalipun. amalkan pagi dan petang kerana Allah Maha Mengetahui..wallahua'alam..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, February 28, 2012

Kisah orang berhutang (Part 1)

Hai kekawan, sihat? Emosi ok? Alhamdulillah kalau ok. Kalau tak ok, banyak2 la bersabar dan beristighfar k. Abil baru balik keje. Penat kut otak neh. Hari ni gaji dah masuk. Alhamdulillah rezeki dan seberapa segera abil decided untuk settlekan mana2 tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Tanggungjawab bulanan yang wajib macam bayaran ansuran kereta, urusan bank, ptptn dan lain2 (yang mana tertangguh akibat keadaan kewangan yang tak berapa cantik beberapa bulan lepas). Ye la, gaji pun bukan besar sangat. Tapi alhamdulillah setakat ni masih hidup lagi..walaupun pernah di hujung nafas. Insyaallah, setiap kesusahan, jika kita yakin dengan Allah SWT, kita akan perolehi kemudahan untuk hadapinya asalkan kita bersabar, yakin dan berusaha.

Btw, abil ada terbaca akhbar berita minggu semalam masa malam sabtu lepas. Actually surat khabar tu dah seminggu dah berada kat rumah ni. Abil baru dapat membacanya. Abil terjumpa satu artikel yang abil kira amat berguna dan abil nak berkongsi dengan kekawan. Tajuk artikel tu, 'Orang Berhutang Mudah Bingung, Sedih" - Berita Minggu, 19 Febuari 2012, muka surat 14.

Haaa...amacam..? Menarik, kan tajuk tu? Tapi abil tak nak masukkn semua artikel tu. Abil hanya akan memetik sedikit kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW sebagai renungan kita bersama. Dan abil berharap apa yang abil titipkan ni kita dapat sama2 ambil sebagai panduan ke arah yang lebih positif.

'Dalam sebuah hadis ada satu cerita yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa pada satu hari Rasulullah SAW masuk masjid.

Tiba-tiba ada seorang sahabat bernama Abu Umamah ra sedang duduk di dalam masjid. Baginda SAW menegurnya,

"Wahai Abu Umamah, kenapa saya melihat anda anda duduk di dalam masjid sedangkan ini bukan waktu solat?"

Beliau menjawab,"Saya bingung memikirkan hutang saya, wahai Rasulullah."

Baginda bertanya,"Mahukah kamu saya ajarkan kepadamu satu doa yang sekiranya kamu membacanya, maka Allah akan menghilangkan kebingunganmu dan melunaskan hutangmu?"

Beliau menjawab,"Sudah tentu wahai Rasulullah."

Baginda kemudian bersabda,"Jika kamu berada di waktu pagi atau petang hari, bacalah doa (iaitu):

"allahumma inni a'uzubika minal hammi walhazan, wa a'auzubika minal ajzi wal kasal, wa a'uzubika minal jubni wal bukhli, wa a'uzubika min ghalabatid daini waqahrir rijal"

(Maksudnya: Ya Allah sesungguhnya saya berlindung kepada-Mu daripada dukacita dan sedih, saya berlindung kepada-Mu daripada lemah dan malas, saya berlindung kepada-Mu daripada pengecut dan bakhil, dan saya berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan penindasan orang.)

Kata Abu Umamah ra, selepas membaca doa itu, Allah berkenan menghilangkan kebingunganku dan melunasi hutangku.'

Doa ini sangat baik untuk diamalkan pada waktu pagi dan petang agar Allah membukakan jalan buat kita melunaskan hutang dengan mudah. Insyaallah. Abil setuju sebab kekuasaan Allah dan ada hikmah di sebalik kejadianNya. Kalau ada kekawan abil yang rajin baca buku mathurat, ada doa tersebut dan mesti korang pun tau, doa-doa dalam buku mathurat tu elok diamalkan setiap kali lepas waktu solat subuh dan asar. Dulu masa belajar kat kolej, abil duduk asrama, pagi2 lepas solat jemaah subuh, kami akan baca ramai2. Sekarang ni abil cuma baca bila berkesempatan. Abil suka sebab banyak doa dan setiap doa tu ada kebaikannya.

Baiklah..itulah sedikit kisah yang abil nak share dengan kekawan. Penjelasan di sebalik doa daripada Rasulullah SAW tu nanti abil masukkan dalam sambungan blog. Yang baik kita sama2 kongsi. Abil minta maaf kalau ada yang tersinggung dengan penulisan abil. Kalau ada salah sila2lah tegur yep..nak tido dah..mata abil dah 'sfero' ~ ni terma yg pernah digunakan masa zaman skolah dulu. (‾˛‾")ƪ(˘-˘)

Nite u ols. Wassalam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, February 21, 2012

cebisan cerita awal tahun 2012

hai...it looks like this is my 1st entry for this 2012..nampak sangat dah lama abil x update blog.. yup..abil agak bz..and bila depan komputer or laptop..takde idea nak menaip..bila da balik rumah idea datang tp mood nak menaip tak kunjung tiba..well, hopefully u guys readers masih ada yang sudi membaca apa abil nak mengarutkan..

as usual..abil sambut birthday dalam keadaan yang sederhana..xde apa2 sambutan pun pada tarikh keramat tu mahupun yang sewaktu dengannya..kekawan abil masing2 sibuk..x ape la..lagipun abil dah 3 series...wahahaha..bakpe nak sambut2..segan (kata hati)..cukup la seandainya ada yang ingat nak wish, dah memadai..terima kasih abil ucapkan..sebulan kemudian baru ada yang menyambut..buat surprise untuk abil..terima kasih jugak..terharu rasa di hati walau macam2 berlaku..masa tarikh keramat tu abil keje, tak amik cuti pun macam birthday tahun2 yang lepas..ye la..kalau abil amik cuti pun abil nak ke mana..bukannya ada sesiapa pun..baik juga la abil keje..dapat wit..terima kasih pada seorang teman yang bawak abil makan kat kampung baru..sangat2 hargainya (abil simpan dalam hati sampai bila2 tau).

bila umur dah meningkat ni..semakin hari semakin banyak perkara yang berlaku yang menguji kesabaran..jatuh bangun..sakit sihat..susah payah...sedih lara..duka gembira..banyak..abil admit...abil ni agak panas baran..apa lagi kalau orang yang abil tak suka..tak hormat dengan kata2 sendiri..buat sesuka hati..abil jadi panas..dan juga kepantangan abil bila orang tak berterus terang dgn jujur..dan tak ikhlas tentang sesuatu..sedih hati kita orang tak nampak..sedih hati orang kita nampak..begitulah sebaliknya..kalau abil tak puas hati..abil suka bertanya..abil akn dptkan jawapan..ade sesetangah orang mungkin lupa..kita manusia ni dianugerahkan akal fikiran dan naluri yang adakalanya melangkaui tahap pemikiran kita...tahap perasaan kita..bila kita rasa ada sesuatu yang tak kena..walau digolek perasaan ke kiri atau ke kanan untuk tak memikirkannya...satu detik yang sampai tiba2 pasti akan terngiang2 dalam fikiran. masa tu la segalanya terkeluar..kalau kita menyimpan rasa sedih yang menggunung saban hari, saban waktu...sampai masanya..meletus juga keluar..nak berkata tidak abil tak reti..betul...abil memang tak reti nak elak..atau nak avoid..atau nak kata.."sorry..tak boleh"...apa2 pun.."ok..boleh je.." takpun.."ok..takpe la.."..dan bila ada di antaranya memakan diri abil..hanya doa pada Allah saja yang abil mampu panjatkan..semoga hati ni tetap kuat dan tabah...amin :)

kalau orang tanya abil..apa azam tahun baru...baik tahun kafir mahupun tahun Islam..abil seboleh2nya nak kehidupan yang lebih baik dari sebelum ni..berusaha sedaya mungkin..dan abil harap hati abil tak jadi bahan permainan...bila abil benar2 serius..abil sedih...jangan la buat hati ni menangis sedangkan abil tak suka buat orang menangis bagi yang selayaknya gembira..abil banyak diamkan je...abil hanya meluah pada yang perlu...bicara pada yang sudi mendengar dengan ikhlas...biar la orang nak berkata2...biar lah orang lain nak menuduh...biar lah orang sekeliling nak bercerita...biarlah satu dunia nak bercakap...selagi diri ni masih kuat...insyaallah takkan tergugat sikit pun pendirian mahupun perasaan..abil pun kadang2 pendirian ni berubah2 jugak bila syak wasangka singgah di hati..tapi ada sesetengah perkara..abil akan pegang dan ingat sampai mati..bukan hanya pada perjanjian..walaupun pada pengzahiran kata2 dan perbuatan..degil jugak si capricorn ni..hahahahaha...tapi tak bermakna diri ni kejam nak ikut kepala sendiri..ada perkara yang abil takkan memaksa...sebagaimana abil tak suka paksa orang..tahu sakit hati dan bengang bila dipaksa sedangkan itulah perkara yang tak disukai..dan abil sendiri tak suka dipaksa..biarlah ia berlaku atau berlalu dengan sendiri bila redha dan pasrah datang...Allah tak kejam tau...apa yang Dia berikan biarlah kita pandang pada sudut positif dan peganglah pada diri..setiap yang berlaku ada kebaikan yang tersembunyi...tak perlu datang bersegera tapi insyaallah perkara yang baik2 sentiasa menanti lambat laun..itu janji Allah..dan janji Dia adalah janji yang paling hakiki..Allah tak berdusta dengan hambaNya..tapi hambaNya yang paling banyak berdusta..bukan saja sesama sendiri tapi dengan diri sendiri jugak..apa dan siapa..hanya diri sendiri dan Dia saja yang tahu...wallahua'alam..

bercakap tentang panas baran..ye...abil bukan seorang yang sempurna..tapi abil juga cuba sedaya upaya jadi seorang yang penyabar...tersasar pun tetap berlaku..hah..bila hati melebihi akal..tersasar la jawabnya..maaf yang selalu abil ucapkan dan abil tak putus2 memohon kemaafan pada seispa saja yang abil sakiti secara diam atau terang2an..kalau tak depan2..biarlah melalui perlakuan abil..faham sendiri sudah..kalau salah abil mengaku..abil bukan suka2 senyap dan sembunyi kesalahan...maaf..kita tak bisa menyimpan kesalahan kita sesama manusia hingga jatuh dendam..sekadar beringat untuk simpanan hari tua.."dia pernah berikan aku masalah, maka aku perlu jauhinya"...belajar la sikit2 untuk letak dinding di depan mata pada mereka2 yang menyakiti abil dan tak mahu mengaku kesilapan sendiri...makan dalam yang taknak..nauzubillah..

sekarang ni alhamdulillah, sikit2 abil cuba untuk baiki diri abil..umur kita makin meningkatkan..smpai bila kita melakukan kesilapan yang sama..dan sampai bila kita nak biarkan orang lain menindas jiwa kita..sampai bila kita nak biarkan kelemahan kita menjadi penghalang pada kejayaan kita untuk dapatkan sesuatu yang menggembirakan kita... insyaallah abil.."jangan pernah patah semangat" - itu kata2 dalam hati.

di akhir kata...abil sayang semua yang menyayangi abil dan sudi terima diri abil dengan seadanya..kalau ada kelemahan yang nyata..jangan la takut nak menegur..sebab kita tak selamanya tahu apa2 saja yang kita lakukan tu menyenangkan semua pihak..

salam ukhuwah pada yang membaca :)

Tuesday, July 12, 2011

kisah pendek : MIMPI

semalam aku mimpi best..rasa macam taknak bangun je dari tido..agak2 kalau ade orang kejutkan aku..sure kene maki dengan hebatnya..

tapi akhirnya aku kene bangun jugak..kene kembali pada realiti..tak selamanya mimpi tu mampu kita miliki..janji la banyak mana pun dalam waktu tu..yang pasti mimpi tetap mimpi..yang takkan bawa sampai ke mati..

Monday, May 2, 2011

Bingkisan hujung waktu 2010

Kurang dari sebulan utk ABIL mencecah usia lagi seangka ke 30..tu ayat panjang..ayat short cut ialah umur 29 tahun..makin besar angka tu..kalau 10 tahun yang lalu, umur 19 tahun ABIL kat kolej. Bukan amik diploma tapi sijil matrikulasi. Lepas SPM ABIL dapat tawaran untuk matrikulasi perakaunan selama setahun setengah..walaupun ABIL tak minat dengan akaun tapi ABIL gagahkan hati jugak atas kegembiraan mak dan ayah dan juga ABIL fikir, ia adalah batu loncatan untuk ABIL melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah bila tamat nanti. Itu pun kalau keputusan akhir mampu melepasi syarat dan alhamdulillah, lepas walaupun bukan cemerlang..ok itu cerita masa itu..Sekarang ni ABIL sekadar nak share cerita apa yang berlaku untuk tahun 2010 ni.. of coz banyak story yang ABIL kutip dalam kamus hidup ABIL. Ada yang ABIL ingat..ada yang ABIL tak ingat dan tak kurang jugak yang ABIL tak mahu ingat.. kehidupan kerja, seperti biasa..perjanjian diri nak berenti rokok pun tak berjaya..paling lama aku dpt bertahan ialah selama 2 minggu..dan lepas 2 nminggu ABIL kembali membakar paru paru ABIL. Aduhaii..apa kata ABIL cuba lagi nak.. esok dah masuk tahun baru Islam 1432 Hijrah. Dan ABIL rasa ABIL nak cuba berazam sesuatu.. biar la ABIL tutup buku lama.. tak banyak yang terlalu menggembirakan.. kalau ada pun..tak tahu lah selama mana ia mampu bertahan tapi ABIL tetap titipkan dalam doa ABIL agar ia berpanjangan selagi diizinkanNya..

Urusan kasih sayang..berjalan dengan baik..tak kata lancar pun sebab biasa la..mana ada hubungan yang sempurna..tapi jangan juga kita salahkan perasaan, perasaan yang wujud tak pernah salah..tapi lebih baik kita melihat pada diri kita sendiri.. di mana kita letak diri kita..
ABIL tak mahu lagi memasang angan-angan dan meletak harapan pada tahap yang ABIL sendiri tak mampu nak capai.. biar lah ia berjalan seperti biasa..dan ABIL mampu komit, biarlah setakat kemampuan ABIL..

"Ya Allah, aku hanyalah hambaMu yang kurang sempurna dan apa yang telah Engkau berikan adalah pinjaman dari Mu. Sampai satu masa nnt aku perlu pulangkan semula. tapi aku pohon dariMu ya Allah, biarlah cara pulang itu, adalah cara yang terbaik dan penuh dengan kasih sayangMu"

Sakit..tapi setiap kesakitan ada ubatnya..dalam sakit, terselit penawarnya..
ABIL kadang-kadang tak mampu menyembunyikan apa yang ABIL rasa, kata lah secara fizikal ni nampak kuat macam mana pun, hati ABIL tak la kuat sangat..kalau sentuhan yang ABIL terima tu cukup dalam, dalam la kesannya, dalam la parutnya.Di penghujung waktu, adakalanya berdiam diri mungkin adalah pilihan yang terbaik..kalau ABIL meluahkan, lagi sakit..kalau telan pun perit sebenarnya kan?

ABIL juga manusia yang kesabaran ABIL tetap ada batasnya. Bila sampai ke paras hidung, mulut ABIL membuak keluar sebab tak mampu nak menanggung..Demi Allah, seandainya ABIL punya kelebihan memadamnya dengan cara yang tak menyakitkan orang sekeliling, ABIL pasti akan gunakan cara tu..biarpun syaratnya menyakitkan ABIL sendiri.. jika sebelum ni ABIL meminta orang untuk memahami ABIL, ABIL rasa ABIL perlu ubah keadaan tersebut. Tak perlu lagi untuk orang faham ABIL..cukup la untuk fahami diri ABIL sendiri.. kalau ada yang nak cuba faham, ABIL ucapkan terima kasih dan ABIL hargai perasaan tersebut. Sebab ABIL tahu, tak semua org dapat faham..bila faham akan menyakitkan hati, tawar hati, jemu dan akhirnya tarik diri? ABIL dah alaminya banyak kali sebelum ni..

Persahabatan yang tercipta sepanjang tahun 2010 cukup menggembirakan. Perkongsian makna yang dijalin, sentiasa membuahkan kegembiraan. Suka duka tetap berlaku, di sebalik suka terselit duka dan hanya hati dan diri masing masing yang tahu. Banyak yang
ABIL pelajari tentang persahabatan yang benar benar ikhlas dan persahabatan yang hanya setakat di bibir saja. Hati di dalam hanya Allah yang tahu, namun ABIL tetap bersyukur sebab diberikan Allah beberapa individu yang boleh ABIL katakan adalah individu yang tak pernah mengalah untuk memberikan teguran dan bersedia menumpangkan bahu untuk ABIL menangis atau meluah bicara. Mereka mereka ini ABIL tahu punya masalah dan rahsia hati yang tersendiri namun masih mahu berkongsi apa yang mereka ada dengan ABIL walaupun sedikit. Di lembaran ini tak perlu rasanya ABIL sebutkan siapa individu individu tersebut dan mungkin jika ada kesempatan ABIL akan ceritakan sedikit kenapa mereka ini begitu istimewa dalam hidup ABIL sebagai sahabat. Mereka mereka inilah individu yang berada tempat paling atas dalam senarai sahabat. Biarpun mereka ini mempunyai latar belakang dan kisah hidup yang berlainan, ABIL ambil mereka sebagai contoh dan panduan ABIL untuk mencari kekuatan dan kepercayaan dalam hidup ABIL. Setiap kata kata nasihat dan teguran mereka amat memberi kesan dalam cebisan hidup ABIL. Tak kira lah disampaikan dengan apa cara sekalipun, pedas, manis atau tawar, impak yang ABIL terima sangat mendalam. Tanpa mereka siapalah ABIL dalam mencari tempat untuk meletakkan diri yang kurang sempurna ini.

Tak kurang juga
ABIL perhatikan beberapa individu di depan mata ABIL sepanjang tahun 2010 ni, sama ada yang jauh atau dekat. ramai yang berkata kata dan beranggapan ABIL mempunya ramai kawan. Ya, memang betul. ABIL tak nafikan. Alhamdulillah ABIL ada ramai kawan tapi hakikatnya kawan yang hanya muncul ketika gembira lebih ramai daripada yang masih kekal berdiri ketika ABIL sedih. Tak kurang juga yang hanya terima ABIL kerana terpaksa semata mata untuk menjaga hati individu lain. ABIL tahu kita manusia tak sempurna, ABIL juga tak sempurna. ABIL juga pernah cuba menerima beberapa individu dalam hidup ABIL kerana orang lain tapi di akhirnya, ABIL cuba bertanya pada diri ABIL sendiri, apa perlu ABIL lakukan sebegitu? Sebab, yang dapat hasil di kemudian hari pastinya ABIL. Jadi ABIL cuba ubah sikap tersebut dan menerima individu itu seadanya dan cuba kenalinya sendiri untuk diri ABIL dan bukan orang lain. Dan ABIL juga punyai cara untuk menegur, ABIL tahu kelancangan mulut ABIL. Kesediaan ABIL meluahkan apa yang ABIL rasa dengan cara yang halus dan sarcastic. Terpulang pada individu tersebut untuk menerima atau tidak. Mungkin bunyi seperti ABIL pentingkan diri sendiri, kan? Entah lah, sekali lagi terpulang pada individu tersebut untuk menerima kata kata ABIL. Adakalanya ABIL dah cuba bercakap dengan lembut tapi jika cara lembut tak berkesan biarlah ABIL berikan dengan cara yang kasar. Masing masing dah besar, dah boleh fikir dan menilai. Orang lain boleh bercakap kasar dengan ABIL, kenapa ABIL tak mampu lakukannya? Dan jika mereka kurang bersetuju dengan apa yang ABIL dah berikan, ABIL sedia menerima teguran dan ambil mana yang positif sebagai panduan. Ambil hati adalah perkara biasa, sentap tu normal la kan. Tapi orang yang tak kenal ABIL sure akan terus fikir ABIL tak boleh terima kenyataan. Di sini ABIL jelaskan, ABIL boleh terima kenyataan. Bergantung pada situasi, lambat atau kejap, penerimaan tetap akan ada. ABIL tak suka ambil kesempatan di atas kelemahan individu itu dengan cara yang buruk. ABIL ikhlas dan selalu doa pada Allah mintak hati ni sentiasa menjadi ikhlas. Kalau ABIL dah terlanjur kata, tersalah maksud, terlari makna, lalai dan leka, ABIL akan pastikan diri ni sentiasa memohon maaf supaya ada yang tak simpan dalam hati. Kalau nak ambil kesempatan biarlah dengan cara yang baik. Dan kalau nak menipu, biarlah berpada pada. Sebab ABIL ni lurus bendul..nak menipu pun mesti tak jadi..KANTOI jek..:P

ABIL sedih bila ada yang suka nak menuduh ABIL bukan bukan dan fikir sejauh mungkin sekaligus menafikan realiti. Pada individu yang berfikiran begitu, ABIL harap mereka sedia membuka hati dan minda mereka ke arah yang positif. Kalau nak bersaing, bersaing dengan cara yang betul. Jangan pernah memaksa orang untuk suka apa yang kita suka. Dalam tahun 2010 ni juga, ada beberapa individu yang mencari ABIL untuk menumpang bahu menangis. ABIL tak pernah menolak. Tapi biarlah dengan had dan batas yang betul. Dan ABIL seboleh bolehnya taknak melihat mana mana kawan ABIL merosakkan diri dengan alasan orang lain tak pedulikan mereka. Kenapa mesti fikir begitu? Tak ke mereka mereka ni fikir tentang diri sendiri? Tak ke mereka mereka ni fikir tentang keluarga? Kenapa mesti sakitkan diri sendiri semata mata untuk meraih simpati orang lain sekaligus menunding dan menyalahkan orang lain atas keadaan yang berlaku. Apa kata lihat dan cermin dulu pada diri sendiri dan kesilapan sendiri. ABIL pun ada buat silap. Banyak kesilapan yang ABIL lakukan. dan ABIL pernah terkena dengan kata kata daripada seorang sahabat,

"jangan asyik menyalahkan diri dan keadaan kalau keadaan masih sama dan diri sendiri yang takde effort untuk mengubahnya"

ABIL bersetuju dengan kata kata tersebut dan sehingga ke hari ni ABIL simpan dan ambilnya sebagai panduan.

Sedikit demi sedikit
ABIL cuba untuk mengubah keadaan hidup ABIL. Banyak kesilapan yang ABIL lakukan akibat daripada ketakutan dan kurang keyakinan pada diri sendiri. Insyaallah ABIL harap tahun 2011 akan memberikan sinar baru yang memberangsangkan untuk ABIL lalui kehidupan ABIL di masa akan datang. Biarpun berbagai bagai halangan yang datang silih berganti, ABIL taknak jadikan ia sebagai batu penghalang untuk ABIL berhenti dan patah semangat. Ya, ABIL kadang kadang rasakan untungnya kawan kawan ABIL yang mempunyai keluarga terdekat yang mereka boleh berlari mencari keluarga mereka bila bila masa. ABIL anak perantau. Bukan juga kata family ABIL terlalu jauh beribu ribu batu. Mereka masih dekat cuma ada certain distant yang membuatkan ABIL tak boleh nak lari mencari mereka pada satu satu masa yang ibarat petik jari, ada depan mata. Kawan kawan adalah keluarga ABIL di perantauan ini dan keluarga mereka adalah tempat untuk ABIL menumpang sedikit kasih sayang. Tapi sedihnya bila ketika ABIL dalam kesedihan dan kejatuhan yang amat sangat, ABIL terpaksa akur yang akhirnya ABIL hanya ada diri ABIL sebagai punca kekuatan. ABIL kena faham jugak, kan. Kawan kawan takkan selamanya akan berada di sebelah kita sepanjang masa. Mereka juga manusia dan masing masing mempunyai masalah masing masing. ABIL kena hormat keadaan mereka. ABIL sakit atau ABIL tak cukup makan, ABIL kena pandai pandai carik solution sendiri. Ubat atau makanan takkan sampai depan mata tanpa usaha dan ketabahan hati berpaut pada sisa sisa semangat yang ada dalam diri ABIL. Demi Allah, hanya jari jemari sendiri yang bisa menyapu setiap titisan air mata yang jatuh ketika ABIL dalam kesusahan. Dan di hujung hujung tahun ni adalah waktu yang sering ABIL bersama diri ABIL untuk segala suka duka yang wujud. ABIL tak mahu salahkan keadaan. Contoh macam kenyataan yang pernah kawan ABIL keluarkan masa kerja, di mana ABIL mengalami kesulitan dengan machine yang ABIL terpaksa kendalikan sendiri. ABIL mengadu pada dia bila machine rosak. Tau tak apa dia ckp? haha..

"dont blame the machine, it always the operator's fault not the machine itself."

Nah..sama juga dengan keadaan, keadaan tak pernah salah tapi yang salah adalah diri kita yang mengendalikan keadaan tersebut. Jadi kalau kita dah buat salah, biarlah kita perbaikinya dengan cara supaya kita tak rosakkannya dengan lebih teruk lagi. Insyaallah..itu yang
ABIL sentiasa cuba pegang dan lakukan..


Tuesday, December 14, 2010

ABIL....tak sihat ek?

EEEMMMM...

lama jugak la abil tak menulis kat blog ni..maksud abil betul-betul menulis la..abil tau entry yang sebelum ni sekadar share lagu pastu ade yang abil copy paste sajak luahan orang lain yang abil jumpa kat blog beliau..so kali ni abil rasa nak coretkan sesuatu..

A'a..memang betul abil agak sibuk..masa tu macam cepat betul berlalu..aktiviti penuh dengan keje dan hehehe..game.. GAME? ohooo...abil semacam addicted dengan game yang sangat interactive ni..game ni kat dalam fesbuk..mula mula kawan abil yang main dulu pastu, dia soh abil try, bila abil try..ha kau..melekat abil..tak jengah 15 min mesti hati ni gelisah resah..al-maklum la, tak sabar nak naik level..nak build up bandar impian..kononnya.. :P

Nama game ni CityVille..alah..bukan abil sorang la yang semacam ketagih..tanya la 2-3 malah dah kurang lebih 10 orang kekawan abil kat fesbuk (2-2 akaun fesbuk abil) yang gila dengan game ni. Yang paling tak tahan tu bila abil sampai sanggup letak kat shout out fesbuk untuk menarik perhatian kekawan yang main game ni atau yang baru nak main game ni..gila kan? :P

Dalam masa kurang dari 2 minggu abil main, agak cemerlang jugak la pencapaian abil..hehe dah naik level 22 setakat hari ni..cepat kan? hah, ada sorang kawan abil tu lagi cepat naik level. Kagum benar la abil ngan kesungguhan dia neh. Tak terkejar abil nak lawan dia. Asal abil up je 1 level, tetiba dia pun up jugak..hooo...letih..tapi takpe..itu memang adat la dalam bermain kan? Keseronokannya ialah cabaran. Kalau game tu tak mencabar, tak best la kan..? Tak la sampai Abil hari-hari seolah-olah wajib ngadap bende alah ni. HUHU...tapi kan..mungkinkah ni hanya permulaan je kut..esok-esok yang tak tau bila, kang abil mesti akan slow down jugak kan..macam yang jadik kat FarmVille.
Lagi satu game yang pernah menjadi kesukaan abil..sama macam yang berlaku sekarang.. Yela..sementara lalui hari-hari yang ada internet percuma, UPPSS..hehe..ye la..tak jugak kata game ni buat abil lupa buat keje..keje jalan gak tapi lebih kepada take time menyiapkan keje..(Alasan je la ko ni, abil!) hahahahahaha

Ok la..papehal pun..abil nak balik la dulu..otak dah letih sebab siapkan editing jugak..esok bos nak datang tengok..esok abil kene masuk awal la kan..huhu.. Buat pengetahuan korang, abil ni tak berapa sihat..dah masuk 4 hari..mula dengan selesema..bersin yang tak henti2 selama dekat 12 jam..hooo mau meletup idong neh.. dan diikuti dengan demam sehari setengah..dan suara menjadi serak-serak basah ala pondan gitu..awww...hahaha...hari ni alhamdulillah dah beransur kurang sikit..cuma hingusan-hingusan tu masih ada la..dan oh yaaa...hehe..disebabkan badan yang tak sihat ni, abil jugak dah tak merokok masuk hari ke 4.. (bagus gak kan?) Abil akan cuba maintain untuk TAK NAK merokok selagi nafsu abil ni mampu disekat..insyaallah :)

Well..abil stop di sini dulu..mak balik dulu ye noks..awww :P
bT*xJmx*PTEyMzc1Njg5NDA3OTMmcHQ9MTIzNzU2ODk1ODc5MyZwPTM2MzYxJmQ9d2FmLWNsb2NrcyZnPTEmdD*mbz*zOGFiYmY1YTkyNzU*YmUwYTM1ZjVlOGE3MjQxYzZiZg==.gif