ABIL's soulmate

ABIL's soulmate

Wednesday, November 16, 2005

BILA NAK ABIH NI?!

aku baru je balik daripada Bangi..daripada kul 11 pagi tadi 8 tempat aku dan encik azhar (accountant pesona) merayau dari satu tempat ke satu tempat...memikul satu tugas yang agak berat..kalau tak nanti filem tak ditayangkan on time..huhu..tetiba aku termasuk ke dalam team distributor..tahun lepas filem phsm1 diuruskan oleh skop production selaku distributor rasmi..tapi kali ni kami kena uruskan sendiri (tapi masih dibantu oleh kakitangan skop memandangkan kami semua masih baru dalam bidang ni..)

dalam banyak2 tempat seluruh malaysia..kawasan 'jajahan takluk' aku dan encik azhar ialah di midvalley, odeon iswaria jln TAR, berjaya time square, galaxie ampang, mines, cheras, kajang dan bangi..kami pergi ke pawagam di tempat2 ni.. hantar print filem untuk tayangan 24 nov ni dan juga tayangan tengah malam hujung minggu ni..kami kena buat pr..dan macam2 urusan lagi..fuh penat aku mengusung kotak2 print tu...satu lokasi satu kotak..yang beratnya 21kg! aduhhh.....

tapi tugas mesti dilakukan dengan ikhlas sebab inilah level terakhir selepas 2-3 bulan rehearsal, 3-4 bulan editing, dan sekarang 2 bulan promotion sampai hujung bulan 12 nih..kalau tak sia2 segala keringat...penat lelah...semput dan segala keseronokkan serta kesedihan sepanjang bekerja yang tak normal nih...(sebab selama berbulan2 ni aku keje setiap hari termasuk la sabtu dan ahad)..!moga2 dapat sambutan...a-min..

disebabkan tugas buat distribution ni la aku tak terlibat secara otomatik ke dalam team production..sekarang ni dorang tengah shooting habiskan lagi 9 episod..sedih...7 episod yang dah siap tu aku ada...tapi sedih dan sayu bila tak dapat ikut sampai habis..tapi nak buat macam mana...at least aku belajar something new..DISTRIBUTION...hoho..dan macam biasa la dari lepas raya sampai hujung bulan ni...setiap sabtu dan ahad (yang pastinya bukan lagi hari cuti bagi aku)...aku akan terlibat dengan ROADSHOW..promosi filem di lokasi2 terpilih di johor, Kl, selangor, penang, kedah, sabah dan juga sarawak..maaf kepada beberapa orang kekawan yang invite aku ke rumah terbuka..wedding...dan macam2 acara...gathering...aku tak dapat nak follow sebab schedule aku tight dengan keje2 promosi filem..yang juga peringkat akhir dalam sesebuah production filem..kalau promosi tak kuat...orang kurang tahu..nanti sambutan pun kurang...

moralnya...sokonglah filem tempatan...dalam banyak2 yang diterbitkan tak semuanya buruk..ada juga yang setanding dengan filem2 luar..insyaallah kami dah lakukan yang terbaik... =)

bT*xJmx*PTEyMzc1Njg5NDA3OTMmcHQ9MTIzNzU2ODk1ODc5MyZwPTM2MzYxJmQ9d2FmLWNsb2NrcyZnPTEmdD*mbz*zOGFiYmY1YTkyNzU*YmUwYTM1ZjVlOGE3MjQxYzZiZg==.gif