Berhari2 abil memikirkan satu perkara yang abil telah lafazkan..abil semacam tak percaya yang abil ni boleh lafazkan perkataan yang sememangnya bukan ada dalam kamus hidup abil selama 30 tahun ni. Bila ingat2 balik..hishhh rasa macam nak ketuk kepala sendiri..bodoh la jadi seorang manusia kalau itu yg diucapkan..apalagi sebagai seorang muslim..semacam diri ni lupa pada pegangan hendaknya. Nak tau tak apa perkataan tu?
PUTUS ASA!
Astaghfirullah...abil bukan orang yang mudah berputus asa..kalau abil mahukan sesuatu..abil akan usahakan walau bergolok-gadai sekalipun segala keringat yang ada. Ingat lagi masa kecik2, nak duit beli jajan, mintak duit kat mak dan ayah..tapi mak dan ayah abil bukan senang2 bagi duit bila diminta. Peraturannya ialah, abil mesti lakukan sesuatu yang baik dulu sebelum dapat hasil yang baik. Seperti ape tu? Simple, buat kerja rumah macam lipat baju, sapu dan sebagainya termasuk tolong runner gi kedai runcit. Kemudian baru akan dapat upahnya. Haaaa...kat situ lah yang dikatakan hasil selepas usahakan sesuatu.
Dan rasanya memang diasuh supaya tak putus asa dalam soal mendapatkan ilmu. Abil akui, abil bersaing dengan adik-beradik abil untuk dapatkan tempat yang baik dalam pelajaran. Ayah dan mak abil sangat menitikberatkan ilmu pengetahuan. Jadi kalau abil tak dapat beat yang lain..abil kena usaha lebih..X boleh putus asa..usaha tangga kejayaan.
Dan bila memikul tanggungjawab melatih pasukan abil dalam satu pertandingan, abil harus pastikan pasukan memberikan kerjasama yang baik supaya masing2 puas hati. Walaupun x menang tapi sekurang-kurang berusaha. Tp pernah jugak menang..yeahooo..
Ok..back to the fact.. Abil ni bukan manusia yang mudah putus asa..ingat tu..walaupun hakikatnya kadang2 kita x mampu nak dapat 100% sesuatu perkara, tapi positive dalam diri..usahakan supaya ia menjadi sesuatu yang lebih baik. Dan abil taknak nyawa abil dicabut dalam keadaan abil sebagai hambaNya yang berputus asa.
Banyak perkara yang abil akan cuba selesaikan especially hutang-piutang di dunia sesama manusia. Daripada sebesar2 hutang hinggalah sekecil zarah kuman. Ya Allah, permudahkanlah laluanku..berikan aku kekuatan dan kesenangan melalui redhaMu hingga Kau pisahkan nyawa ini dengan kehendakMu. Abil tak takut mati..dan kalau boleh abil nak mati syahid. Syahid dalam menuju jalanMu. Dan setiap ujian daripada Allah, abil akan cuba sedaya upaya laluinya dengan sebaik mungkin.
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabut ; 2)
Ya..benar..Allah takkan uji makhlukNya sekiranya makhlukNya itu tak mampu. Semua ni dah termaktub dalam surat cinta Dia pada kita. Bila Allah uji kita, kita akan semakin dekat pada Allah. Dialah segala - galanya buat kita. Sebab apa kita diuji? Semakin banyak ujian, semakin kuat pergantungan kita pada Allah. Subhanallah.. Kadang2 kita sebagai manusia ni lupa pada hikmah dan kebaikanNya maka kita mengeluh dan menyalahkan takdir. Abil sendiri banyak terlupa, tapi alhamdulillah kesedaran tu datang dengan sendiri. Dan di situlah abil merasakan kasih sayang Allah yang melebihi segalanya. Cantiknya percaturan Allah pada setiap makhluknya hanya Dia yang Maha Mengetahui. Percaya la, Allah tu Cantik. Tengok saja pada langit ciptaanNya. Luasnya langit, dihiasi awan dan ketinggian langit yang menjangkaui akal manusia. Bukankah itu semua menunjukkan ketinggian Allah yang tiada pengakhiran.
Dan Allah itu sendiri tidak pernah putus asa pada setiap makhluknya. Biarpun kita lupa padaNya tapi kemaafanNya melebihi kemarahanNya dan Dia berikan kita peringatan kalau kita melakukan kesalahan. Ya Allah, semoga diri ini juga sentiasa terbit maaf dalam jiwa, musnah dendam dan marah yang datangnya daripada bisikan iblis dan syaitan yang Kau laknat. Amin.
Abil..sebagai manusia, jangan lah diri kamu berputus asa..bumi ini luas, banyak perkara dan banyak hal yang masih boleh kamu lakukan. Kuatkan jiwa kamu dan banyak2 bersabar.
"Innallah hama'assobirin" (Allah bersama2 dengan orang yang sabar)
Hidup sebelum mati. Ingatan ke 5.
Wallahu'alam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.