ABIL's soulmate

ABIL's soulmate

Monday, October 17, 2005

LEWAT BEGINI!!!

AKU MASIH DI OFISSSS!! ni semua sebab nak siapkan press kit untuk preview 19 0ctober ni di KLCC..aku minta maaf pada beberapa orang member yang tak berpeluang untuk datang tengok..seperti preview yang sebelum ni..aku sempat jemput Diyana Yang, Hazrina, Diana dan beberapa orang lagi..semuanya 6 orang..dapat diorang datang tengok sebelum filem tu secara rasminya keluar di panggung..aku tumpang gembira dan bangga mendengarkan komen2 daripada diorang yang datang tengok..sebagai satu penghargaan buat diorang..tapi kali ni memang tak dapat..sebab tempat terhad dan panggung yang agak terhad tempat duduknya berbanding panggung yang lepas..

press kit yang perlu disiapkan semuanya sebanyak 70 set..mewah bagi wakil2 media yang bakal hadir (yang nama ada dalam list jemputan sahaja)..ada CD lagu soundtrack filem sumbangan Sony-BMG..ada sampul raya..ada tag yang lengkap dengan lanyard printing PHSM2..dan juga t-shirt...semua item2 ni akan dijual semasa roadshow nanti tapi untuk wakil2 media..ia adalah PERCUMA sebagai tanda penghargaan dan sebagai promosi..kami masih lagi di ofis printing macam2 benda..dan akan diselitkan dalam folder..dan akan diletakkan dalam paperbag yang ditempah khas bersama2 item yang dinyatakan tadi..

mata aku dah makin mengecil..rokok opsss...hmmmm...tak jalan la nampak gayanya cita2 dan juga angan2 aku nak berenti..kurangkan mungkin ya la kot..huhu..kami kat ofis masing2 macam dah bengong..ada je gosip dan juga cerita2 kelakar yang dikeluarkan untuk menghiburkan hati dan juga mengubat rasa mengantuk dalam diri masing2..macam press preview tahun lepas...kami balik pukul 4 pagi...kali ni...tak tau la aku nak kira macam mana...tapi aku rasa mungkin malam ni dapat balik awal..sebab esok masih ada..yang penting sekarang ni nak siapkan cepat goody bag..itu je sasaran kami...yang dah makin bengong...tapi semuanya antibodi ngantuk masih kuat..hehe...sedangkan shooting yang habis pukul 5-6 pagi setiap hari selama 45-50 hari pun kami boleh tahan...inikan pula buat keje2 ni...insyaallahhh...kami masih kuat...

dan semoga segala usaha kami berbaloi...insyaallah!!

bT*xJmx*PTEyMzc1Njg5NDA3OTMmcHQ9MTIzNzU2ODk1ODc5MyZwPTM2MzYxJmQ9d2FmLWNsb2NrcyZnPTEmdD*mbz*zOGFiYmY1YTkyNzU*YmUwYTM1ZjVlOGE3MjQxYzZiZg==.gif