ABIL's soulmate

ABIL's soulmate

Tuesday, December 14, 2010

ABIL....tak sihat ek?

EEEMMMM...

lama jugak la abil tak menulis kat blog ni..maksud abil betul-betul menulis la..abil tau entry yang sebelum ni sekadar share lagu pastu ade yang abil copy paste sajak luahan orang lain yang abil jumpa kat blog beliau..so kali ni abil rasa nak coretkan sesuatu..

A'a..memang betul abil agak sibuk..masa tu macam cepat betul berlalu..aktiviti penuh dengan keje dan hehehe..game.. GAME? ohooo...abil semacam addicted dengan game yang sangat interactive ni..game ni kat dalam fesbuk..mula mula kawan abil yang main dulu pastu, dia soh abil try, bila abil try..ha kau..melekat abil..tak jengah 15 min mesti hati ni gelisah resah..al-maklum la, tak sabar nak naik level..nak build up bandar impian..kononnya.. :P

Nama game ni CityVille..alah..bukan abil sorang la yang semacam ketagih..tanya la 2-3 malah dah kurang lebih 10 orang kekawan abil kat fesbuk (2-2 akaun fesbuk abil) yang gila dengan game ni. Yang paling tak tahan tu bila abil sampai sanggup letak kat shout out fesbuk untuk menarik perhatian kekawan yang main game ni atau yang baru nak main game ni..gila kan? :P

Dalam masa kurang dari 2 minggu abil main, agak cemerlang jugak la pencapaian abil..hehe dah naik level 22 setakat hari ni..cepat kan? hah, ada sorang kawan abil tu lagi cepat naik level. Kagum benar la abil ngan kesungguhan dia neh. Tak terkejar abil nak lawan dia. Asal abil up je 1 level, tetiba dia pun up jugak..hooo...letih..tapi takpe..itu memang adat la dalam bermain kan? Keseronokannya ialah cabaran. Kalau game tu tak mencabar, tak best la kan..? Tak la sampai Abil hari-hari seolah-olah wajib ngadap bende alah ni. HUHU...tapi kan..mungkinkah ni hanya permulaan je kut..esok-esok yang tak tau bila, kang abil mesti akan slow down jugak kan..macam yang jadik kat FarmVille.
Lagi satu game yang pernah menjadi kesukaan abil..sama macam yang berlaku sekarang.. Yela..sementara lalui hari-hari yang ada internet percuma, UPPSS..hehe..ye la..tak jugak kata game ni buat abil lupa buat keje..keje jalan gak tapi lebih kepada take time menyiapkan keje..(Alasan je la ko ni, abil!) hahahahahaha

Ok la..papehal pun..abil nak balik la dulu..otak dah letih sebab siapkan editing jugak..esok bos nak datang tengok..esok abil kene masuk awal la kan..huhu.. Buat pengetahuan korang, abil ni tak berapa sihat..dah masuk 4 hari..mula dengan selesema..bersin yang tak henti2 selama dekat 12 jam..hooo mau meletup idong neh.. dan diikuti dengan demam sehari setengah..dan suara menjadi serak-serak basah ala pondan gitu..awww...hahaha...hari ni alhamdulillah dah beransur kurang sikit..cuma hingusan-hingusan tu masih ada la..dan oh yaaa...hehe..disebabkan badan yang tak sihat ni, abil jugak dah tak merokok masuk hari ke 4.. (bagus gak kan?) Abil akan cuba maintain untuk TAK NAK merokok selagi nafsu abil ni mampu disekat..insyaallah :)

Well..abil stop di sini dulu..mak balik dulu ye noks..awww :P

Monday, December 6, 2010

Abil dah nak balik..keje pun dah siap separuh..walaupun buat pelan-pelan.. :) lagu untuk kita sama sama dengar hari ni k..




Lagu

Just The Way You Are

(Bruno Mars)

P/S: ..sekadar ingin berkongsi pada yang sudi

HATI

Abil tertarik dengan satu sajak yang Abil rasa lebih berupa peringatan daripada blog seseorang, ayat dia ringkas tapi mendalam maksudnya. Mr Emzack, Abil pinjam letak kat page Abil ok..(",) Nanti Abil letak link awak kat bawah. Terima kasih


Hati-hati dengan hati. Kalau mahu bermain, jangan bermain dengan hati. Kerana hati yang dimainkan akan patah dan berdarah…

Hati-hati dengan hati. Kerana hati cuma ada satu, untuk diberikan kepada insan yang ikhlas menyayangi seikhlas hati..

Hati-hati dengan hati. Kalau hati disakiti, sakit di hati boleh membawa mati…

Hati-hati dengan hati. Kalau sudah hancur berkecai susah mahu dicantumkan lagi..

Kalaupun molek bercantum, hati tidak akan sesempurna azali…

luka akan sembuh, parutnya bisa berdarah kembali..

Hati-hati dengan hati. Kalau mahu memberi hati, berilah hati yang bersulam kasih, bertekad iman, bermanik insani..

Hati-hati dengan hati. Jika tak suka disakiti jangan menyakiti, kalau tak suka dibenci jangan membenci…

Hati ini sifatnya lembut maka berlemah lembutlah dengan hati…

Jika hati menjadi keras maka akan hilang ihsan belas..

Jika akal bercampur hati maka itulah yang dinamakan naluri…

Hiasilah hati dengan iman dan takwa

Nescaya selamat kita di sini dan disana..

kamu, kamu dan aku,,

Hati-hatilah dengan hati…

sumber petikan: http://mremzack.wordpress.com/

Wednesday, December 1, 2010

KERJA di hujung BULAN tahun 2010

Cabaran untuk Abil bulan ni..hurmm..nak nak bulan penutup 2010.. Abil kene siapkan capture tape hasil shooting Isnin lepas..yaww...banyak seh! [tepuk dahi sat]. Almaklumlah...shooting guna 3 camera dan event tu berlangsung kurang lebih 7 jam..dari pagi sampai petang..So bila dihitung hitung..Camera A ada 6 tape, Camera B pulak 7 tape dan Camera C, yangAbil gunakan jugak ada 7 tape..so korang sure leh agak la berapa jumlahnya..huiii..20 tape semua..dan setiap tape mempunyai durasi 1 jam..ini bermakna, Abil kena capture selama 20 jam.. [tepuk dahi lagi!]

TAPI bukan beerti Abil akan habiskan dalam masa sehari..Abil akan buat 8 tape sehari = 8 jam tidak termasuk memeriksa dan menyimpan file file tersebut dalam system.. jadinya, ada la 10 jam kerja. Pagi tadi Abil dah berbincang dengan bos Abil, Cik Shuhaimi Baba (Shumi), Abil jelaskan pada dia minggu ni hanya capturing dan kalau sempat Abil akan sync audio untuk semua tape 1 hingga 3 dulu (cam A-C)..dan ini bukan la tugas yang mudah..agak remeh sebab kene carik point yang logik untuk samakan setiap satu.. HURMMMMM.... dan minggu depan Abil akan cuba habiskan yang selebihnya.. bila dah selesai stage tersebut, baru Abil boleh potong pilih shot mana yang menarik atau yang perlu dihighlightkan.. Oh laa laa.... dan itu adalah acara pecah otak.. Hopefully korang faham apa yang Abil ceritakan ni.. 3 stages yang Abil ceritakan ni iaitu daripada capture hinggalah rough edit..dipanggil proses offline.. Abil memerlukan kurang lebih 2 minggu untuk lakukannya sebab bahan yang agak banyak..dan Abil kena mendengar dan melihat dengan teliti serta membuat decision untuk memilih.

Dan seterusnya bila director telah bersetuju atau beberapa pindaan atau ubahan telah dilakukan, barulah Abil boleh masuk ke proses berikutnya iaitu online. Online di sini maksudnya, membuat final touch untuk video seperti memasukkan sebarang effect yang berkaitan atau bersesuaian, color grade sikit mana yang agak kureng dan hantar final audio kepada sound editor, Mr Ashley, untuk proses final mix, kemudian bila dah siap, Abil akan sync kan semula dengan video. Seterusnya, final output, export dan compress untuk proses DVD [proses paling last ni bergantung pada apa material akhir yang dikehendaki oleh client i.e DVD, VCD, tape etc]

Bila hantar DVD pun belum bermaksud dah settle la kan..hahaha..kalau client rasa tak best, nak adjust..kena la buat..dan client Abil kali ni bukan sebarangan individu, beliau ialah DYMM Sultan Selangor. Yeaaa...sebab event yang kami cover baru baru ni adalah event Tuanku iaitu Wacana Raja Berpelembagaan yang berlangsung dia SUK Selangor baru baru ni.. :)

Tak kisah la, Abil seperti biasa akan cuba lakukan yang terbaik..ambil jadikan sebagai pengalaman tambahan. Ni adalah job kedua Abil dengan Tuanku..

Monday, November 22, 2010

Cerita Ceriti Abil bila serabut datang

Sabtu lepas Abil ada buat hal yang tak elok...demmit!

Abil rasa diri Abil ni bodoh sangat sebab tak hormat perasaan orang lain..nak nak orang yang Abil sayang..apa salahnya, biarlah menjadi rahsia antara Abil dan dia..tapi cukup la Abil terima akibatnya sebagai hukuman yang sewajarnya Abil terima atas ketidakmatangan Abil tu.

Padan muka!

So habis keje dalam kul 3.30 petang, hati yang rasa sungguh tak best..Abil balik rumah dengan jiwa serabut..takdak rasa nak makan pun. Sampai rumah, Abil naik atas, masuk bilik..and bummmm..Abil hempaskan badan atas tilam..baring sambil merenung siling..Abil capai bantal kecik dan dakap erat erat bantal tu.. (bantal busuk la kan)..bantal tu je la satu satunya bende dalam bilik tu yang selalunya akan buat Abil lena, yang buat Abil rasa senang bila layan perasaan.. hahaha...macam budak kecik la plak kan..upsss...malu je citer pasal bantal bucuk tuh..

Pejam celik pejam celik bijik mata ni..Abil cuba paksa diri Abil untuk tido kejap sebab orang cakap, tido adalah terapi yang baik..dekat setengah jam golek kiri kanan..tarik lepas nafas..baru la terlelap kejap.. susah jugak nak tido siang ni bagi orang yang tak biasa tido siang macam Abil. A'a, Abil tak reti tido siang sebenarnya dan Abil sememangnya bukan kaki tido..kadang-kadang macam best je tengok orang lain yang asal letak kepala kat bantal jek..dah berkeroh..haha..tapi hehe..tengok la time Abil betul betul letih, memang akan tido dan tak sedar apa apa dah lepas tu.. hehehe..

Papepun, sebelum tido Abil sempat kunci jam pukul 5.30 petang..ye la..taknak la biasakan diri layan tido sampai dah lewat petang. Nanti badan cepat letih, apa lagi kalau dah terlajak sampai ke senja..lagi la tak elok..Pukul 5.30 petang bila jam bunyi, Abil bingkas bangun..masuk bilik air, basuh muka dan buat apa apa yang patut. Keluar dari bilik air, duduk kejap kat ujung tilam tu..otak ni masih ada sisa sisa keserabutan yang melanda..betapa rasa kesal yang amat mendalam terguris dalam jiwa ni..fuhhh..ayat..Dalam hati ni, Allah saja yang tahu..dan Abil tak habis habis fikir,

"Apa yang aku patut buat ni?"

Then, Abil tarik nafas dalam dalam, salin seluar pendek..

"Haaa...nak gi jogging lah!"

Tu ungkapan yang terkeluar secara otomatik dari mulut Abil. Lagipun cuaca kat luar macam mendung best jek. Maklum la, ujan pun baru berenti. Hujan..hurmm..ntah kenapa setiap kali sesuatu berlaku yang melibat emosi sedih, mesti hujan..kebetulan kot kan..? Siapa tahu, mungkinkah hujan tu mewakili kesedihan dalam hati.. Aippp...apa la fikir macam tu? Hujan tu kan rahmat Allah. Kena fikir positif kan..

Abil start enjin kete, terus menuju ke taman belakang ofis Abil. Taman ni ade tasik dan sungai..betul betul kat kaki bukit..dan sini adakalanya menjadi tempat untuk Abil mencari ketenangan sambil beriadah. Sorry, Abil nak pergi layan jiwa jauh jauh, bajet pun kena jaga la..

Ramai betul orang kat situ. Ada yang sorang sorang macam Abil dan ada yang bawa keluarga. Meriah dengan suara budak budak. Paling ramai kat kawasan anak sungai. Bukan mandi manda, pengunjung buat aktiviti tangkap anak anak ikan..Best tengok..dan ada jugak yang ambil peluang dengan cuaca yang redup ni untuk sesi fotografi pengantin.. terhibur sikit hati bila melihat pelbagai ragam manusia kat situ.

Abil panaskan badan macam biasa sebelum start jogging. Ye la, kang kejang kaki, sendiri yang sakit sapa mau tolong? Dah cukup la diri sendiri cari penyakit untuk serabut..sudah sudah la tu Abil..

Padan muka lagi!

Sambil jogging, otak ni tak henti henti berfikir apa yang Abil dan buat. Kira sambil menyelam minum air la. Muhasabah diri kata orang. Ye la, Abil manusia, Abil juga bisa buat salah dan bila buat salah Abil mengaku kesalahan Abil dan Abil akan segera fikir balik apa yang Abil dah lakukan. Kadang kadang kita fikir kita ni dah matang, tapi sebenarnya kita masih belum matang dan kita masih lakukan kesalahan tanpa kita sedar. Abil belajar dari kesalahan. Mungkin ada hikmahnya bende ni berlaku iaitu, jangan la nak menyibuk hal orang lain..makan diri balik baru nak tersenyap..

Padan muka lu Abil!

Amik sebagai pengajaran.

"Ya Allah, pinjamkan aku kekuatanMu. Tenangkan jiwaku ini. Dugaan ini aku ambil sebagai tanda kasih sayangMu memberi petunjuk kepada kelemahan aku"

Itu saja doa yang dapat Abil titipkan untuk diri Abil setiap kali Abil lakukan khilaf. Moga moga Abil tak ulanginya lagi. Sakitnya, ibarat lukakan diri sendiri!

Hasilnya, Abil jogging atas tanah rata 1 pusingan dan naik turun bukit 2 pusingan. Tengok jam kat tangan dah pukul 7.10 petang, Abil sejukkan badan dan balik rumah. Jauh di sudut hati, ada sedikit kelegaan dan kepuasan sebab Allah masih sayangkan Abil dengan berikan Abil akal fikiran supaya tak lakukan bende bende yang tak sepatutnya bila dilanda masalah. Berdiam diri dan muhasabah diri adalah jalan yang terbaik.

Balik rumah, rehat kejap kemudian mandi..dan bila titisan titisan air jatuh ke kepala, setiap kali itulah ia bawa sekali pergi tangisan dalam hati dan juga segala perasaan sedih dan serabut Abil untuk hari tu. Abil turun bawah, tengok tv sambil sembang sembang kejap dengan budak rumah Abil. Dalam jam 9 lebih, dia keluar dengan bf dia. So tinggal Abil sorang kat rumah. Yang lain pun masih belum balik. Melayan tv saja la sampai pukul 11 lebih. Tutup tv dan naik atas, niat di hati nak tido sebab badan dah mula rasa letih. Ada baik jugak Abil pegi jogging petang tadi..hehehe..walaupun masih terfikir fikir gak benda tu. Baru nak lelap mata, handphone Abil berbunyi, berdebar debar jantung ni. Owh..budak rumah Abil yang keluar dengan bf dia. Dia dah sampai rumah, tanya Abil dah tido ke belum, ajak makan kat bawah. Abil bangun balik dan turun bawah semula. Ade ayam goreng dengan nasik putih. Teringat hidangan ayam penyet..hehehe..

Alhamdulillah..rezeki jangan ditolak. So sambil sembang sembang, makan dan melayan tv balik. Dia pun tak bertanya banyak kenapa Abil banyak diam. Maleh la nak citer, kang jadik citer panjang. Simpan je untuk diri sendiri lebih baik..sebab kalau Abil bukak cerita pun bukannya dia faham..

Malam tu berakhir lewat jugak sebab melayan citer hantu dengan bebudak yang lain yang baru sampai..dan plan Abil untuk keesokan harinya ialah..bangun pagi pagi untuk aktiviti panjat bukit..sebelum tido Abil sempat berbisik pada diri,

"Syukran ya Ilahi..diri ini masih bernafas atas redhaMu..!"

Saturday, November 20, 2010

Angel's Cry

how am i going through all this..
it happened again because of my stupidity..
misunderstood..

..leaving me crying inside seeking for forgiveness..my bad..



i'm sorry..

please stay..

ABIL....ape plan??

Yeahhhhh..... sejak menjak ni...stamina rasa makin bagus..Abil rasa lebih bersemangat. Bukan sebab keje tapi Abil rasa nak bersukan..fuhhh...bukan sukan berat-berat la..pergi jogging jek..atau naik bukit..tapi best la sebab hati rasa lapang bila lakukannya.. memang la awal-awal tu macam payah nak bangun pagi tapi lama-lama bila dah terbiasa..mata pun terbuka dengan sendirinya pada waktu yang biasa.. hehe..
So..kalau tanya Abil apa plan Abil esok atau hari-hari hujung minggu yang lain.. Abil nak jadikan aktiviti jogging ni sebagai riadah yang PERLU dilakukan kalau tak SIBUK..



'Jika Abil boleh lakukan, korang macam mana pulak..?'

Cerita Ceriti Abil bila abis keje awal

Hahahahahaiiii...

Pagi-pagi Abil layan lagu yang dah seminggu dua minggu lam otak Abil neh.. meh kita dengar dulu ape lagunya tuh..



Dah dengar dah? hehehe...lagu Nothin' On You nyanyian B.O.B dengan penampilan Bruno Mars.. lagu ni rentak dia simple jek..tapi ntah nape Abil leh layan..hihi..lirik pun menarik sebenarnya..

Nampak macam Abil lepak je kan sabtu ni..? Sebenarnya sambil-sambil tulis blog ni Abil tengah monitor 2 orang assistant Abil buat keje. [keje yang macam mana la tu kan?] Ini la..keje ni Abil dah buat dengan Brabam, technical director Abil dari minggu lepas lagi. So budak-budak ni ditugaskan meneliti setiap klip yang Abil buat untuk buat semula logging dengan timecode berserta soalan kepada jawapan yang telah diberikan bagi setiap interview.. Dengar macam senang tapi..hehehe...remeh jugak la sebab kena dengar betul-betul..benda-benda ni nak dihantar ke Singapore nanti..Yeaaa..it's still about P.Ramlee documentary project..

Actually daripada semalam diorang ni dah start keje ni. Tapi semalam dapat buat 30% jek..lagipun 1st day untuk diorang so Abil stop awal la..ibarat warm up session for them.. :) Then Abil tutup kedai awal jugak..dalam jam 9 malam, Abil tinggalkan banglo ni, straight away heading to my sister's place at Pantai Dalam. Ada urusan dengan along before dia balik Kelantan subuh nanti..jumpe kejap jek..lagipun dorang sure tido awal kan. Melihat himawari dan sin chan yang lena tido masa Abil sampai, lagi la abil frust..huhu..anak2 buah Abil yang agak nakal..rindu kat dorang neh.. hati ni pun berdebar2 sambil sembang dengan kak long ngan abang long.. berdebar-debar sebab Abil tunggu sms seseorang.. *wink

Dekat jam 10..dapat pun sms yang ditunggu..ape lagi..gedik2 Abil mintak diri dari dorang, nak balik la..ye..sms daripada seseorang yang istimewa dalam hidup Abil..nak tau ke sape? Takpe la..biarlah rahsia.. [Jangan marah naaa :P ] Sepanjang perjalanan balik ke rumah, Abil sembang dengan dia yang Abil rindu..hee..macam lama tak sembang, kan? Banyak gak la story yang dia share malam tadi eventho it's just a short phone conversation.. Alhamdulillah.. :)

Sampai rumah, kebetulan sampai same time dengan housemate Abil, Esmi. So kami sama-sama masuk dalam rumah then tengok..eh Emma pun ada..housemate merangkap officemate Abil, dia baru sampai dari Kuantan. Maklum la cuti raya haji kan baru-baru ni. Dia extend cuti sampai Jumaat. Perut Abil lapar pulak..ape lagi kan, sebelum balik dari tempat along, dia sempat bagi Abil roti High-5 2 bungkus. So untuk alas perut, Abil makan la roti dulu sambil sembang-sembang sikit dengan Emma dan Esmi. Tak sembang banyak sangat sebab mata Abil lebih kepada TV, citer Tokyo Drift tu la..memang la dah pernah tengok tapi saja nak melayan mata lagi sekali..Esmi belum tengok lagi, Emma lak melayan laptop dia, tenet le pe lagi kan.. Then perut Abil masih lagi rasa senak..nak keluar beli makan, kat luar hujan lak..mm..Abil teringat yang Abil ada sebungkus Maggi perisa ayam.. :p yeahhh ujan2 neh layan megi le.. Abis licin hingga ke titisan kuah yang terakhir... [Lapo bena la tuh]

Masih belum naik atas lagi, mata ni nak layan citer tu lagi..ha ni la Abil, kalau dah start tengok dari awal, terasa sayang nak tinggal separuh jalan..tapi yang tak bestnya..iklan kat TV3 ni melampau2 la.. cerita start kul 10 mlm dan dalam info Astro abis kul 12 mlm.. padahal cerita ni tak la lama sangat pun.. tambah panas hati kami [Abil dan Esmi] yang sedang syok layan, rupenye citer tu bersambung ke lepas Nightline...Haram J betul la!! So nak kata total cerita Tokyo Drift ni 2 jam setengah la termasuk iklan..Bulls**t!! They really make money...

Abil tertido-tido menunggu kesudahan cerita dan sudahnya, Abil dengar suara Emma,

"Wehh..nak tido naik atas.."

Abil
terus terbangun..a'a la..memang nak kene naik atas sebab Abil nak mandi dulu sebelum tido. Tapi Emma sempat pesan,

"Sok ko kejut aku keh.."

Ape daa...hehe..xpe la..esok pun memang Abil akan bangun awal sebab janji dengan budak-budak junior Abil sambung keje kul 10 pg. Abil naik atas, mandi dan zzzZZZ [sebenarnya sejuk sebab ujan lebat kat luar tapi ntah nape nak mandi jugak..hahaha..and sebelum lelap mata Abil sempat sms dia..supaya tidurku lebih tersenyum]

...'Selamat malam, sayang' <----- macam dalam lirik lagu Faizal Tahir daaaa... :P

Monday, November 15, 2010

Menanggung kesalahan sendiri.. :(

Ari ni Abil rasa teruk sangat2..serabut dah otak neh sebab kesilapan yang Abil dah lakukan..ntah la nape ngan diri Abil neh?

Tau tak...[sure tak tau sebab lum citer]..haa meh
Abil nak citer..mula dengan pagi tadi, bila Ashley, sound engineer datang sini ketuk pintu banglo macam orang mabuk [memang dia ada minum agaknya sebab mulut dia berbau]..ok tu hal dia..yang Abil nak citer, dia pertikaikan nape audio tak sync..Abil ade rasa tercabar sikit la sebab keje kita yang orang lain pertikaikan..dah la penat buat bende tu..then bila check, ye..Abil tunduk mengalah, memang salah Abil sebab audio off sync 2-3 frames. Dengar mcm skit je kan sebab bukan saat tapi 2-3 frames tu akn memberi kesan pada mereka yang melihat dengan betul di skrin nanti dan jugak bila segala data dihantar ke Singapore atau Hong Kong atau Jepun..akan timbul masalah nanti. So Abil kene basuh dengan Brabam, bos Abil..Brabam tak tinggi suara atau menengking atau mengherdik tapi dia cakap lembut, mendalam dan menusuk ke kalbu..dan membuatkan Abil rasa terduduk dan terdiam seketika..otak Abil ligat berpusing mencari sebab kenapa Abil boleh cuai macam tu.

Sekarang ni
Abil sedang cuba membaiki kesilapan tersebut..nak mencari punca pun tak elok sebab ternyata salahnya pada diri Abil yang tak fokus pada kerja sejak menjak ni..Ya Allah.. :(

Abil takkan lari daripada kesalahan Abil..macam kata seorang kawan, "bersedia tebal muka, nak mintak maaf pada semua bukan sekarang, yang penting betulkan dulu keadaan. Sekarang ni masing-masing tengah emo [marah sebab terpaksa ikut kesalahan Abil], mintak maaf sekarang akan lagi teruk keadaan, biar semua orang cool down dulu"..

Abil terima nasihat kawan tu..terima kasih..benar..betulkan dulu keadaan yang serabut, minta maaf nanti..sebab masing2 dah tahu mistake siapa..it's from me..my mistake..Maafkan Abil..

Wednesday, October 27, 2010

Butterfly

ABIL masih lagi di sini..
cuba menahan mata..
menyimpan rasa
rindu pada dia..



di mana saja kau berada, Butterfly, ABIL miss u so much!

Baik Vs Jahat

"buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali"..tu peribahasa yg kita selalu dengar.. Abil akui ada kebenarannya jugak untuk frasa yang pertama..tapi untuk yang kedua bila cakap tang jahat tu..hehehe...jarang le manusia ni nak baik sepanjang hayat kecuali para Nabi dan Rasul.. kita semua manusia, ada nafsu, ada akal..yang Abil kira adakalanya kita tak dapat nak sama ratakan apa yang kita fikir..kadang2 emosi yang melompat dulu..kadang2 akal yang mendahului emosi.. mana yang baik? mana yang buruk? bergantung pada situasi..

Abil pun ada jahatnya..tapi tak tau la setinggi mana jahatnya tu..nakal tu ada..menyakitkan lagi ada.. tapi, bagi Abil..orang yang buat baik depan orang, menabur budi depan orang supaya dapat meraih simpati dan buat orang rasa bersalah bila menyakiti dia..orang tu la paling jahat Abil rasa.. tapi Abil tak nak jatuhkan hukuman atau terus menghukum orang2 yang buat macam tu sebab kita pun tak tau sejauh mana keikhlasan hatinya.. niat atau nawaitu dalam fikiran dia.. Alhamdulillah la kalau dia benar2 ikhlas dengan apa yang diberikan atau dilakukannnya pada kita..tapi kalau dia mengharapkan balasan? Tak ke haru jadinya...kang ada yang sentap..sensitif...marah sana sini..pastu gaduh... Abil sebenarnya tak suka..kalau kita nak buat sesuatu, biarlah kita buat dengan hati yang ikhlas dan redha pada keadaan dan juga ketentuan..dan sekiranya apa yang kita taburkan tu pulangannya tak seperti yang difikirkan, kan lebih elok kita fikir, setiap yang berlaku ada hikmahnya.. sebagai manusia kita kan wajib beringat, kita akan sentiasa diuji Allah..besar atau kecilnya ujian tersebut, wallahu'alam... dan bagi Abil, lagi kita bersabar dan terima dengan tenang, insyaAllah bila kita diuji lagi, kita akn lebih banyak senyum..

P/s: Ikhlas dalam dan luar yeeee... :)
mate ABIL dah ala-ala je ni..tapi keje lum siap lagi..huhu..so nak le layan lagu keras-keras manje gitu..hahahaha...jom layan lagu sket..

TIME IS RUNNING OUT by MUSE



mmm...ABIL rindukan dia...sungguh..

Sunday, September 12, 2010

lantak la...huh

hari ni raye ke 3 kan...banyak betul bende nak citer..aku rasa da lama aku tak mengarut kat page ni.. mula2 banyak la citer tapi lama-lama daya ingatan aku cam terhapus sikit..tinggal memori yang takleh delete dan jugak copy paste..hahahahah [macam mana la tu ek?] lantak la..

kadang2 aku rasa otak aku ni jahat gak. ske beno aku mintak supaya ingatan aku ni lupus..tapi..alhamdulillah..tuhan tu masih sayang aku..so Dia biarkan aku dalam dunia khayalan aku dok mintak yang bukan2..ape kes la ni..teruk gak kan..heeeee...siot tul abil neh..

haaa..pening pale aku...pening memikirkan bende yang tak sepatutnya aku pikir..buat-buat pikir le tu..xde keje...kakakaka..hishh..nak balik kl malam ni tapi takde hati nak balik..ntah la..esok je kot.. mula2 memang la excited tapi pastu..hmmm...g amik stapler je la..stapler hati ni..pastu dok dediam dlu.. mak aku tanya gak..nape ngan aku ni..tapi aku sekadar senyum..ye la..hati orang tua kan..takkan nak kasik risau..lagipun biar la orang happy..kita ni sedih takpe..orang lain takde nye nak amik kisah sangat pun..alah..korang ni..diri aku la..pandai2 la aku jaga...tau mana ubatnya..mana penawarnya.. penat2 nak pujuk pun..kang buang masa korang je.. perggghhh...apakah abil? hehehe.. mmmm...lantak la..

so dikeheningan malam ni..[tak la hening sangat pun ~ bunyik mercun pom pom jek dari tadik kan].. aku sesaja bizikan diri menaip blog yang tak seberapa ni..sekadar untuk ingatan aku di hari tua ni.. haaa... lagi beberapa bulan mmg aku da masuk 29 tahun..huhu....cepatnya masa berlalu..dan yang pastinya kalau la bila tiba time besday aku tu aku ditakdirkan tak bizi ngan shooting...aku ingat nak sorokkan diri la..pe kata buat macam beruang..orang panggil ape ek..'hibernasi'..ontah la..haa..nak menyendiri la kot.. mana aku nak p..itu adalah rahsia...huehue...lantak la...

p/s i have enuff of this shit...:PP [saja propa lebih]

Monday, June 14, 2010

I'M SORRY, I LOVE YOU

i feel sad, deep in me...
nothing much i could express but i'm sorry, baby..

Di sebalik kisah bola malam tadi..




Hahahaha.....2010, musim bola piala dunia datang balik..tapi Abil rasa untuk musim kali ni Abil mungkin berkesempatan menyaksikan beberapa perlawanan..actually Abil bukan kaki bola sangat tapi layan je...dan yang pastinya Abil adalah penyokong pasukan German..hehehe..Abil masih teringat masa musim yang lalu, Abil shooting kat Planet Hollywood (masa tu Planet ado lagi - sekarang dah takdo dah..huhu)..time shooting kat situ adalah time bola..tak ingat sangat la sape yang lawan time tu..sebab Abil cuma akan amik tau kalau Germany jek yang lawan..so walaupun malam shooting tu takde perlawanan Germany, Abil tetap pakai baju German sampaikan stokin pun lambang German..hahahaha...nasib la kan.. :PHaa...cakap pasal match Germany, malam tadi adalah malam pertama Abil bersengkang mata semata-mata tunggu pasukan kegemaran Abil ni berlawan untuk 1st match dorang menentang Australia bagi pusingan Kumpulan D. Sebelum tu ade la tengok-tengok Ghana vs Serbia tapi halfway tertido. Nak tau nape Abil bantai tido? Haaa...ni sebab nak simpan tenaga untuk match between German dengan Australia pukul 2.30 pagi.. hadoiiii, kannnn.... :P

Lambat betul masa ni berjalan, kejap-kejap Abil tengok jam..huhu..sebabnya dalam jam 11.30mlm Abil dah terjaga, bangun mandi..ye la kan..siang tu Abil keluar merayau dengan kekawan sampai ke Banting..hahaha...so ada la keletihan sikit..tu yang lelap mata, kunci jam kul 2.30 pagi semata-mata khuatir tertido dan tak bangun.. dalam kul 12 lebih adik Cda dah keluarkan toto (tilam nipis tu la)..so kami semua akan lepak sama-sama kat hall, tido kat hall la depan tv..bak kata cik Noryn a.k.a butterfly,


"Biar kita semua jadi macam sardin..." ~~ hehe


Ok...tilam pun dah dibentang..semua amik tempat masing-masing..sambil layan drama kat tv..maklum la baru pukul 12 lebih..Abil pun sama..kejap-kejap baring..kejap-kejap duduk..Tempat Abil yang paling strategic..betul-betul kat tengah dan depan tv..wahhhhh...kann.. :P

Tak lama...ada la dalam 15 minit berlalu...Abil rasa semua orang dah senyap..aikkkk? Ape dah jadi.....?


"kupandang kiri...kupandang kanan....dikau..tiadaaaaa" ~ petikan lagu P.Ramlee

Hah! Diorang dah tidooooo....cet....hurmm..takpe la..maybe diorang letih..so takleh nak paksa..lagipun esok kan keje..(ala..Abil pun keje.. :P)..So tinggal la Abil sesorang melayan tv..masa tu..ade lagi kurang lebih sejam bola nak start.. Abil turunkan volume TV sebab tak elok la mengganggu orang kiri kanan tido..kena respect kan..? :) Abil kira volume TV tu tangkap muat la untuk santapan telinga Abil neh.. hehe..Korang tau tak..rupanya ada gak perlawanan kat hall neh.. Abil terdiam jap..amik remote control ASTRO, dan Abil mute jap..nak tau apa yang berlaku?

Hahahahaha....perlawanan dengkur yang agak sengit..kikikiki..tapi malangnya pasukan di sebelah kanan Abil adalah pasukan yang paling senyap.. Abil sempat turunkan kepala kasik telinga ni dekat sikit dengan dorang tapi memang tak dengar apa-apa..dan pasukan di sebelah kiri Abil adalah juara..sebab agak kuat dan bersahut-sahutan..kesian, nampak sangat dorang ni letih..tapi kerenah dorang tanpa sedar buat Abil tersenyum dan tersengih sorang-sorang.. Maaflah, bukan Abil sesaja nak kasik malu kekawan tapi memang melucukan..sebab 2 di kanan diam, 2 di kiri berlagu-lagu..tapi ada jugak yang mengigau..tapi tak perlu la Abil sebutkan siapa..hehehe...


So itulah cerita di sebalik perlawanan bola..(kalau ikutkan tajuk)..papehal pun, Abil puas hati sebab Germany menang ke atas Australia 4-0.. walaupun Abil tak dapat nak jerit,


"GOLLLLLL!!!!!!!"


Al-maklum la, lebih ramai yang tido berbanding yang jaga..kikiki...kang tak pasal-pasal Abil kena ikat dekat TV..huhuhu...nak tau cara Abil meraikan gol? hehehe..Abil tekup mulut dengan bantal..hehe

Saturday, June 12, 2010

Pandangan dari pemandangan..kikiki

Hari ni aku nak citer kejadian yang pernah berlaku pada 6 bulan lepas..tarikh kejadian ialah 16 Januari 2010...nampak sangat aku skang ni jarang update blog..gara2 sibuk...maaf ye...hehehe..baiklah meh sambung citer tu..

Aku sebenarnya dah lama tak naik public transport..apa lagi sejak 'couple' dengan Tortila kesayangan aku, dan sebelum aku kapel dengan si Tortila ni pun aku selalu bermanje ngan Cet Scoot (skuter modenas aku le..plate number BHD 1426..ingat lagi tau..walaupun dah tinggal sejarah sejak aku accident motor)..emm..Tortila atau Tort tu nama mesra kete aku...tapi sejak akhir2 ni Tort selalu sakit... dia sakit sejak tukar gear box baru...aku berhabis rm3k utk baik pulih dia..sedih tau... dia takleh nak pick up laju2..cepat semput.. Tort banyak jasa dengan aku sebab dia berani bawak aku masuk kawasan hutan dan kampung dengan gagahnya.. (ye la..jenis 4wd)... aku bangga dgn Tort..

upss... ter emo lak..

...mmm...sebenarnya nak citer psl apekah kenderaan yg aku guna utk balik ke KL dr seremban..hurmm..aku naik KOMUTER...fuiyooo... sengal kan..mcm poyo je tak pernah naik komuter..padahal biasa dah pun... (-_-")

cerita yg menarik aku nak share kat sini ialah...biasa la kan..aku selalunya kalau naik public transport..secara otomatik aku akn jadik kaki tido..tp kali ni aku tahan bijik mata aku yg sepet ni utk tidak tido sbb member yg nak amik aku kat kl nnt dah pesan kat aku supaya jgn tido..takut nnt drpd baik2 nak stop kat KL sentral...terlajak sampai ke rawang.. yee..KOmuter dr seremban ni hentian last kat rawang..tp in between tu ade la transit ke KLIA..kat area mana ntah aku pun tak pasti sgt..takpe..nnt bila aku rajin2 naik komuter aku gitau korang.. disebabkan tak tido..mata aku mcm tertarik2 melihat gelagat penumpang2 yng lain..dan yang paling ketara ialah family kecik yang duduk tak berapa jauh dr aku..family kecik tu maksud aku ialah sebuah family yg baru nak naik la..ade mak, ayah dan sorg anak..aku agak pasangan ni baru kawin kurang dr 2 tahun sbb telinga aku mendengar sorg ah soh yg duduk mengadap dorang tny,

"ini baby u aa...umur belape?"

si ayah tersenyum, dan dengan bangganya menjawab,

"sudah masuk 8 bulan.."

kemudian, ah soh tu usap2 pipi gebu baby tu...baby tu agak cute tapi aku pun heran sekali sekala baby tu akan menoleh ke arah aku dan merenung aku...aku pikir gak ntah apa la yang ada dlm kepala otak bayi kecil tu..mesti dia pk..

"kakakakakaka....mmm....bababababa" ~~translate balik : "kakak atau abang?" kikiki

aku pun balas je sambil angkat2 kening ala2 ziana zain..wlwpun kening aku tak lebat pon..saja nak lawan mata ngn si kecik.. (-_-") xde keje sungoh.. untungnya jadi bayi tu sbb menjadi perhatian semua org dlm tren.. jeles ka aku? tak la...aku pun pernah jd baby jugak dlu...kakakakaka.. pastu mata aku perhatikan mak dan ayah dia..hurmmm...mak dia tak la lawa sgt..tp ayah dia not bad looking la...manis jek.. masih nampak seperti org bujang... penat melayan kerenah si kecik..mak dia terlelap jap bersandar kat tepi tingkap..so si ayah la yang take over jap..sbb dak kecik tu takleh tido..wlwpun aku tgk mak dia dah susukan dia 2 kali..kiri dan kanan...oitt...aku bkn skodeng...itu kan normal..susu badan.. aku cuma jeling2 je bila mak dia selak baju...dah faham dah apa yang dia nak buat...kesian dak kecik tu...dahaga yeee... :)

ok..berbalik pada kisah si ayah yang tolong agah si kecik bila si ibu ketiduran..dia cuma bermain2 dgn anaknya yg diletakkan dlm kete sorong.. then tren berhenti jap amik dan trunkan penumpang di hentian UKM...mmm..pagi2 pun agak ramai gak eh yang naik..dorg pun mesti sama destinasi macam aku..selalunya la... 

Hoho..Yang menarik perhatian aku ialah...mata si ayah melirik ke luar tingkap melihatkan betapa 'ramai'nya penumpang yang nak naik..sambil tangan memegang pipi anak..bila penumpang luar dah mula memenuhi ruang yang ada dlm tren tu...si ayah terus mengagah anaknya dgn panggilan yang lagi mesra...lalu mengangkat dia dan di dukung dgn mesra..tapi yang best...mata masih melirik pada penumpang2 yang lalu lalang di tepi seat dorg..kikiki...mata gatal tu...suspect aku la..

adalah sorg dua penumpang yng tumpang berdiri di seat dorg sbb keadaan agak penuh..dan si ayah terus-terusan dgn senyuman...apa lagi bila ada penumpang yang cute miut..yang agak2 muka boleh jual la..mana lagi kalau bukan anak-anak gadis..anak-anak dara..aweks-aweks.. dan aku kira modus operandi si ayah ni berjaya la..sebab apa yang dia buat tu telah menarik perhatian beberapa orang penumpang perempuan...aku ulangi..'perempuan'..hehehe..untuk sama-sama bermain dengan baby tu.. dengar la dorg ckp..

"alaaaa...cutenya..." dan macam-macam lagi..sekali-sekala, mata si ayah tetap menjeling pada si isteri yang sedang nyenyak tido...takut kantoi ye bang..hehehe...

WELL, seronok juga kan kadang-kadang dapat melihat kerenah manusia...korang bagaimana?


Wednesday, February 3, 2010

Bila terikut EMOSI..


Hai ~~~

itulah permulaannya..Abil dah mengeluh..tak tau nak citer ape..hati Abil rasa tak keruan sangat..tak tau la apa sangat yang Abil fikirkan..apa2pun...dah alang2 Abil start taip...moh kita sama2 share satu story..

Pernah sakitkan hati orang tak? Tipu la kalau jawab TAK..hehe..Hari ni Abil rasa Abil macam dah buat orang terasa hati dengan Abil..tapi Abil pretend macam takde pape yang berlaku walaupun hati ni Allah je yang tahu..pedih yang amat..lebih pedih daripada sakit gastrik yang sedang melanda pada ketika ni..tak pasti jugak camne leh salah faham..*ni ayat cover line..yang sebenarnya tahu punca tu..cuma taknak la reveal sangat kat sini.. tapi yang pasti...salah Abil pun ade di situ..bukan salah satu pihak... Rasa macam nak buat lawak tapi tak sangka pulak lawak Abil tak menjadi..ye la..terasa la jugak bila buat lawak orang tak hirau...macam bila kita cakap 'I LOVE YOU' kat seseorang tapi dia tak perasan..mesti la terasa...tapi bila tengok muka serius...dahi berkerut 1000...mmm...pikir2 balik...hati terdetik,
"tengah sibuk agaknya..."

~~tapi hati menyebut dalam keadaan sayu..so..tahan je la perasaan.. Papehal pun..apa untungnya nak sentap2 tak tentu pasal..bende yang berlaku pun bukannya besar sangat..lagipun kita sebagai manusia yang matang tak perlu rasanya terlalu memberontak..tapi yang pastinya sebab perasaan EGO yakni masing-masing taknak mengaku kalah..jadi tu yang berlaku perbalahan kecil..dah bila yang ni dah cakap gini...yang tu pun kata begitu...tak tau dah mana satu yang betul mana satu yang salah..aduhai...Abil cepat je mintak maaf sebab taknak panjangkan perselisihan..nanti kalau level up..lagi hangat..lebih hangat dari biasa...fuhhh...lagi susah nak berbaik..atau mungkin kebarangkalian nak berbaik semula dalam jangkamasa yang cepat tu belum tentu datang...Dalam pada hati tengah panas...bergelodak dan kembang2 dada ni..hujan pulak turun dengan lebat kat luar rumah ni..hati Abil terus berbisik,

"Ya Allah, Kau seakan tahu hati ku sedang menangis pada ketika ini..."

Tiba-tiba, hati Abil terbit rasa sayu...Abil rasa, tak patut la terlalu ikut perasaan..dan akhirnya Abil tak henti2 pohon maaf..sebab Abil tahu dia takkan mulakan dulu apatah lagi bila dia makin diam..sampai Abil cakap,

"Let yourself cool down dulu..take care..."

Yang sebenarnya hati ni jadi makin rindu..bukannya apa..bila dah selalu dengar dia berceloteh, share banyak story..gelak sana sini...bila jadi panas camni..tentulah sunyi sepi je rasa dunia..Hati melonjak-lonjak nak pergi mintak maaf peluk cium..errr..cium tangan...kikiki..tapi sebab hati masih panas..walaupun rindu..hasilnya EGO yang tak surut lagi..Abil pun buat2 diam dulu..

Tapi tu la...bila dah jadi hal begini barulah Abil benar2 rasa yang Abil perlukan dia sebagai teman yang selalu buat Abil senyum..bila Abil sedih..dia mesti tau..tup2 dia call tetiba tanya Abil ok ke tak..macam tau2 je Abil tengah susah hati..dan dia tak pernah berkira..kalau dia nak tegur..dia tegur je Abil..dan Abil rasa tak perlu kut nak terasa sebab dia tegur walaupun adakalanya ayat atau nada yang kasar tapi kalau kita fikir balik..ada logiknya..Jadi bak kata orang..kami ade keserasiannya..dan dia antara manusia yang Abil rasa Abil pun tak suka tengok dia sedih apa lagi menangis..kalau menangis gembira takpe..JANGAN menangis sedih atau kecewa..nanti silap haribulan Abil pulak yang kesedihan dan turut menangis.... (-_-")

"Muka je macho tapi dalam hati ade taman tau...."
petikan dialog filem Adnan Sempit (2010)

Dalam pada dok berangan taip blog ni tetiba handphone Abil berbunyi...tengok nama kat screen...haaa....dia call...bila angkat je...dia tanya khabar dalam suara yang ceria..Apa maksudnya tu? Dan bila masing2 mula gelak, Abil rasa...tak gaduh dah..Moralnya, persahabatan yang benar2 ikhlas tak mungkin akan putus sampai bila2. Kalau kita berkawan dengan seseorang atas niat mahukan balasan yang setimpal dengan pengorbanan atau usaha yang kita dah curahkan...persahabatan tu takkan jauh..Gaduh2 tu perkara biasa la..sikit punya hal, masing2 kan punya kelemahan..yang penting kita saling hormat menghormati dengan hak dan peribadi masing2..Abil sayang dia dan semua kawan2 Abil..(",)




Thursday, January 28, 2010

Jangan Menangis Sayangku (Pt3)

ABiL ada sorang member yang sekarang ni dalam kesedihan...daripada semalam dia sedih..kesian dia Abil tengok...dia seorang teman yang baik..tak pernah biarkan Abil dalam kesusahan mahupun kesedihan. Malah dia selalu buat Abil gembira..jadi Abil selak2 internet ni..Abil jumpe satu sajak..Abil nak kongsi dengan dia, moga2 dia akan lebih bersemangat lepas ni..
Don't Cry Little Angel
by chris

Don't cry little angel,
Your heart is in good hands.
You'll go the distance,
You'll travel distant lands.
Don't worry little angel,
Your tears will soon disappear.
You'll kill the pain and stand
With out fear.
Don't run little angel,
I won't let you down.
With my caress, and all the faith,
You'll forget how to frown.
Keep standing little angel,
Because I won't let you fall.
Believe it, I was there with
Just one call.
Don't hide little angel,
There's no need to conceal.
Don't fear what your thinking,
Don't fear what you feel.
Just sing little angel,
Let heaven hear the voice it made.
Your melody is strong,
Your harmony won't fade.
You can laugh little angel,
You just don't forget.
Laughing heals the soul,
No one's proven me wrong yet.
So smile little angel,
Release your beauty from within.
Destroy the past,
Let the future begin.
So don't cry little angel,
Because you can already see.
You can always and forever,
Forever count on me.


..Cik Noryn...jangan sedih tau.. (",)



Wednesday, January 27, 2010

How eh..? JOm bACe..

Hehehehe...SALAM utk you all..ni ABIL copy paste daripada satu website..sekadar ingin kongsi bersama.. :)

.

ADE yang berpuas hati? atau tak..? Kalau rasa salah..betulkan yee.. :P

Thursday, January 21, 2010

HARI ABIL yang GILA secara TIBA2 (-_-")

Hari ni kan...Abil ade shooting kat Istana Budaya..ade full dress rehearsal persembahan MakYung untuk malam besok 22 Januari 2010.. sebenarnya suatu ketika dulu, Abil tak berapa gemar dengan Makyung tapi lepas Abil ikut team production untuk dokumentari MakYung di bawah Badan Warisan...Abil tetiba semacam jatuh cinta dengan Makyung...baru Abil tau yang tarian Makyung ni ade keunikannya.. bukan sebab penarinya santek2...tapi kelembutan dan keasyikan mereka bercerita sambil menari..

Kebetulan Abil tengah tunggu yang lain2 datang..jadi Abil bukak2 le website tagged...Abil terjumpe ni...comel gak...saje nak share dengan korang seandainya hari gila Abil datang....mungkin bende2 seperti di bawah ni akan berlaku... (-_-")

...biLa Aku bOSaN...
<> ...kEgiLaAN sEpaNjaNg zAmAN...
...di mAsA kELapANgAN...
...mEmbUat tARiaN sAdiS...
...kuAk LENtaNg di hUjUNg miNggU...
...tEraSa diRikU ENsEm 24 jAm...
...kadaNg2 kuAt NaNgiS...
...wEh kENgkAwAN!!! aKU NaK giTaR!!!...
...kuAt mAjUk tAu!!!...
...sUkA mELaNcONg...
...HAkh

....Papepun....nanti bila Abil dah balik dari shooting..if ade bende2 yang menarik untuk dikongsi bersama...akan Abil ceritakan eh...tunggu Abil balik tauu... :))
bT*xJmx*PTEyMzc1Njg5NDA3OTMmcHQ9MTIzNzU2ODk1ODc5MyZwPTM2MzYxJmQ9d2FmLWNsb2NrcyZnPTEmdD*mbz*zOGFiYmY1YTkyNzU*YmUwYTM1ZjVlOGE3MjQxYzZiZg==.gif