ABIL's soulmate

ABIL's soulmate

Monday, November 22, 2010

Cerita Ceriti Abil bila serabut datang

Sabtu lepas Abil ada buat hal yang tak elok...demmit!

Abil rasa diri Abil ni bodoh sangat sebab tak hormat perasaan orang lain..nak nak orang yang Abil sayang..apa salahnya, biarlah menjadi rahsia antara Abil dan dia..tapi cukup la Abil terima akibatnya sebagai hukuman yang sewajarnya Abil terima atas ketidakmatangan Abil tu.

Padan muka!

So habis keje dalam kul 3.30 petang, hati yang rasa sungguh tak best..Abil balik rumah dengan jiwa serabut..takdak rasa nak makan pun. Sampai rumah, Abil naik atas, masuk bilik..and bummmm..Abil hempaskan badan atas tilam..baring sambil merenung siling..Abil capai bantal kecik dan dakap erat erat bantal tu.. (bantal busuk la kan)..bantal tu je la satu satunya bende dalam bilik tu yang selalunya akan buat Abil lena, yang buat Abil rasa senang bila layan perasaan.. hahaha...macam budak kecik la plak kan..upsss...malu je citer pasal bantal bucuk tuh..

Pejam celik pejam celik bijik mata ni..Abil cuba paksa diri Abil untuk tido kejap sebab orang cakap, tido adalah terapi yang baik..dekat setengah jam golek kiri kanan..tarik lepas nafas..baru la terlelap kejap.. susah jugak nak tido siang ni bagi orang yang tak biasa tido siang macam Abil. A'a, Abil tak reti tido siang sebenarnya dan Abil sememangnya bukan kaki tido..kadang-kadang macam best je tengok orang lain yang asal letak kepala kat bantal jek..dah berkeroh..haha..tapi hehe..tengok la time Abil betul betul letih, memang akan tido dan tak sedar apa apa dah lepas tu.. hehehe..

Papepun, sebelum tido Abil sempat kunci jam pukul 5.30 petang..ye la..taknak la biasakan diri layan tido sampai dah lewat petang. Nanti badan cepat letih, apa lagi kalau dah terlajak sampai ke senja..lagi la tak elok..Pukul 5.30 petang bila jam bunyi, Abil bingkas bangun..masuk bilik air, basuh muka dan buat apa apa yang patut. Keluar dari bilik air, duduk kejap kat ujung tilam tu..otak ni masih ada sisa sisa keserabutan yang melanda..betapa rasa kesal yang amat mendalam terguris dalam jiwa ni..fuhhh..ayat..Dalam hati ni, Allah saja yang tahu..dan Abil tak habis habis fikir,

"Apa yang aku patut buat ni?"

Then, Abil tarik nafas dalam dalam, salin seluar pendek..

"Haaa...nak gi jogging lah!"

Tu ungkapan yang terkeluar secara otomatik dari mulut Abil. Lagipun cuaca kat luar macam mendung best jek. Maklum la, ujan pun baru berenti. Hujan..hurmm..ntah kenapa setiap kali sesuatu berlaku yang melibat emosi sedih, mesti hujan..kebetulan kot kan..? Siapa tahu, mungkinkah hujan tu mewakili kesedihan dalam hati.. Aippp...apa la fikir macam tu? Hujan tu kan rahmat Allah. Kena fikir positif kan..

Abil start enjin kete, terus menuju ke taman belakang ofis Abil. Taman ni ade tasik dan sungai..betul betul kat kaki bukit..dan sini adakalanya menjadi tempat untuk Abil mencari ketenangan sambil beriadah. Sorry, Abil nak pergi layan jiwa jauh jauh, bajet pun kena jaga la..

Ramai betul orang kat situ. Ada yang sorang sorang macam Abil dan ada yang bawa keluarga. Meriah dengan suara budak budak. Paling ramai kat kawasan anak sungai. Bukan mandi manda, pengunjung buat aktiviti tangkap anak anak ikan..Best tengok..dan ada jugak yang ambil peluang dengan cuaca yang redup ni untuk sesi fotografi pengantin.. terhibur sikit hati bila melihat pelbagai ragam manusia kat situ.

Abil panaskan badan macam biasa sebelum start jogging. Ye la, kang kejang kaki, sendiri yang sakit sapa mau tolong? Dah cukup la diri sendiri cari penyakit untuk serabut..sudah sudah la tu Abil..

Padan muka lagi!

Sambil jogging, otak ni tak henti henti berfikir apa yang Abil dan buat. Kira sambil menyelam minum air la. Muhasabah diri kata orang. Ye la, Abil manusia, Abil juga bisa buat salah dan bila buat salah Abil mengaku kesalahan Abil dan Abil akan segera fikir balik apa yang Abil dah lakukan. Kadang kadang kita fikir kita ni dah matang, tapi sebenarnya kita masih belum matang dan kita masih lakukan kesalahan tanpa kita sedar. Abil belajar dari kesalahan. Mungkin ada hikmahnya bende ni berlaku iaitu, jangan la nak menyibuk hal orang lain..makan diri balik baru nak tersenyap..

Padan muka lu Abil!

Amik sebagai pengajaran.

"Ya Allah, pinjamkan aku kekuatanMu. Tenangkan jiwaku ini. Dugaan ini aku ambil sebagai tanda kasih sayangMu memberi petunjuk kepada kelemahan aku"

Itu saja doa yang dapat Abil titipkan untuk diri Abil setiap kali Abil lakukan khilaf. Moga moga Abil tak ulanginya lagi. Sakitnya, ibarat lukakan diri sendiri!

Hasilnya, Abil jogging atas tanah rata 1 pusingan dan naik turun bukit 2 pusingan. Tengok jam kat tangan dah pukul 7.10 petang, Abil sejukkan badan dan balik rumah. Jauh di sudut hati, ada sedikit kelegaan dan kepuasan sebab Allah masih sayangkan Abil dengan berikan Abil akal fikiran supaya tak lakukan bende bende yang tak sepatutnya bila dilanda masalah. Berdiam diri dan muhasabah diri adalah jalan yang terbaik.

Balik rumah, rehat kejap kemudian mandi..dan bila titisan titisan air jatuh ke kepala, setiap kali itulah ia bawa sekali pergi tangisan dalam hati dan juga segala perasaan sedih dan serabut Abil untuk hari tu. Abil turun bawah, tengok tv sambil sembang sembang kejap dengan budak rumah Abil. Dalam jam 9 lebih, dia keluar dengan bf dia. So tinggal Abil sorang kat rumah. Yang lain pun masih belum balik. Melayan tv saja la sampai pukul 11 lebih. Tutup tv dan naik atas, niat di hati nak tido sebab badan dah mula rasa letih. Ada baik jugak Abil pegi jogging petang tadi..hehehe..walaupun masih terfikir fikir gak benda tu. Baru nak lelap mata, handphone Abil berbunyi, berdebar debar jantung ni. Owh..budak rumah Abil yang keluar dengan bf dia. Dia dah sampai rumah, tanya Abil dah tido ke belum, ajak makan kat bawah. Abil bangun balik dan turun bawah semula. Ade ayam goreng dengan nasik putih. Teringat hidangan ayam penyet..hehehe..

Alhamdulillah..rezeki jangan ditolak. So sambil sembang sembang, makan dan melayan tv balik. Dia pun tak bertanya banyak kenapa Abil banyak diam. Maleh la nak citer, kang jadik citer panjang. Simpan je untuk diri sendiri lebih baik..sebab kalau Abil bukak cerita pun bukannya dia faham..

Malam tu berakhir lewat jugak sebab melayan citer hantu dengan bebudak yang lain yang baru sampai..dan plan Abil untuk keesokan harinya ialah..bangun pagi pagi untuk aktiviti panjat bukit..sebelum tido Abil sempat berbisik pada diri,

"Syukran ya Ilahi..diri ini masih bernafas atas redhaMu..!"

No comments:

Post a Comment

bT*xJmx*PTEyMzc1Njg5NDA3OTMmcHQ9MTIzNzU2ODk1ODc5MyZwPTM2MzYxJmQ9d2FmLWNsb2NrcyZnPTEmdD*mbz*zOGFiYmY1YTkyNzU*YmUwYTM1ZjVlOGE3MjQxYzZiZg==.gif