"buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali"..tu peribahasa yg kita selalu dengar.. Abil akui ada kebenarannya jugak untuk frasa yang pertama..tapi untuk yang kedua bila cakap tang jahat tu..hehehe...jarang le manusia ni nak baik sepanjang hayat kecuali para Nabi dan Rasul.. kita semua manusia, ada nafsu, ada akal..yang Abil kira adakalanya kita tak dapat nak sama ratakan apa yang kita fikir..kadang2 emosi yang melompat dulu..kadang2 akal yang mendahului emosi.. mana yang baik? mana yang buruk? bergantung pada situasi..
Abil pun ada jahatnya..tapi tak tau la setinggi mana jahatnya tu..nakal tu ada..menyakitkan lagi ada.. tapi, bagi Abil..orang yang buat baik depan orang, menabur budi depan orang supaya dapat meraih simpati dan buat orang rasa bersalah bila menyakiti dia..orang tu la paling jahat Abil rasa.. tapi Abil tak nak jatuhkan hukuman atau terus menghukum orang2 yang buat macam tu sebab kita pun tak tau sejauh mana keikhlasan hatinya.. niat atau nawaitu dalam fikiran dia.. Alhamdulillah la kalau dia benar2 ikhlas dengan apa yang diberikan atau dilakukannnya pada kita..tapi kalau dia mengharapkan balasan? Tak ke haru jadinya...kang ada yang sentap..sensitif...marah sana sini..pastu gaduh... Abil sebenarnya tak suka..kalau kita nak buat sesuatu, biarlah kita buat dengan hati yang ikhlas dan redha pada keadaan dan juga ketentuan..dan sekiranya apa yang kita taburkan tu pulangannya tak seperti yang difikirkan, kan lebih elok kita fikir, setiap yang berlaku ada hikmahnya.. sebagai manusia kita kan wajib beringat, kita akan sentiasa diuji Allah..besar atau kecilnya ujian tersebut, wallahu'alam... dan bagi Abil, lagi kita bersabar dan terima dengan tenang, insyaAllah bila kita diuji lagi, kita akn lebih banyak senyum..
P/s: Ikhlas dalam dan luar yeeee... :)
No comments:
Post a Comment