ABIL's soulmate

ABIL's soulmate

Tuesday, February 28, 2012

Kisah orang berhutang (Part 1)

Hai kekawan, sihat? Emosi ok? Alhamdulillah kalau ok. Kalau tak ok, banyak2 la bersabar dan beristighfar k. Abil baru balik keje. Penat kut otak neh. Hari ni gaji dah masuk. Alhamdulillah rezeki dan seberapa segera abil decided untuk settlekan mana2 tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Tanggungjawab bulanan yang wajib macam bayaran ansuran kereta, urusan bank, ptptn dan lain2 (yang mana tertangguh akibat keadaan kewangan yang tak berapa cantik beberapa bulan lepas). Ye la, gaji pun bukan besar sangat. Tapi alhamdulillah setakat ni masih hidup lagi..walaupun pernah di hujung nafas. Insyaallah, setiap kesusahan, jika kita yakin dengan Allah SWT, kita akan perolehi kemudahan untuk hadapinya asalkan kita bersabar, yakin dan berusaha.

Btw, abil ada terbaca akhbar berita minggu semalam masa malam sabtu lepas. Actually surat khabar tu dah seminggu dah berada kat rumah ni. Abil baru dapat membacanya. Abil terjumpa satu artikel yang abil kira amat berguna dan abil nak berkongsi dengan kekawan. Tajuk artikel tu, 'Orang Berhutang Mudah Bingung, Sedih" - Berita Minggu, 19 Febuari 2012, muka surat 14.

Haaa...amacam..? Menarik, kan tajuk tu? Tapi abil tak nak masukkn semua artikel tu. Abil hanya akan memetik sedikit kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW sebagai renungan kita bersama. Dan abil berharap apa yang abil titipkan ni kita dapat sama2 ambil sebagai panduan ke arah yang lebih positif.

'Dalam sebuah hadis ada satu cerita yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa pada satu hari Rasulullah SAW masuk masjid.

Tiba-tiba ada seorang sahabat bernama Abu Umamah ra sedang duduk di dalam masjid. Baginda SAW menegurnya,

"Wahai Abu Umamah, kenapa saya melihat anda anda duduk di dalam masjid sedangkan ini bukan waktu solat?"

Beliau menjawab,"Saya bingung memikirkan hutang saya, wahai Rasulullah."

Baginda bertanya,"Mahukah kamu saya ajarkan kepadamu satu doa yang sekiranya kamu membacanya, maka Allah akan menghilangkan kebingunganmu dan melunaskan hutangmu?"

Beliau menjawab,"Sudah tentu wahai Rasulullah."

Baginda kemudian bersabda,"Jika kamu berada di waktu pagi atau petang hari, bacalah doa (iaitu):

"allahumma inni a'uzubika minal hammi walhazan, wa a'auzubika minal ajzi wal kasal, wa a'uzubika minal jubni wal bukhli, wa a'uzubika min ghalabatid daini waqahrir rijal"

(Maksudnya: Ya Allah sesungguhnya saya berlindung kepada-Mu daripada dukacita dan sedih, saya berlindung kepada-Mu daripada lemah dan malas, saya berlindung kepada-Mu daripada pengecut dan bakhil, dan saya berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan penindasan orang.)

Kata Abu Umamah ra, selepas membaca doa itu, Allah berkenan menghilangkan kebingunganku dan melunasi hutangku.'

Doa ini sangat baik untuk diamalkan pada waktu pagi dan petang agar Allah membukakan jalan buat kita melunaskan hutang dengan mudah. Insyaallah. Abil setuju sebab kekuasaan Allah dan ada hikmah di sebalik kejadianNya. Kalau ada kekawan abil yang rajin baca buku mathurat, ada doa tersebut dan mesti korang pun tau, doa-doa dalam buku mathurat tu elok diamalkan setiap kali lepas waktu solat subuh dan asar. Dulu masa belajar kat kolej, abil duduk asrama, pagi2 lepas solat jemaah subuh, kami akan baca ramai2. Sekarang ni abil cuma baca bila berkesempatan. Abil suka sebab banyak doa dan setiap doa tu ada kebaikannya.

Baiklah..itulah sedikit kisah yang abil nak share dengan kekawan. Penjelasan di sebalik doa daripada Rasulullah SAW tu nanti abil masukkan dalam sambungan blog. Yang baik kita sama2 kongsi. Abil minta maaf kalau ada yang tersinggung dengan penulisan abil. Kalau ada salah sila2lah tegur yep..nak tido dah..mata abil dah 'sfero' ~ ni terma yg pernah digunakan masa zaman skolah dulu. (‾˛‾")ƪ(˘-˘)

Nite u ols. Wassalam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, February 27, 2012

mana mau lari...?

kulari ke hutan kemudian menyanyiku
kulari ke pantai kemudian teriakku
sepi… sepi.. dan sendiri aku benci
aku ingin bingar… aku mau di pasar
bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga jika kusendiri

pecahkan saja gelasnya biar ramai
biar mengaduh sampai gaduh
ada malaikat menyulam
jaring laba laba belang di tembok keraton putih

kenapa tak goyangkan saja loncengnya
biar terdera
atau aku harus lari ke hutan
lalu ke pantai…

sumber: http://syarihaghazali.blogspot.com/2011/03/puisi-rangga.html

a'a..abil tumpang copy dari blog beliau..puisi ni semacam terngiang2 dalam otak abil lately..*sigh

Lepak2 santai Abil dengan kekawan SDF

Seronok sangat2 hari ni sebab abil dijemput lunch ke rumah kekawan. Cik gyena masak kari ikan. Yup that is one of my favorite dish tau kalau u ols nak tahu. Abil adalah peminat kari tegar. Walaupun abil bukan orang utara sejati yang sangat sinonim dengan masakan kari dan berasakan rempah tapi abil membesar dengan hidangan2 berunsur itu. Terima kasih ye cik gyena, alhamdulillah. Semoga murah rezeki cik gyena. Sedap :) sorry le abil x amik sebarang gambar hidangan. Ni abil share cerita pun da ok kan..u ols bayangkan je la ek..kalu terliur, pegi la masak sendiri or gi makan kat kedai..kikiki..

So lepas makan2, memandangkan takde aktiviti yang spesifik, kami semua lepak depan tv. Kat luar cuaca di putrajaya mendung. Angin pun sepoi2 jek..sikit lagi nak ujan sebab awan hitam dan nampak heavy. Mula2 melayan drama. Dengar dah suara2 music berirama..abil pusing belakang, ohooo ade kekawan yang sudah lena dibuai kekenyangan. Seronok tengok orang yang senang tido di waktu siang. Abil ni payah sangat2 nak tido siang kecuali keletihan melampau masa shooting ataupun kalau abil jatuh sakit. Yeaa..sakit ubatnya tidurrrrr :D

Lepas tu layan siaran ulangan 54th Annual Grammy Award kat channel Starworld. Oh yes, abil peminat Adele. Jadi sesiapa yang meminati dan mengagumi Adele sure leh bayangkan betapa diri ni tak kisah nak menonton siaran ulangan tu berkali2. Huehuehue..ye cik noryn, she's my girlfriend oso hokay babe..duhhh.. :P I mean Adele la..hehe karang ado pulak yang salah tafsir ayat abil ni..langsung meroyan tak tentu pasal..hohoho..not funny abil..upsss

Abis siaran tu, kami tengok berita pulak. Al-maklumlah, hari ni tak beli surat khabar..makanya berita perlu ditonton untuk pengetahuan am tentang dunia semasa. Nanti tak tahu ke belakang la kita yeee..and of course diselang-selikan dengan sembang-sumbang. Haippp..takkan la kekawan lepak semua nak membisu..kan molek jugak berborak2 macam2 perkara dan cerita. Owhhh beghak..hehe..dan masa yang dinanti-nantikan tiba..apekah itu? Ape lagi kalau bukan menonton filem bersama-sama. Bukan di pawagam tapi di astro first. Yeah..setelah semua bersetuju apa cerita mau tengok, cik gyena selaku tuan tanah, subscribe la filem kum kum. Ha kau..citer hantu. Menguji keberanian hati tikus masing2. Seperti biasa ada la kerabat yang menjerit sebab terkejut..ada jugak yang berselubung selimut dan ada yang menutup muka dengan bantal. Kalau korang yang buat bende2 tu baca blog abil ni, sorry tau, ni gurauan jek. Don't sentap2 hokayy.. Abil sendiri terjerit manje gitu sebab terkejut. Tapi abil tak rasa seram sangat la, 'segan' tetap ada dalam hati. Kikiki. Daripada ada plan nak jumpa member kat bawah block, abil terus bbm dia cakap tak payah nak mai la. Alasannya tengah tengok citer hantu dan abil 'keseganan'. Nasib baik la member abil tu pun tak jadi datang. Katanya berada di Cheras. Good..good..

Dan acara lepak2 santai ni berakhir jam 11.30 kurang lebih sebab masing2 ada komitmen keje sok. Itupun lepas tonton drama komedi sebagai pengubat jiwa penyedap rasa. Maka masing2 pun beransur balik ke kawasan masing2. Masa drive balik, abil nak hilangkan rasa ngantuk, abil dengar la radio. Lagu jejiwang le pulak kat suria.fm ni. Tapi ade satu lagu yang betul2 da lama abil tak dongar..fuhh...terjerit2 abil di dalam kete walaupun pitching abil ke laut dalam..nak tau ape lagunya? Ha...ni liriknya..

Gelora melanda di dalam hidupku
Dapatkah kucari tenang
Awan kelabu menutup cahaya
Masa kurasa sinarannya

Sampai bilakah aku menahan tangisan
Yang berlubuk dalam jiwa
Namun ku mampu tersenyum
Pada isi alam
Dan padamu, yang mengcewakan
Tiap harapan hatiku
Kini membeku dan kau pun membisu

Gelora melanda didalam hidupku
Dapatkah kucari tenang
Hilang di jiwa
Wajahmu sering kujumpa
Serasa beratnya
Jiwa tertekan

( korus )
Serasakan ingin ku bertanya
Padamu takdir yang lama di sana
Mengapakah aku diperlakukan
Dengan beban cinta yang kecewa

Relalah aku menerimanya
Kutahu esok tiada serupa
Moga ada rahsia kekecewaanku
Bagai penawar ketenangan

Dalam hidupku berilah sinar
Beraraklah awan yang kelabu
Tidak salahmu
Yang menghancurkan
Dan demi Tuhan Yang Esa
Bahgialah dikau

Tau tak lagu ni? Pernah dengar tak? Ni lagu Aida Agil yang pernah fofular satu ketika dulu. Tajuknya 'Segalanya Pasti'. Yo..jangan fikir yang bebukan..abil memey suke layan lagu yang terjerit2 time driving malam. Bukannya apa, nak hilangkan rasa bosan dan ngantuk drive sorang2 daripada putrajaya ke damansara. By the way, lagu ni liriknya bagus jugak kan sebagai motivasi pada mereka2 yang sodang merasa kecewa. Ceiwahhh...(‾˛‾")ƪ(˘-˘)

Nite u ols. Abil signing off dulu yep. Nak main2 ngan kesayangan abil ni..ala tomei..tomeiiiiii....sape lagi kalu bukan si Citam..(Anak angkat je tau, abil jaga sementara mummy dia uruskan anak2 yang lain) - peace -

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, February 25, 2012

Abil lepas tonton 'More Than Blue'

Hi kekawan..abil baru je lepas tgk satu cerita korea. Tajuknya 'More Than Blue'. What an interesting story yet sedih sangat. Filem ni telah release pada bulan Mac 2009 dan sebab abil tak buat apa2 sangat cuti ni melainkan lebih banyak habiskan masa di rumah, abil pun tengok je la. Asalnya tak tau nak tengok channel apa so layankan je la citra. Yup, abil akan jadi seorang yang melekat depan tv kalau tak keluar bila cuti selain daripada membaca buku, novel atau surat khabar. Al-maklumlah, kite ni jarang-jarang ada kat rumah kalau dah sibuk. So secara ringkasnya, inilah sinopsis cerita tu.

"Radio producer K was abandoned by his family. Lyricist Cream lost her family to a car accident in a split second. These two people continue their lives filling in each other's longings like family, friends and lovers. But K has less than 200 days to live. When he's gone he knows she'll be all alone. K decides to find someone who can be with her for the rest of her life. Joo-hwan is a dentist, a kind and gentle soul. But most importantly, a healthy human being, someone who can be by her side. Joo-hwan falls in love with her the moment he sees her." - sumber http://www.koreanfilm.or.kr

Alternative tajuk filem seperti yang dinyatakan ialah "A Sadder Story Than Sadness", "Sad Sad Love", "Sadder Than Sadness"....huhu yup kalau ikutkan pada tajuk alternatives tu memey le kena dengan storynya. Tapi takpe, tajuk 'More Than Blue' tu catchy and tak klise.

Antara part yang menarik dalam cerita ni ialah dialog bila K persoalkan 'apa yang sebenar' lepas dia dikatakan berada dalam cinta palsu..jawapan yang dia perolehi..

"Bila lapar, makan..bila sakit, menangis..kau tak sepatutnya memendam dalam hati"

Abil setuju dengan kata-kata tu..sangat mendalam dan abil harap abil tak seksa diri abil..insyaallah..

So kalau kekawan nak tengok cerita ni..abil rasa memang bagus untuk ditonton. Pada yang 'kaki cembeng', hehe standby la tisu k. Dalam internet, rata-rata reviewers bagi review yang bagus dan ada yang berikan 9 bintang. Haaa...amik kau..kikiki..

Selamat menonton :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, February 22, 2012

Ce imagine

Badan dan otak letih pastu memandu atas highway yang panas terik dan sunyi..

Test kedua dr abil

Td kita try tapi bkn dr hp. N then kita try2 byk kali..ni kita cuba lagi dgn bantuan seseorang...thnk you..

If berjaya masuk...I would like to say..thanks for ur help dear...love u like a love song bebeh..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Test

Test
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

percubaan

kite sedang cuba taip guna henpon bb..

2nd day of dubbing at finas. semoga segalanya berjalan dengan lancar..insyaallah :)

Tuesday, February 21, 2012

cebisan cerita awal tahun 2012

hai...it looks like this is my 1st entry for this 2012..nampak sangat dah lama abil x update blog.. yup..abil agak bz..and bila depan komputer or laptop..takde idea nak menaip..bila da balik rumah idea datang tp mood nak menaip tak kunjung tiba..well, hopefully u guys readers masih ada yang sudi membaca apa abil nak mengarutkan..

as usual..abil sambut birthday dalam keadaan yang sederhana..xde apa2 sambutan pun pada tarikh keramat tu mahupun yang sewaktu dengannya..kekawan abil masing2 sibuk..x ape la..lagipun abil dah 3 series...wahahaha..bakpe nak sambut2..segan (kata hati)..cukup la seandainya ada yang ingat nak wish, dah memadai..terima kasih abil ucapkan..sebulan kemudian baru ada yang menyambut..buat surprise untuk abil..terima kasih jugak..terharu rasa di hati walau macam2 berlaku..masa tarikh keramat tu abil keje, tak amik cuti pun macam birthday tahun2 yang lepas..ye la..kalau abil amik cuti pun abil nak ke mana..bukannya ada sesiapa pun..baik juga la abil keje..dapat wit..terima kasih pada seorang teman yang bawak abil makan kat kampung baru..sangat2 hargainya (abil simpan dalam hati sampai bila2 tau).

bila umur dah meningkat ni..semakin hari semakin banyak perkara yang berlaku yang menguji kesabaran..jatuh bangun..sakit sihat..susah payah...sedih lara..duka gembira..banyak..abil admit...abil ni agak panas baran..apa lagi kalau orang yang abil tak suka..tak hormat dengan kata2 sendiri..buat sesuka hati..abil jadi panas..dan juga kepantangan abil bila orang tak berterus terang dgn jujur..dan tak ikhlas tentang sesuatu..sedih hati kita orang tak nampak..sedih hati orang kita nampak..begitulah sebaliknya..kalau abil tak puas hati..abil suka bertanya..abil akn dptkan jawapan..ade sesetangah orang mungkin lupa..kita manusia ni dianugerahkan akal fikiran dan naluri yang adakalanya melangkaui tahap pemikiran kita...tahap perasaan kita..bila kita rasa ada sesuatu yang tak kena..walau digolek perasaan ke kiri atau ke kanan untuk tak memikirkannya...satu detik yang sampai tiba2 pasti akan terngiang2 dalam fikiran. masa tu la segalanya terkeluar..kalau kita menyimpan rasa sedih yang menggunung saban hari, saban waktu...sampai masanya..meletus juga keluar..nak berkata tidak abil tak reti..betul...abil memang tak reti nak elak..atau nak avoid..atau nak kata.."sorry..tak boleh"...apa2 pun.."ok..boleh je.." takpun.."ok..takpe la.."..dan bila ada di antaranya memakan diri abil..hanya doa pada Allah saja yang abil mampu panjatkan..semoga hati ni tetap kuat dan tabah...amin :)

kalau orang tanya abil..apa azam tahun baru...baik tahun kafir mahupun tahun Islam..abil seboleh2nya nak kehidupan yang lebih baik dari sebelum ni..berusaha sedaya mungkin..dan abil harap hati abil tak jadi bahan permainan...bila abil benar2 serius..abil sedih...jangan la buat hati ni menangis sedangkan abil tak suka buat orang menangis bagi yang selayaknya gembira..abil banyak diamkan je...abil hanya meluah pada yang perlu...bicara pada yang sudi mendengar dengan ikhlas...biar la orang nak berkata2...biar lah orang lain nak menuduh...biar lah orang sekeliling nak bercerita...biarlah satu dunia nak bercakap...selagi diri ni masih kuat...insyaallah takkan tergugat sikit pun pendirian mahupun perasaan..abil pun kadang2 pendirian ni berubah2 jugak bila syak wasangka singgah di hati..tapi ada sesetengah perkara..abil akan pegang dan ingat sampai mati..bukan hanya pada perjanjian..walaupun pada pengzahiran kata2 dan perbuatan..degil jugak si capricorn ni..hahahahaha...tapi tak bermakna diri ni kejam nak ikut kepala sendiri..ada perkara yang abil takkan memaksa...sebagaimana abil tak suka paksa orang..tahu sakit hati dan bengang bila dipaksa sedangkan itulah perkara yang tak disukai..dan abil sendiri tak suka dipaksa..biarlah ia berlaku atau berlalu dengan sendiri bila redha dan pasrah datang...Allah tak kejam tau...apa yang Dia berikan biarlah kita pandang pada sudut positif dan peganglah pada diri..setiap yang berlaku ada kebaikan yang tersembunyi...tak perlu datang bersegera tapi insyaallah perkara yang baik2 sentiasa menanti lambat laun..itu janji Allah..dan janji Dia adalah janji yang paling hakiki..Allah tak berdusta dengan hambaNya..tapi hambaNya yang paling banyak berdusta..bukan saja sesama sendiri tapi dengan diri sendiri jugak..apa dan siapa..hanya diri sendiri dan Dia saja yang tahu...wallahua'alam..

bercakap tentang panas baran..ye...abil bukan seorang yang sempurna..tapi abil juga cuba sedaya upaya jadi seorang yang penyabar...tersasar pun tetap berlaku..hah..bila hati melebihi akal..tersasar la jawabnya..maaf yang selalu abil ucapkan dan abil tak putus2 memohon kemaafan pada seispa saja yang abil sakiti secara diam atau terang2an..kalau tak depan2..biarlah melalui perlakuan abil..faham sendiri sudah..kalau salah abil mengaku..abil bukan suka2 senyap dan sembunyi kesalahan...maaf..kita tak bisa menyimpan kesalahan kita sesama manusia hingga jatuh dendam..sekadar beringat untuk simpanan hari tua.."dia pernah berikan aku masalah, maka aku perlu jauhinya"...belajar la sikit2 untuk letak dinding di depan mata pada mereka2 yang menyakiti abil dan tak mahu mengaku kesilapan sendiri...makan dalam yang taknak..nauzubillah..

sekarang ni alhamdulillah, sikit2 abil cuba untuk baiki diri abil..umur kita makin meningkatkan..smpai bila kita melakukan kesilapan yang sama..dan sampai bila kita nak biarkan orang lain menindas jiwa kita..sampai bila kita nak biarkan kelemahan kita menjadi penghalang pada kejayaan kita untuk dapatkan sesuatu yang menggembirakan kita... insyaallah abil.."jangan pernah patah semangat" - itu kata2 dalam hati.

di akhir kata...abil sayang semua yang menyayangi abil dan sudi terima diri abil dengan seadanya..kalau ada kelemahan yang nyata..jangan la takut nak menegur..sebab kita tak selamanya tahu apa2 saja yang kita lakukan tu menyenangkan semua pihak..

salam ukhuwah pada yang membaca :)
bT*xJmx*PTEyMzc1Njg5NDA3OTMmcHQ9MTIzNzU2ODk1ODc5MyZwPTM2MzYxJmQ9d2FmLWNsb2NrcyZnPTEmdD*mbz*zOGFiYmY1YTkyNzU*YmUwYTM1ZjVlOGE3MjQxYzZiZg==.gif