ABIL's soulmate

ABIL's soulmate

Tuesday, November 19, 2013

Untuk Adik

Baru-baru ni adik bongsu abil selamat menjalinkan pertunangan dengan kekasihnya. Majlis tersebut berlangsung secara sederhana pada 2 Nov 2013. Alhamdulillah. Nanti abil citer lanjut la bila gambar dah siap adik edit.

Untuk entry ni, abil nak share puisi yang adik buat khas untuk adik..

Adik
Mcm semalam depan ku kau bertatih
Kau ketawa gembira tanpa letih
Hilang segala rs perih

Adik
Mcm semalam kau ku dukung
Tangan sebelah ku pegang payung
Elak panas asal tak senandung

Adik
Mcm semalam kau tidur di celah kangkang
Hati rs nak bagi terajang
Tp tak boleh sbb aku sayang

Adik
Mcm semalam pipi gebumu aku tampar
Kerana lancang mulutmu mencabar
Ingatan utkmu, pd ibu jgn kurang ajar

Adik
Mcm semalam aku ditegur ayah
Katanya, "Yang bongsu beralah sajalah.
Nak cubitnya pun ayah x pernah"

Adik
Esok lusa kau akan dirai
Bakal disarung cincin dijari
Bahagiamu sedang menanti

Adik
Kata 'macam semalam' tu akan aku simpan
Tak mungkin berulang, itu kan kenangan
Semoga kasih syg kita sentiasa berkekalan

Haaaaa.....gitulah puisinya..Tahniah, adik. Langkah pertama berjaya..dan semoga segala urusan dipermudahkan Allah hingga langkah seterusnya.. Amin
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

bT*xJmx*PTEyMzc1Njg5NDA3OTMmcHQ9MTIzNzU2ODk1ODc5MyZwPTM2MzYxJmQ9d2FmLWNsb2NrcyZnPTEmdD*mbz*zOGFiYmY1YTkyNzU*YmUwYTM1ZjVlOGE3MjQxYzZiZg==.gif