ABIL's soulmate

ABIL's soulmate

Tuesday, August 16, 2005

Keje AKU ke...keje KORANG?

3 HARI..

selama 3 hari aku diarahkan ikut shooting program ramadhan dengan team baru...satu pengalaman yang "menyengalkan"...aku dah penah ikut program ni sebelum ni malah dah kluar tv sebanyak 13 episod..tiba-tiba untuk musim kali ni kami terpaksa serah tugas pada orang lain...tapi kalu ditanya apa perasaan aku...huh...dahtentu aku akan jawab SENGAL..

sakit badan campur sakit hati semua ada...aku difahamkan pada mulanya sekadar ikut untuk monitor sikit2 di location...dorang buat keje tapi ikut sistem dorang la agaknya...tapi yang tak bestnya...idea kitorang sikit pun tak diendahkan...then tak ikut sistem yang betul..editor komplen tentang rushes..kenapa takda board..ntah la labu...itu arahan director..yang aku pun tak faham apa director ni sebenarnya nak... dia nak shooting tapi bila tiba time shooting dia tak bincang ngan cameraman...dengan talent...apa yang dia nak...atau dia patut tahu sebelum shoot...main belasah je...aku kena jaga props...tapi untuk beberapa hari je...then aku rasa tugas tu akan disempurnakan oleh 2 org PA freelance...tapi aku pun tak fhm kenapa dorang tak hargai barang2 tu...sebelum shooting aku beriya packing dan buat list baik2 untuk dorang...tapi masa shooting aku yang packing bawa g location...then abih shooting...tolong angkat pun tak...expect aku bawa balik...aku harapkan dorang alert dengan situasi shooting sebenarnya...walaupun jadi PA (aku pun PA)...tak semestinya asyik pegang board logging je...amik TC...jaga la props...kalau ikut kefahaman aku...shooting ni biasanya kena ada teamwork...kalu masing2 asyik ikut kepala angin masing2...macam mana keje nak smooth...?

papepun aku berharap 13 episod untuk musim baru ni berjalan dengan lancar...jgn harapkan orang akan tanya untuk mintak tolong...tapi biarlah kita yang pergi bertanya untuk menolong...

Wednesday, August 10, 2005

NaLuRi IbU

9:43am

Naluri seorang ibu itu kuat terhadap anak yang disayanginya..

Baru-baru ni aku dilanda masalah yang sebenarnya aku sendiri tak tau apa sebenarnya. Mungkin juga masalah-masalah yang dah lama terhimpun dan terkumpul sebelum-sebelum ni yang aku sering mengelak daripada memikirkannya. Kalau terfikirpun mungkin sekali scan je..hehe. Tengah aku sibiuk melayan kerja di ofis, hp aku berbunyi..mak rupanya! Ayat pertama yang dia keluarkan,

"Kau ok ke?"

Aku selalu fikir mungkin juga satu kebetulan bila mak tanya soalan tu yang maksudnya..

"Kau apa khabar?"

Tapi setiapkali aku rasa tertekan, hati aku terlalu sayu, sedih dan air mata aku membuak-buak nak keluar tiba-tiba mesti telefon aku akan berbunyi...dan mak la yang telefon aku. Aku memang perlukan seseorang untuk luahkan rasa sedih dan tension, mungkin aku takkan ceritakan apa yang sebenarnya aku rasa atau hadapai (kalau terlalu peribadi)...dan bila orang yang aku harap-harapkan tu muncul ---> satu kelegaan dan aku sangat-sangat bersyukur!

Ini membuatkan aku lebih menghargai mak...sayang mak...Mak seperti dapat rasakan yang anaknya ni dilanda masalah dan perlukan seseorang. Naluri seorang ibu takkan benarkan anaknya bermuram atau bersedih. Aku bangga mempunyai seorang ibu yang aku panggil mak. Mak manusia yang paling tepat untuk aku berkongsi masalah (walaupun tak semua la) tapi sekurang-kurangnya mak selalu bagi satu panduan atau pendapat yang bernas...untuk anak-anaknya yang masih lagi mentah dalam menjalani kehidupan sebenar..

Sebenarnya yang membuatkan aku rasa mak dapat rasakan aku tengah sedih ialah bila aku tanya kenapa dia telefon aku sedangkan dah telefon sebelum ni..jawapannya..

"Mak saja tengah lepak tengok TV..teringat nak telefon kau..tu yang terus telefon tu..."


Wednesday, August 3, 2005

BOSAN!!!

BOSAN!!!

...hari ni takde kerja yang spesifik la..aku pergi tempat editting semata2 hantar tape kosong untuk editor buat transferring. Aku dah terbiasa dengan hari2 semalam yang mencabar..aku buka semula catatan2 dalam buku log kerja aku sepanjang editting selama 3 bulan. Penuh! daripada 8 Jun 2005 sampai la semalam tarikh akhir aku belanja editor makan pakai duit company, 2 Ogos 2005.. itu baru online..belum kira lagi offline..kalau offline aku dah terlibat sejak seminggu habis shooting pontianak bulan Febuari lalu. so kalu dikira, tambah dan tolak semuanya ada la dalam 5 bulan..kira ni keje setahun la..Filem Pontianak Harum Sundal Malam II ni sebenarnya aku dah terlibat dekat setahun atau pun lebih setahun..daripada bulan puasa tahun lepas (Oktober 2004) sebab ada rehearsal lakonan di studio..aku sekali-sekala buat rakaman semasa rehearsal (semuanya sekali ada 100 lebih tapes) yang akan digunakan dalam making of..then shooting start lepas raya aidilfitri..dalam 21 December 2004...berakhir lepas raya cina sekitar bulan Febuari...sambung editting sampai la seperti yang aku dah tuliskan dalam ni..tape HD 32 final grade Reel 1 dan 4 dah selamat sampai ke Hong Kong hari Selasa lalu untuk test transfer ke filem (output process - telecine)..esok bos-bos aku (Director - Shumi dan Producer - Kak Aida) akan berangkat ke Hong Kong untuk tengok hasilnya dengan bung Filus, Director of Photography, yang akan terus berangkat dari Indonesia..aku plak menggigil kat sini coz sekiranya ada masalah yang datangnya dari Malaysia...aku lah antara manusia yang bakal bertanggungjawab...sebab aku yang sediakan tape final grade ni sebelum dihantar ke Hong Kong..ADOI!!!

...papepun aku berdoa semoga segala-galanya berjalan dengan lancar di sana..

A-Min!!
bT*xJmx*PTEyMzc1Njg5NDA3OTMmcHQ9MTIzNzU2ODk1ODc5MyZwPTM2MzYxJmQ9d2FmLWNsb2NrcyZnPTEmdD*mbz*zOGFiYmY1YTkyNzU*YmUwYTM1ZjVlOGE3MjQxYzZiZg==.gif