ABIL's soulmate

ABIL's soulmate

Sunday, April 15, 2012

Abil...ape cer?

Assalamualaikum.. :)

Selamat hari minggu ye. Pada yang bercuti, gunakanlah masa cuti sebaik2nya dan pada yang bekerja macam abil, alhamdulillah, rejeki tuuu.. Ya, daripada subuh sampai malam abil bertahan semata2 dateline untuk satu job last minit. Walaupun hari ni Sabtu, budak2 opis yang lain pukul 2-3 petang dah balik. Abil punch out jam 8.30 malam. Itupun lepas keje2 monitoring shot2 kesan khas (special effect) yang nak diguna pakai secara sementara (bukan final) untuk tujuan preview Isnin ni telah siap. Terima kasih pada Zeke, Nicky, Usaid, Rivai dan Andy (special efx artist), bertungkus-lumus siapkn seberapa segera kira2 hampir 100 shot. Maaflah, abil bukan memaksa kalian tapi itulah tugas abil, to make sure everything ada walaupun tak final.

Ni la masalahnya bila 'orang besar' nak tengok benda yang belum ready, kami yang terkangkang2 nak siapkan siang dan malam dalam masa 5 hari. Mesti korang fikir 5 hari tu cukup lama kan? Terus-terang, keje-keje ni kalau ikut timing yang betul, akan ambil masa 4-5 bulan tau bukan 5 hari. Tak percaya? Tapi itulah kenyataannya. Keje2 dubbing suara abil pun terpaksa abil tolak tepi dulu kecuali bila Rusdi nak datang pada hari Jumaat lalu untuk final dubbing, abil curi masa siapkan dialog2 yang akan digunakan. Abil tak dapat balik opis lama2, dah dekat seminggu abil bertapa kat banglo (post house). Nasib baik la nota2 dubbing memang sentiasa abil bawak. Nah..menaip la kat banglo sambil2 menunggu keje yang satu lagi tu siap stage by stage kemudian email terus pada kak Halina (supervisor abil) sebab dia incharge dubbing. Minta maaf kak ina, I cannot be in the room for that day coz I'm stuck for another urgent job. Alhamdulillah, dia faham and give and take sebab we work in a team. Abil cuma berpatah balik opis-banglo sekejap2 sebab nak solat. Ada yang tanya, kenapa tak solat saja kat banglo? Abil cuma senyum dan berseloroh,"Banglo sesak kak, ramai sangat orang, semua bilik digunapakai, saya lebih selesa di opis sebab ada ruang privacy walaupun hanya stor simpan file."

Dan esok Ahad, abil kena sambung keje lagi untuk final export. Semoga segalanya dipermudahkan-Nya. Sebab tu bila ada seorang sahabat bbm abil tadi tanya adakah abil akan berada di taman tun esok, abil jawab ya. Abil tanya kenapa, dia jawab, esok kebetulan dia akan ke taman tun untuk satu acara dan nak ajak abil lunch. Boleh je. Abil simple jek, kalau cakap betul2 dan ada kesempatan yang sesuai, abil pasti datang.

Sekarang, baru abil dapat relax sesambil tengok tv. Sebenarnya tadi abil dapat satu panggilan daripada seorang sahabat. Kebetulan abil on the way balik rumah. Dah kat belakang tv3 dah pun. Henpon bb ni berbunyik2. Bbm masuk berdenting2. Sambil memandu, abil angkat dan baca bbm tu (jangan amalkan bermesej sambil memandu tau..ngehh). Mesej yang jelas maksudnya,

"Kau tengah buat apa? Boleh tolong aku tak?"

Abil balas, "Aku baru habis keja. Why?"

Tunggu balasan daripada dia, tapi tak berbalas2. Abil bagi signal dan berhenti di tepi jalan. Abil taip lagi mesej.

"Aku berhenti tepi jalan ni. Let me know nak tolong apa?"

Tak berbalas jugak. Abil taknak buang masa, abil call.

"Kau ok ke? Nak tolong apa? Aku berhenti tepi jalan ni.."

Dia jawab dengan suara yang agak perlahan,"Mmmm...takpe la. Nanti aku roger."

Aiiii...pelik...tapi takpe la. Abil pun taknak paksa. Dia nak bercerita, dia akan bercerita. Jadi abil drive balik rumah. Parking kereta, masuk rumah (oh rumah gelap, seperti biasa, malam minggu kan..budak2 rumah memang jarang ada di rumah. Kalau abil tak keluar atau balik Seremban, kebiasaannya abil sorang2lah. Takpe, dah biasa). Lepas salin baju, abil turun ke hall, rendam megi. Malas nak tapau makan tadi. Iya iya..ini malam kan ada konsert Mania kat Astro Ria. Ok jugak kan..have my own sweet time. Satu suap, dua suap, tiga suap..konsert pun baru masuk lagu kedua. Masuk suapan megi ke-4, berdenting bbm masuk. Abil baca,

"Yat, amik aku"

? Berdebar2 jantung ni. Ligat otak berpusing macam kipas siling ni..apa dah jadi? Abil reply "ok" dan abil terus gogok megi tu segelojohnya. Hehe tak elok la kot nak tinggalkan makanan macam tu saja. Naik bilik, salin baju (uhh tak sempat nak mandi tapi takpe la, abil tau teman yang tadi ni sedang dalam masalah, kalau tak dia takkan mencari abil dalam keadaan begini. Isteri orang kot nak keluar malam2). Ya, teman abil ni dah berkahwin. Daripada zaman bujang dia, kalau dia dalam masalah, dia akan cari abil. Bukan setiap hari dia ada masalah tapi yang pastinya masalah yang besar2. Dan kali ni abil tau, dia tengah serabut yang tahap maksimum.

Tanpa berlengah, abil start enjin keta, and drive all the way to...rumahnya. Tawakal je la kan, duit dalam wallet ade bawah RM20 jek. Duit claim next week baru masuk kot. Isi minyak RM10, cukuplah kot. Berdesup abil drive ke tempatnya sambil otak ni tak henti2 bertanya sendiri apa dah jadi..

Sesampai di situ, dia dah tunggu abil kat luar pagar. Masuk je dalam kereta, ayat pertama yang keluar daripada mulutnya,

"Marriage is sucks!" Dan kendian dia senyap saja. Abil pun taknak tanya banyak, terus memandu kecuali tanya soalan,

"Kita nak ke mana?"

Dia hanya melepaskan keluhan dan jawab,"Pergilah mana2 pun. Aku tak larat nak fikir. Penat."

Abil cuma mengiyakan. Bila nada jawapannya begitu maknanya tempat makan bukan tempat yang sesuai. Dia mesti nak pergi ke tempat yang sejuk dan tenang. Fikir..fikir..yeahh ke bukit je la. Sebab masa zaman2 bujang dulu, we use to lepak kat atas bukit bila nak berkongsi masalah. Sepanjang perjalanan, dia lebih banyak diam. Abil cuma biarkan saja sebab abil memang begitu. Ada la sekali dua dia bersuara tanya abil, tak keluar ke dengan awek atau kekawan. Abil cuma senyum dan jawab,

"Masing2 sibuk. So takdelah yang mengajak. Takpe, sekarang ni, kau nak jumpa sebab kau yang tengah serabut. So no need to hear my life, I want to know yours. Whenever you ready, take your time. I'm not gonna push you to tell."

Mungkin ada yang tak percaya kan tapi itulah yang selalunya berlaku. Tanya lah kawan2 yang benar2 kenal abil. Insyaallah jawapannya akan sama. Abil akan tunggu saja. Kau ajak tiba2, kau ceritalah kecuali bila kita jumpa pada waktu2 yang bukan kau memanggil dalam keadaan begini, aku akan bercerita keadaan aku.

Agak2 dekat 20 minit memandu, akhirnya sampai ke destinasi, Bukit Permai. Cuaca agak sejuk sebab baru lepas hujan. KLCC dan Menara Putar pun tak kelihatan sangat, berkabus. Walau bagaimanapun, masih tenang. Indah sungguh ciptaan-Nya. Subbahanallah :)

Elok je abil parking, adiknya call. Mungkin tanya kenapa dia keluar rumah tiba2 dan ke mana dia pergi. Abil pun sebenarnya banyak benda nak tanya tapi abil biarkan je dulu, sambil dengar perbualan telefon. Tapi diawal2 perbualan, bila dengar nada suara dia agak tinggi, abil bagi isyarat 'aku nak gi smoking kejap kat luar kereta'. Dia angguk saja sambil mulut tak henti2 bercakap dengan telefon. Ye la, abil malas nak curi dengar sebenarnya sebab mungkin dia nak bercakap hal private kan. Habis sebatang rokok sambil menikmati view KL, sesekali abil menoleh ke kereta kat seberang jalan. Nampak macam tengah bergaduh. So abil decide, tak boleh la biarkan dia sorang2 lama2 dalam kereta kat tempat gelap, tepi hutan. Oh..complete set untuk 'benda2' yang tak elok join sebab dia pun tengah emosi tak betul. Huhu. Abil lintas, masuk dalam kereta dan alih kereta ke tempat yang lebih terang dan betul2 kat tempat abil berasap naga tadi. Dan bila, enjin dimatikan, ngam ngam perbualannya di telefon pun tamat dengan keluhan yang amat berat.

"Kau....nak sembang dalam kereta atau duduk di luar? Kalau nak duduk luar, ada kotak dalam kereta, boleh buat seat." Usul abil.

"Eh takpe la. Dalam kete je. Lagipun kat luar banyak nyamuk." Jawabnya.

"Ok..kau bergaduh?" Serkap abil.

"Hmmm...aku rasa, u have already know half of it coz kau ada dengar fon conversation tadi, kan.."

"Ya..aku dapat gambaran situasi secara kasarnya."

"Yes, kami bergaduh dan kali ni aku tak nampak apa2 lagi dah. Aku dah tak ada perasaan.."

Nah...selama ni abil mati2 ingatkan dia bahagia. Rupanya..makan hati. Patutlah abil tengok badannya makin susut dan keadaan pun serabai jek. Dia script writer yang baru nak berjinak2 dalam bidang script writing. Abil memang jarang jumpa dia sejak dia kawin. Ye la, menghormati la kot orang dah berumahtangga.

"I know, I shouldn't bercerita pasal hal rumahtangga apalagi keburukan suami aku, tapi yat..aku dah tak boleh tahan. That's why aku luahkan pada kau and i know all this while daripada dulu, u always there. Aku sakit, kau hantar ke hospital, dan kau tunggu aku sampai aku keluar wad, kau hantar aku balik dan kau tunggu sampai aku tido baru kau balik.." Antara perbualannya. terasa sebak dalam dada dengan sedikit penghargaan daripada seorang teman yang jarang2 abil jumpa di saat2 abil menghimpun kekuatan dalaman secara bersendiri di saat2 ni. tapi oh, sekarang bukan masa nak bercerita pasal abil, keadaan dia lagi penting untuk perhatian abil kerana kepercayaan dan kesungguhannya menghubungi abil pada malam ni. (Abil tak boleh nak sebut in detail lagi apa yang dibukakan. Cukuplah setakat korang faham apa yang sedang dia alami)

"Weh..relax la. Hal lepas la. Kita kan kawan sampai tua..hahahaha" Abil sengaja berseloroh supaya dia tak menangis.

Berkesan! Sebab dengar dia ketawa. Dan luahan demi luahan dia keluarkan. Dah lama rupanya. Daripada sebelum kawin lagi smpai la hal anak2.

"Suami kau ada tak kat rumah masa kau keluar ni?" <---ni la soklan yang paling abil nak tanya sejak dia bbm soh datang amik.

"Ada. Tapi dia tau aku keluar dengan kau sebab masa kau call, dia ada depan aku.." Jawabnya bersahaja.

"Dia benarkan kau keluar tak? Tau kan, hukumnya isteri yang keluar rumah tanpa izin suami?" Tanya abil lagi. Abil tak marah. Sekadar tanya lembut.

"Aku tau. Adik aku pun cakap yang sama. Tapi, aku rasa ini tindakan yang terbaik bagi aku daripada aku berlawan cakap dengannya. Kau tau kan, bila emosi, we tend to said something yang we never want to said..apalagi dia yang baran, aku taknak kata 'keramat' tu terlanjur keluar. You got what I mean.." Abil terdiam seketika dan mengangguk. Kata-katanya benar. Seketul jatuh ke dahi abil, tapi abil diamkan saja.

"Dan aku sebenarnya tak tahu nak ke mana, aku tak boleh balik, tengok mukanya.." Dia diam.

"Kau still isterinya yang sah, keluar malam ni pun belum tentu dia redha. Kau baliklah sebelum hal yang tak diingini berlaku. Kejap lagi kita gi minum kejap, dan aku hantar kau balik sebelum jam 12, boleh?" Abil berikan mengikut limit yang abil boleh sentuh sebab kalau cakap lebih2 nanti lain jadinya. Cakap sekadar berikan logik dan rasional untuk dia berfikir atau renungkan. Abil taknak dia ikut kata orang luar macam abil sebab keputusan hanya dalam dirinya dan sememangnya hak dia.

Dan kami gerak dari situ lepas dia dah puas meluahkan, lepak kat restoran berhampiran rumahnya kejap. Abil kejap2 tengok jam sebab abil risau jugak, terlalu lama bawak dia keluar akan menimbulkan masalah lain pulak nanti. Walaupun suaminya tau, dan seluruh keluarganya tahu dengan siapa dia sekarang, tetap abil kena hati2 agar kepercayaan tu tak hilang. Insyaallah. Setakat ni abil tau, mama dan adiknya sangat2 percayakan abil dan rasanya diorang lega bila dapat tau dia keluar dengan abil. Alhamdulillah.

Jam 11.50 malam, tepat, sampai depan pagar rumahnya. Abil cuma pesan,

"Balik nanti basuh kaki.."

"Wehh..kau ni suruh aku basuh kaki, kau jangan bikin seram.."

Abil tergelak kejap. "Allah..takyah la nak pikio bebukan, aku soh basuh kaki tu sebab kan dah lewat malam, rumah ada budak kecik. Makanya basuh la kaki, basuh muka ke, amik wuduk ke..tenang2kan diri.."

"Ohhh..aku period laaa..camne nak berwuduk.."

"Haa kalau macam tu, basuh kaki yep."

Gitulah kesudahannya. Abil pun drive balik sambil mengenang balik script drama yang dia baru buat dan dia bercerita dengan bersungguh2 daripada restoran tadi sampai la balik. Tajuk citer tu, Janji Aurora. Story dia sangat menarik tapi bila abil tanya bila nak jual, katanya,"Maybe tak kut. Sebab ada watak yang aku nak keep for myself. Nanti aku bagi kau baca."

Abil senyum. Sesampai saja di rumah, bbm berdenting masuk dan daripada dia. Katanya,

"TQ yat. Jangan reply, aku takmau dia baca dan akan gaduh nanti."

Abil hanya mampu panjangkan doa pada Ilahi agar rumahtangga teman abil tu selamat dan sejahtera. Siapa yang mahukan penceraian kecuali dengan kuasa & kehendak Allah SWT.

Nauzubillahiminzaliq..

Wallahua'lam :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, April 10, 2012

Maafkan Abil


Buat seorang teman yang sangat abil sayangi. Bertahun2 kita berkawan rupanya kita masing2 belum kenal sepenuhnya diri kita. Abil tak tahu lah mana salahnya tapi sebagai kawan cara abil mungkin tak sama seperti caranya dan caranya tak sama dengan cara abil. Tapi seandainya dia baca apa yang abil titipkan ni, abil tak pernah lupakan dia mahupun abaikannya. Seandainya dia berterus-terang dengan cepat apa yang dia mahu, abil memang secepat mungkin akan dapatkannya. Tapi abil mungkin tak seperti yang diharapkannya, abil menunggu disapa dan dinyatakan apa yang mahu dibicarakan barulah abil akan bertindak sebab abil menghormati ruang waktu orang lain. Abil tak tahu nak cakap apa lagi, bila terjadi sesuatu yang diluar sangkaan abil, abil rasa bersalah yang amat sebab terlalu percaya dengan jwapan pertama yang diberikannya. Memang benar dia antara sahabat yang selalu dengar luahan abil tapi jangan salah sangka, selama abil luahkan masalah atau perlukan bahu bukankah abil yang mencarimu..abil berusaha hubungi dan bercerita. Terima kasih untuk budi dan keikhlasanmu mendengar dan tak putus2 menasihati malah menegur walaupun kita berbeza usia. Itulah cara pendekatan abil. Dan ternyata, dia bukan seperti abil bila abil menunggu untuk dia bercerita..menunggu dan menunggu dan akhirnya makan diri masing2 dipenghujungnya. Sahabat, abil bukan malaikat dan jauh sekali manusia yang punya kelebihan untuk membaca hati orang lain. Dan demi Allah, seandainya diluahkan dengan jelas apa yang dirasakan, abil lah orang pertama yang akan pantas dapatkannya walau apa cara sekalipun. Namun, kuasa Allah kita tak dapat nak jangkakan. Ibarat kata pepatah,

"Cubit peha kanan, peha kiri turut merasa sakit tapi seandainya cubitan tu tak sekuat mana, apa pun tak rasa dan sakit hanya sebelah peha saja."

Dan kini, bila dia menjauhkan diri daripada abil hanya kerana salah faham, cubitan ini sangat berbisa dan abil terduduk menangis seperti mana dia pun terduduk menangis. Abil nak pergi dekat padanya tapi rajuk hatinya membawa dia jauh dan menyepikan diri. Abil hanya mahu dia tahu yang abil sangat sayangkannya dan abil akan tunggu sehingga hatinya terbuka untuk maafkan abil dan abil berharap sangat ukhuwah yang terjalin selama ni tak bernoktah begitu saja hanya kerana salah faham ni. Abil benar2 sayangkan sahabat abil ni..tak pernah sedetik dalam nawaitu untuk kehilangan sahabat seumpamanya..ketahuilah olehmu, tanganku tak pernah jauh darimu daripada dulu..




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, April 6, 2012

Kekuatan itu milikmu dari-Nya

Buat seorang teman yang amat dikasihi..



Alhamdulillah..you'll get stronger each day as long as you



my prayer always be with you!

Thursday, April 5, 2012

Teruskan melangkah..

Hati berkocak
Jantung berdetak

Hadiahkan senyuman
Hulurkan salaman

Apa yang ditanda?
Siapa yang ditanya?

Gembira dijiwa
Bahagia dirasa

Langkah disusun
Gerak meruntun

Alunan muzik
Ritma asyik

Perjalanan terhenti
Pelabuhan sunyi

Suara tenggelam
Dalam suasana kelam

Tangan terkapai-kapai
Harapan hancur bersepai

Watak impian dimatikan
Fikiran melayang kekaburan

Biarkan!

Duduk termangu
Menepis sendu

Seribu rasa teguh berpadu
Seribu tahun kan tetap ditunggu..


P/s:"If you're important they'll make a way to be with you, if you're not they'll make an excuse"
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Momento :: the unspoken III

Kisah Kita - Hunny Madu ft Anuar Zain




Hunny Madu :

Ternyata ku seperti periang kesepian
Ternyata ku tak mengerti cinta dan perasaan
Ku turutkan hati
Ku turutkan rasa ini
Seperti kata yang di olah penyair

Terucap jujur untuk mu kasih
Apa ku terlalu cepat tuk menghampirimu

Dan pabila tersebut kisah cinta di angkasa
Nescaya biarkan tiba ajal kita
Walau ku pergi kau tetap di sini

Anuar Zain :

Adakah salahku bisa memahami dirimu
Antara kenangan cinta kau hadir dalam mindaku
Ku turutkan hati
Ku turutkakn rasa ini
Seperti kata yang di olah penyair

Terucap jujur untukmu kasih
Apa ku terlalu cepat untuk menghampirimu

Dan pabila tersebut kisah cinta di angkasa
Nescaya biarkan tiba ajal kita
Walau ku pergi cintamu tetap disini
Bersamamu

Selamanya bersamamu

Sunday, April 1, 2012

Kalau sakit...

Salam Ahad :)

Hari ni abil bangun awal walaupun bukan untuk solat subuh ('bercuti' seketika). Jam dalam badan ni dah set auto agaknya walaupun abil off jam henpon. Takpe la, redhakan saja la yep. So bila dah terjaga awal sekitar 6.50 pagi. Golek kiri dan kanan pun tak berjaya gak sambung tido, abil terus cakap pada diri sendir,"aku nak lakukan sesuatu yang menyihatkan!" Bukkkk! Terus badan ni melonjak dari tilam, masuk bilik air, salin baju dan keluar rumah...ohoooooooiii...naik bukit lagi :D

7.30 pagi : Hutan rekreasi Bukit Kiara

Syok sungguh hirup udara pagi..bau pokok2..bau tanah..bau yg sangat segar. Subbahanallah. Orang2 lain ada yang berjoging naik turun bukit tapi abil lebih selesa berjalan saja. Stamina belum betul2 strong nak lari. Lagipun dah agak lama tinggalkan rutin sebegini jadi kena la kayuh pelan2. Jarak dari tempat mula utk satu pusingan adalah dianggarkan 5km kurang lebih. Jadi kalau berjalan akan ambil masa 45min - sejam untuk satu pusingan lengkap. Kalau joging atau berlari, 30 minit le jarak masanya. Laluannya takde la terlalu tinggi dan ada jugak yang mendatar. Makanya tak mudah la nak semput sebab boleh berhenti duduk kalau penat. Tapi setakat ni, alhamdulillah abil tak berhenti lagi dan teruskan perjalanan. 1st time dulu ye, abil berhenti kat pit stop. Berhenti untuk meregangkan otot2 dan menarik nafas. Sebelum mula pun wajib juga warm up badan betul2 especially bahagian daripada pinggang ke hujung kaki. Kalau tak buat betul2 sakit la otot nanti. :D tapi memang betul kan, setiap apa perkara pun yang kita nak lakukan, kita kena warm up dulu. Sebagai contoh, semalam pun abil naik bukit gak pagi2 sebelum masuk keje, alhamdulillah badan tak lesu dan sakit2 sampai ke hari ni. Malah abil rasa cergas dan bertenaga.
8.15 pagi : balik rumah

Yeahhh...balik...sejukkan badan..sambil tengok tv jap. Mata terlelap kejap. Tak lama pun terlelap, sekadar 'reboot' otak kot. Dalam kul 9 lebih abil terjaga dan mandi. Kasi refresh. Hari ni ada macam2 acara nak buat.

"Ya Allah..semoga segala urusanku berjalan lancar dengan redhaMu..."

Nnt sambung :D
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

bT*xJmx*PTEyMzc1Njg5NDA3OTMmcHQ9MTIzNzU2ODk1ODc5MyZwPTM2MzYxJmQ9d2FmLWNsb2NrcyZnPTEmdD*mbz*zOGFiYmY1YTkyNzU*YmUwYTM1ZjVlOGE3MjQxYzZiZg==.gif